Langkau ke kandungan utama

KauMuzikDiHatiKu


Suaranya mendayu – dayu memecah ruang kesepian itu.Dia menangis lalu dikesatnya air mata itu.Suaranya masih mendayu – dayu memohon kepadaNya.Telekung yang membaluti tubuhnya kelihatan lusuh.Sejadahnya sudah koyak sana, koyak sini.Garisan – garisan kedut semakin ketara muncul diwajahnya.Helaian muka surat senaskhah Al – Quran terselak kerana pusingan kipas.Air matanya bercucuran jatuh ke atas sejadahnya.Suaranya muzik di dalam hatiku.Suaranya yang merdu menusuk ke jantungku.Lahirnya aku dibumi kerna perjuangan dia melahirkan aku.Maka, perjuangan hidup aku kerna dia juga.

Muzik tercetus kerana bunyi yang berlaga.Bunyi – bunyi yang berlainan berlaga menghasil irama yang enak didengari.Telingaku tancap medengar muzik jazz.Suaranya menjadi alunan lagu berunsurkan jazz apabila dia membacakan zikrullah mendodoikan aku.Suaranya yang lunak begitu lembut mengalunkan bunyi – bunyian muzik jazz ditelinga aku.Zikrullah menjadi muzik jazz didalam hidupku.

Namun suatu masa telinga aku berdesing dengan rentak yang keras.Sewaktu itu aku melihat dia sedang rancak mengalunkan kalam – kalam suci Allah S.W.T.Semakin lama dia semakin rancak mengalunkan irama rock yang sebati dijiwa aku ini.Kepala dianggukkan kerana memuji kebesaran Ilahi.Kadang – kala suaranya menjadi perlahan dan rancak semula.Muzik pop rock menusuk ke jiwa aku.Aku mendengar dia mengalunkan selawat ke atas nabi junjungan umat Islam sedunia.Suaranya tenggelam timbul tetapi masih kudengari semangat daripada suaranya itu.

Pabila malam menjelma, suaranya akan menjadi sehalus – halus cicipan burung pipit di awangan.Cicipan – cicipan itu merupakan suara balada yang memecahkan suasana sunyi malam.Ketika semua manusia di seleruh pelusok dunia sedang nyenyak tidur, dia perlahan – lahan membaca doa dengan iringan muzik balada yang memohon maaf dan taubat daripadaNya.Tiada apa yang dipinta kecuali keampunan dan kerahmatan Allah S.W.T.Air matanya mengalir kerana mengenangkan dosa – dosa terlampau.

Esok –esok muzik ini akan hilang daripada jiwa – jiwa anak muda remaja zaman sekarang.Tiada lagi istilah – istilah muzik itu di dalam diri mereka.Yang ada cuma muzik techno, muzik yang membingitkan telinga aku.Muzik rock hardcore hanya membuat kan kotak suara kita rosak.Muzik ini menyesatkan jiwa kita sebagai umat Islam.Berbaliklah kita kepada muzik semulajadi...alunan suara dan rentak nyawa kita.


Ulasan

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

Post Mortem Gathering

As salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. Well, aku tahu, tak ramai yang nak membaca blog aku neh, tapi aku tetap nak update blog neh. Hari neh sebenarnya agak mengejutkan aku, kerana pertama kali aku join gathering. Sebelum neh aku paling pemalas nak join mende – mende macam neh. Hati aku memang tegar, tapi entah kenapa kali neh, bila aku berkawan dengan Kak Sunah, Kak Sara, Nanad, memang hati neh terdetik nak join jugak gathering neh. Hasilnya? Tak rugi beb! Siapa kata blogging neh rugi???? Memang rugi, rugi  kepada sesiapa yang tak join! Ahaks! Wokeyh, pagi – pagi lagi dah bergerak kami berempat ( Kak Sunah, Kak Sara, and Nanad ) ke Sri Putri cari bus yang menuju ke Ayer Hitam untuk berjumpa di Tesco ( apa tah namanya ).  Sampai kat sane, agak blur yeh. Memang blurrr ( akulah yang blur seyh! ). Kemudian, berlakulah sedikit perbualan di dalam telefon antara Kak Sunah dan Kak Sara. Aku dan Nanad dok diam – diam, budak kechik kene duduk diam – diam. Ke...