Langkau ke kandungan utama

KauMuzikDiHatiKu


Suaranya mendayu – dayu memecah ruang kesepian itu.Dia menangis lalu dikesatnya air mata itu.Suaranya masih mendayu – dayu memohon kepadaNya.Telekung yang membaluti tubuhnya kelihatan lusuh.Sejadahnya sudah koyak sana, koyak sini.Garisan – garisan kedut semakin ketara muncul diwajahnya.Helaian muka surat senaskhah Al – Quran terselak kerana pusingan kipas.Air matanya bercucuran jatuh ke atas sejadahnya.Suaranya muzik di dalam hatiku.Suaranya yang merdu menusuk ke jantungku.Lahirnya aku dibumi kerna perjuangan dia melahirkan aku.Maka, perjuangan hidup aku kerna dia juga.

Muzik tercetus kerana bunyi yang berlaga.Bunyi – bunyi yang berlainan berlaga menghasil irama yang enak didengari.Telingaku tancap medengar muzik jazz.Suaranya menjadi alunan lagu berunsurkan jazz apabila dia membacakan zikrullah mendodoikan aku.Suaranya yang lunak begitu lembut mengalunkan bunyi – bunyian muzik jazz ditelinga aku.Zikrullah menjadi muzik jazz didalam hidupku.

Namun suatu masa telinga aku berdesing dengan rentak yang keras.Sewaktu itu aku melihat dia sedang rancak mengalunkan kalam – kalam suci Allah S.W.T.Semakin lama dia semakin rancak mengalunkan irama rock yang sebati dijiwa aku ini.Kepala dianggukkan kerana memuji kebesaran Ilahi.Kadang – kala suaranya menjadi perlahan dan rancak semula.Muzik pop rock menusuk ke jiwa aku.Aku mendengar dia mengalunkan selawat ke atas nabi junjungan umat Islam sedunia.Suaranya tenggelam timbul tetapi masih kudengari semangat daripada suaranya itu.

Pabila malam menjelma, suaranya akan menjadi sehalus – halus cicipan burung pipit di awangan.Cicipan – cicipan itu merupakan suara balada yang memecahkan suasana sunyi malam.Ketika semua manusia di seleruh pelusok dunia sedang nyenyak tidur, dia perlahan – lahan membaca doa dengan iringan muzik balada yang memohon maaf dan taubat daripadaNya.Tiada apa yang dipinta kecuali keampunan dan kerahmatan Allah S.W.T.Air matanya mengalir kerana mengenangkan dosa – dosa terlampau.

Esok –esok muzik ini akan hilang daripada jiwa – jiwa anak muda remaja zaman sekarang.Tiada lagi istilah – istilah muzik itu di dalam diri mereka.Yang ada cuma muzik techno, muzik yang membingitkan telinga aku.Muzik rock hardcore hanya membuat kan kotak suara kita rosak.Muzik ini menyesatkan jiwa kita sebagai umat Islam.Berbaliklah kita kepada muzik semulajadi...alunan suara dan rentak nyawa kita.


Ulasan

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah