Langkau ke kandungan utama

Wedding Planning


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. 


Hokayh, hari tuh aku dah troll korang, aku mintak maaf dan ampun dan sebagainya. Aku cume berniat untuk bergurau, yelah, bosan time tuh, tuh yang buat entry yang mendebarkan semua orang. Well??? Aku minta map dan ampun untuk segala – galanya. 


Korang marah lagi kew?? Hehheee, jangan marah~~~ rileks maaa, aku bergurau, kite stress, maka hilangkan stress tuh yeh.  Hurrrmmm, hari tuh aku ada bercerita pasal kisah romantiskan?? Hari neh aku nak bercerita pasal sesuatu yang berkaitan dengan entry yang troll tuh, hehehee. Aku nak bercakap pasal perancangan perkahwinan aku. 



Heeeyhhh! I bukan gatal yehhh, kang aku nyanyi lagu Be Mine – Tasha Manshahar tuh. Well, setiap wanita di dalam dunia neh akan sentiasa memikirkan ( maksud aku berangan – angan ) tentang rancangan perkahwinan diorang. Maksud aku ialah seperti memikirkan tema perkahwinan, nak buat kat mana, nak baju warna apa, nak buat pukul berapa dan sebagainya ( tapi tak pernah memikirkan bajetnya ). Kalau ada yang advance, mulalah fikir nak bajet pulak ( tuh kalau dah tahap serius yang tak seberapa lagi ). 



Tapi ada juga yang kata “ ringkas pown takpe, yang penting, kita dahulukan perkara wajib “. Orait, aku taknak sentuh hal hukum – hakam neh, sebab pengetahuan aku tak tinggi untuk menjawab semua persoalan tuh.  Ada juga yang kata “ buat apa nak tiru retis “, hahaha, apelah, daripada artis terus jadi retis. Hokayhlah, tuh sebahagian pendapat orang ( yang berjaya aku korek – korek, gali – gali, and then timbus semula ). 



Lain pulak dengan pendapat aku. Aku seboleh – bolehnya taknak bajet mahal – mahal ( karang laki aku pergi buat pinjaman dengan shark loan ), kalau bolehlah, bajet tuh sedang – sedanglah dengan simpanan ( padahal simpanan takde, hangan – hangan Mat Jenin ). Lama dah aku plan taw, sejak aku sekolah menengah ( masa tuh cikgu tak masuk dalam kelas, so aku dengan geng mula ber-kepochi ). 




Antara perancangan aku ialah, aku nak buat 1 montaj taw. Masa tetamu tengah makan – makan tuh, mereka semua disajikan dengan tayangan montaj. Montaj tuh, aku nak isi dengan gambar – gambar aku and hubby aku daripada baby sampailah saat perkahwinan aku tuh. Lepas tuh, nak selitkan video yang dilakonkan semula oleh sesiapa ( nak pikir duit upah pulak ) and edit, masuk dalam montaj tuh. Musti tetamu akan terhibur dengan tayangan montaj tuh, hehehehe ( dah berangan neh time menaip entry neh ).



Lepas tuh, aku bajet, aku nak buat shoot gambar dekat tempat hijau – hijau. Dekat situ, aku nak posing habis, dengan hubby akulah ( kesian laki aku, kene jadi fotogenik ), yelah, hijau – hijau kan tenang, seronok tuh. Pasal tema pulak, aku nak tema warna, hehehehheee, aku nak warna cokelat. Baju pengantin nak warna cokelat, kasut hitam, jenis makanan pulak, sudah semestinya nasi minyak, tak sah orang Melayu makan hidangan selain nasi minyak semasa hari perkahwinan. Beg goodies pown aku nak warna cokelat jugak. 



Design kad kawin? Design kad kawin, aku tak fikir lagi, tapi kalau boleh, aku nak yang simple, dan mudah orang nak sampai ke destinasi tuh. Peta harus betul ( mentang – mentang budak GIS kan?? ), sebab boleh mendatangkan masalah kalau peta salah. Warna cokelat jugak, hahahahahaa. Tapi, aku ade buat kelainan sikit dekat kad perkahwinan, untuk orang ramai, aku gunakan kad yang ringkas, untuk family dan sanak saudara YANG TERDEKAT ( aku caps lock sebab aku neh banyak sedare, yang tak kenal pown ade jugak ), aku akan design yang molek – molek sikit. Untuk diorang special.


Design untuk pelamin??? Ouh, aku tak fikir yang tuh pulak, susunan meja?? Ouh, kejap, kejap lagi aku fikir. Bajet tetamu? Bajet makanan???? Tempat nak buat???? Dalam dewan or luar dewan???? Need air cond or not?????


HAH SUDAAHHHH!!!! CHEESSSSSSS!!! BALIK MAKAN KEK SECRET RECIEPE LAGI BESTTT!!!!!



Susah jugak nak plan kahwin neh, ingat senang, setakat, conceptual design tuh masih mudah lagi. Boleh dicapai dek akal neh. Apabila masuk ke logical design, mulalah aku merapu – rapu, neh nak masuk pula physical design kann?? Hahahhaa, takpelah, dah mula mencapai conceptual pown dah kira bagus.


Lepas neh, kene fikir duapulohempat kali untuk berkahwin, banyak tugas, tengok status kawan – kawan aku dekat FB pown dah tahu banyak perkara harus disettlekan untuk mengecapi malam pertama ( oouuppss! ) tersebut tanpa sebarang keresahan. Bak kata Jejaka Anggun dalam twitter, kene fikir 25 kali dulu. 



Well, setakat tuh aku mampu menulis pasal wedding planning neh. Hehhee, jumpa lagi, salam. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...