As salammualaikum dan selamat sejahtera.
Lama dah aku tak
menulis dalam blog aku neh. Ohmai, perut aku sakit, aku tak tahula kenapa kan?
Perut aku neh asyik sakit je dari semalam agi. Tensenlah! Naik jerawat ini macam.
Hokayh, hokayh, aku taknak distraction.
Well, minggu lepas, 9,10,11 hb 3, aku ada join 1 program
KTDI ( dulu Kolej 11 ) iaitu PROKID. Alah, yang jadi fasilitator tuh??? Tahun
lepas aku pergi Sekolah Sri Aman, so, tahun neh aku pergi Sekolah Lukman Hakim,
Felda Lok Heng. Felda tuh kat Kota Tinggi. Rugi siapa yang tarik diri, student
kat sekolah tuh sangat sporting. Siap buat fanpage agi tuh untuk kakak or abang
fasi kesayangan mereka.
Orait, before aku proceed kepada cerita yang lebih lanjut,
aku mahu beri amaran. Entry kali neh lebih panjang daripada entry sebelum ini.
Entry ini juga dipanjangkan sebab gambar – gambar yang akan aku attached. Rasa
– rasa tak mampu nak habiskan bacaan, bolehlah tekan “ X “ kat atas tuh,
hehehhehe.
neh hari kedua sebenarnya, hahaha |
Hokayh, aktiviti tersebut bermula pada petang Jumaat ( 9hb3
), dimana, kami, fasi – fasi sampai dalam pukul 4 petang macam tuh. Sekolah tuh
atas bukit, so, agak cantik permandangannya. Warna cat sekolah tuh pown boleh
tahan, kalau tak salah aku, warna kuning and oren. Sampai – sampai je, terus
kepada acara penyerahan murid sekolah. So, masa tuh boleh dikatakan agak
eksaited, dan aku dah start pakai vest warna biru tua. Selepas acara
penyerahan, aktiviti pown bermula dengan operasi spot check! Bhahahhaa,
sebenarnya, aku tak sampai hati nak meraba anak dara orang. Aku tengok, murid –
murid ( selepas neh aku akan panggil mereka adik – adik ) pown macam geli –
geli kene sentuh gtuh. Aku cuma melakukan tugas aku.
tuh dia group aku, posing, memang hebak |
Bermulalah peranan aku sebagai fasi setelah ketua fasi
mengagihkan kumpulan. Aku dapat 6 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki.
Partner aku untuk sepanjang 3 hari itu ialah Kaia, seorang pelajar tahun 1
kalau tak silap aku. Bukan dari fakulti yang sama dengan aku. Nama sebenar dia
ialah Zakaria. Silalah berkenalan kalau mahu tahu lebih lanjut. Untuk malam
itu, sekadar sesi pengenalan dengan kumpulan masing – masing. Adalah sedikit
membuat cheers dan semua adik harus memakai headband berwarna kuning di kepala
mereka.
Sebenarnya, aku agak nak ketawa bila tengok diorang kene
pakai headband tuh. Dah semua aku tengok pakai, ikat dekat kepala. Warna kuning
pula tuh, kalau diorang semua berhimpun dekat astaka tuh, memang macam
Perhimpuan Bersih 2.0, hehehheheeee, just joke around. Ouh, lupa pulak nak
memperkenalkan adik – adik aku. Ada 9 orang semuanya, Aini, Fath, Ira, Iemah,
Izzati, Maisarah, Ulik, Bari, dan John. Yang John neh paling aku nak gelak,
sebabnya, nama panggilan dia jauh beza dengan nama sebenar dia. Hahahahhaaaa. Overall,
adik – adik aku sangat baik dan mendengar arahan.
mereka neh la |
Hari kedua, bermula keseronokan. Pagi merupakan aktiviti
Explorace. Dalam aktiviti tuh, ada beberapa check point yang harus setiap
kumpulan tempuhi sebelum berada di penamat. Aku kena jaga check point yang
namanya “ Slamdunk “ iaitu tempat orang bermain bola keranjang ( sebenarnya tuh
gelanggang main bola jaring ). Bhahahhaa, yang neh aku nak cerita. Kat situ,
diorang kene angkut gula – gula dalam mangkuk yang telah kiteorang campurkan
tepung jagung + tepung ubi ( kowt ) bersama dengan air. Hambik kooo! Sambil
diorang tiup ( dah likat macam tuh nak tiup hapekan? ) kiteorang sapu masker (
tepung + air ) ke muka mereka. Bhahhahaha, memang hantu tepunglah diorang
semua. Kalau tengok, dah macam winter sonata. Siapa si tukang sapu masker tuh?
Siapa lagi kalau bukan si fasi – fasi, hehehehe.
ko lihat tuh? masker terbaikkk |
neh aku tak ingat group mana, tapi memang best kenekan diorang |
semua happening, takde yang marah |
aku tak buat kat group aku, =.=" |
fath kene, aku tukang tangkap gambar jew |
dah macam lukisan aku wat, =.=" |
Petang tuh pulak, diikuti dengan aktiviti telefon buruk.
Aktiviti neh ialah aktiviti dimana adik – adik akan menyampaikan mesej secara berangkai. Aktiviti
neh yang lawaknya bila mesej tuh dah sampai ke orang hadapan. Serius jadi lawak
habislah. Yang belakang semuanya betul, tapi bila sampai ke orang hadapan,
memang berterabur, hahahaha. Kebanyakan
aktivit berjalan dengan lancar, maybe sebab mereka mendengar arahan, sebab tuh
semua aktiviti kelihatan smooth je. Malam tuh pulak aktiviti meluahkan masalah.
Memang banyak masalah yang mereka hadapi, aku sangat – sangat bersimpati dengan
mereka. Nak tolong, tapi apekan daya, aku mampu menjadi good listener sahaja.
Namun, aku boleh tolong, iaitu menyimpan rahsia itu sama – sama. Aku turut sama
– sama menangis ( hey! Air mata aku bukan palsu, real taw ) dengan adik – adik
aku.
posing, :) bersama dengan partner aku |
Keesokan paginya, akak – akak fasi agak mental. Hahaha, tak
tipu, termasuk aku sekali mentalnya sekali. Yelah, nak berpisah dengan adik –
adikkan??? Hahhaaaa. PROKID berakhir pada pukul 6 petang. Setelah habis sesi
autograph ( sesi neh paling aku lemah, sebab aku jeles orang lain banyak je
peminat, hahaha ).
Bus sampai dalam pukul 8 malam. Boleh pulak kan adik – adik
tuh semua blok taknak kasi bus kiteorang gerak. Adik, jangan buat macam tuh.
Abang – abang and akak – akak rasa sedih dan terharu sangat – sangat!!!! Siap
ada yang ikut bus tuh and ade adik yang eksiden. Serius rasa nak keluar air
mata neh taw bila dapat tahu sampai tahap macam tuh sekali adik. Adik – adik
Lukman Hakim memang Lebih Hebat.
Well, akak ada sedikit ucapan taw untuk adik – adik kat
Lukman Hakim.
kalau tak nampak, tarik cursor, highlights text tuh, :)
“ adik – adik sangat beruntung ada program macam PROKID, dapat menambah semangat dan jati diri. 1 permintaan akak, akak taknak adik – adik habiskan masa depan adik dengan perkara sia – sia. Akak taknak adik semua pilih jalan yang salah. Kalau sekali pown adik takde rezeki nak berjaya di dalam pelajaran, ade lagi jalan lain yang lebih baik yang boleh adik ambil, jangan singkatkan pemikiran adik. Well, akak percaya adik – adik akak semua neh pandai berfikirkan? Buat keputusan yang terbaik dalam hidup adik. Mana yang tahun neh dia SPM dan PMR, akak ucapkan good luck and all the best for you! Lupakan seketika masalah hidup adik, focus on your study, inshaAllah, adik boleh mencapai kejayaan adik. Akak doakan kejayaan adik. Doakan juga kejayaan untuk akak – akak dan abang – abang disini. inshaAllah, ada masa, kita berjumpa lagi. Ada 3 perkara di dalam hidup ini yang kita tak boleh jangkakan daripada Allah S.W.T , iaitu rezeki, maut, dan jodoh. inshaAllah ada rezeki, kita semua akan bertemu semula. “
Tak sempat nak berucap, just mampu menulis dalam blog, harap
– haraplah ada wakil dari Sekolah Lukman Hakim yang baca tuh ( harapan yang
tinggi, hehehe ).
Haaaa, kepada blog readers yang lain, memang panjangkan
entry aku kali neh? Aku dah cakap, degil nak baca sampai ke last perenggan,
hehehehe. Well, aku rasa, Kota Tinggi memang best kowt? Hari tuh FYE pown dekat
Kota Tinggi jugak. Memang seronok, lepas tuh PROKID dekat Kota Tinggi,
hhhuuurrrmmmmm ( dah pikir nak cari jodoh dekat Kota Tinggilah teww ),
hahahhaaaa. Hokayh, sampai disinilah aku nak bercerita tentang aktiviti PROKID
neh.
dengan budak2 skolah!! best3~
BalasPadamsgt2 best iez, hehehee, suatu pengalaman yg x ternilai, :), arap2lah ade murid sekolah LH yg bce entry neh, :)
BalasPadamarghh jelesnye..hehe..rindu sgt nak pergi program... sob sob :'(
BalasPadamhahahaa, kiah, best sgt2 taw, :)
BalasPadammst best kn.. ^^
BalasPadamnanad : best sgt2, sbb rase mude sebenarnya bergaul dgn yg muda2 neh, :)
BalasPadamkeh3..rase mude?mkne kate lain tua la ye?
BalasPadamSayang kat akak2 and Abg2 Fasi <3 heyy thanks sgt2 sebb dtg sekolah kiteorang.... dtg laa lagi kat sini.. bak kate org2 tue "luas tapak tangan Lautan desaru kami tadahkan"
BalasPadamfahmi : mude, mude, mude, sy selalu rase mude sentiasa, hehee
BalasPadamthawab : laut desaru??? laut desaru pown boleh sayang oi, :)
BalasPadamKnplah zaman dulu x der IT cam skrg nih.. Klu X, mesti happening hidup..
BalasPadamEx-SMKLH
Klulah zaman dulu ada IT mcm skrg, mesti happening giler.. Apapun, terbaik sbb melaporkan xtvt spt itu..
BalasPadamterima kasih neo, :)
BalasPadam