Langkau ke kandungan utama

Campus Life / Kehidupan di Kampus

as salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. 



yes aku tahu, sudah lama aku tak update blog neh, walhal, selalu update twitter, bukannya apa, twitter mudah update, dalam 140 character je, kalau blog, kene fikir berbulan - bulan untuk mencari idea menulis. 



yes, aku banyak update twitter. seronok, even bercakap seorang diri, so, anda semua digalakkan menegur - negur aku di twitter, sekejap sahaja aku membalasnya, cuma, 1 masalah aku ialah, bila aku follow orang, yang mana rajin update je aku akan dapat newsfeed dia kat Timeline, tapi kalau jarang - jarang update, memang aku selalu terlepas r twit korang. 



yes, aku hendak bercerita dengan anda tentang kisah kehidupan aku di kampus yang tak enak langsung tuh. aku admit, aku bukan seorang pelajar yang cemerlang, buktinya, aku masih tak dapat tempat Latihan Industri lagi. 



entah kenapa, aku rasa, semester neh sangat beban bagi aku. ada je tiap - tiap minggu assignment yang harus diselesaikan dengan segera. seolah - olah, setiap kali aku bangun pagi, perkara pertama harus difikirkan ialah, ribuan perkataan yang harus difikirkan untuk membuat 1 laporan di dalam English. 



rasa, oh dem! memang rasa macam nak .... .... ... aku manusia beragama Islam. sudahlah tekanan dengan environment. umur pulak semakin meningkat, terasa cabar melihat rakan - rakan yang berkerja. some are able to own a APPLE I PAD. yeaaaah, i know, the reason is, he worked. okayh, tapi kenapa harus perkara tuh berlaku terhadap aku? kenapa aku harus terasa cabar? sedangkan jauh bezanya student dan perkerja.  



untunglah hari neh tak de kelas, dapat rilekskan kepala neh daripada sebarang kerja, dan dapatlah aku update blog neh ha, oraitlah, aku cuba untuk update esok dengan lebih ilmiah, hari neh cume update mengenai perasaan. 



hari neh pon sebenarnya, nak start buat kerja yang tertangguh - tangguh, tuhla budaya student sekarang, procrastinate. 


 


inshaAllah, esok, aku cuba update blog neh, :). harap - harap masih ada pembaca, :). tiba - tiba aku terasa nak tidur dan bangun sebagai seekor kucing. seronok je, tak payah nak fikir apa - apa. tapi, apabila aku fikir semula, taknaklah jadi seekor kucing. 




aku rasa, bila aku jadi seekor kucing, lebih banyak bahaya yang perlu aku hadapi. cuba kalau aku cuma seekor kucing kurap yang hina - dina. aku cuma mampu melihat kucing yang dipelihara oleh tuannya berada di dalam rumah, sedangkan aku berada di bawah teduhan longkang yang masih dapat rasa basahnya. dengan busuknya, aku melihat kucing yang dipelihara itu dirangkul erat oleh tuannya. 




 kemudiannya, aku harus melarikan diri daripada pembenci haiwan, arrgghh, lagi kerdil rasanya diri. aku bersyukur dengan apa yang ada, :)



muke tak sememeh

 

Ulasan

  1. jadilah doraemon jika nak jadi kucing. err.. doraemon pun spesies kucing gak kan. kucing dari masa depan. hikhik. maka bolehla sy pinjam pintu serba guna ngn awk. hehehe.

    nnt LI skop camne? awk amek GIS kan? rasanya byk company ada bahagian GIS. cth cam alam flora. maybe awk boleh apply situ.

    p/s: kalo sy tak update blog, sy suke baca entri lama2. hehe.

    BalasPadam
  2. agak susah kali neh nak cari tmpt LI, sbb mereka memilih n ade syarat2nye, adesssss, huhuhuhu, tuh yg tekanan, BTW, tengs bace entry lame

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...