Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, :)
Hari neh aku
gembira dan happy, tapi dalam masa yang sama, aku stress dengan PSM dan SV.
juga stress dengan LI, hahahahaha. tapi semua stress tuh hilang bila aku
teringat hari semalam. seronok sangat, akhirnya majlis itu berjalan dengan
lancar. Alhamdulillah.
amek berkat dulu!!!~~ |
Entry neh nak
bercerita daripada awal sampailah akhirnya majlis pertunangan abang aku neh
haaaa. Bermula dengan aku membeli tiket ke KL di Sri Putri. Puuuiiihh!!! Bapak mahal
hargenye, apehal? Sampai RM35 haaaaa, aku naik terkejut kat ctuh, takpelah, aku
pikir nak balik je neh. Sampai je TBS ( Terminal Bersepadu Selatan ), terkejut
kemain aku neh haaaa, ramai betul yang balik, apehal eaaa? Aku tengok, semua
muka fresh je, hehehe, aikk??? Baru habis orientasi seminggu dah balik ke adik –
adik ??? hehehehe, alah, gurau je la. Aku pown belilah tiket KL – JB, aikkk? Harge
still sama? Apekejadah neh? Takpelah, tarik napas, hembus, tarik napas, hembus.
Terus balik. Sampai je rumah, mak aku bedal ajak pergi Tesco, aku pown
menggagahkan diri ini semangat pergi ke Tesco. Sampai Tesco, aku cari bahan –
bahan nak buat kek, pilihan aku, sudah tentulah Van Houtten. Even mahal, tapi,
aku rasa, serbuk tuh paling okayhlah. Aku berniat nak buat kek cokelat moist
kukus, tapi disebabkan nak cover masa, so, aku just bakar dalam oven.
cokelat Van Houtten |
Keesokan harinya, iaitu hari Sabtu, pagi – pagi dah aku sediakan
semua bahan nak buat kek. Perlahan – lahan aku ikot resipi dalam internet,
bezanya, aku just bakar, tak kukus, sebab dah kekurangan masa, sebab pukul 3
dah nak bergerak. Lebih kurang pukul 3, kami sefamily pown bergeraklah ikot
jalan lama iaitu melalui Putrajaya, Sepang, Tanah Merah, Lukut, dan PD,
yeaaahhhh! Sebab aku neh jenis tak seberapa nak tidur, jadi, sebelum Balai
Polis Tanah Merah Site C, aku nampak 3 buah trak tentera 3 tan taw ( cheh,
bedal je ko sebut 3 tan kan syazyan ) kat tepi ladang kelapa sawit. Pulak tuh,
aku ternampaklah brother – brother tentera yang hitam berkilat tuh dengan 1 set
baju celoreng tuh. Tiba – tiba aku teringat yang Apis ada cakap dia masuk hutan
bulan 10 neh. Tiba – tiba je aku tanya ayah aku.
Aku : abah, abah dulu masuk hutan watpe ea? Main cak – cak ngan
cik rimau ke? Hehehehe ( aku sengih )
Abah : mana ade! Heeeyyyy, kiteorang berlatih dalam hutan tuh. Adalah
aktiviti kiteorang dalam tuh. Abah just jaga – jaga diorang je, jangan bagi
lari.
Aku : alah, adik bukan tanya abah buat ape kat diorang, adik tanya
abah watpe dalam hutan tuh
Abah : ouhhh, macam biasalah, pagi, semayang ( solat ) Subuh,
lepas tuh ade kawad dalam hutan tuh, lepas tuh makan , kalau ade kelas, kelas
kat bawah pokok, lepas tuh makan tengah hari, lepas tuh berkawad, tak pown
force gerila ke, bla bla bla bla …
Aku : ouhhh ( dalam pikiran teringat kat Apis ), alah abah, tuh
dulu, zaman abah ade komunis, zaman sekarang?? Main cak – cak ngn cik rimau ke?
Ke sergah cik bi (babi hutan)
Abah : gilo kau, berlatihlah, tentera kene stay calm, kalau dia
nebes, abislah 1 kumpulan dia, jadi, nak jadi seorang tentera kene banyakkan
bertenang dan tak boleh gugup dalam bertugas. Peranan tentera neh dia bukan
saja pegang nyawa dia, tetapi keseluruhan nyawa rakan – rakan dia.
Aku : ouhhhhhhh!
Okayh, stop perbualan dengan ayah aku kat ctuh, sebab mak aku
pulak menyampuk dan aku menyampuk sampailah terkeluar cerita lain pulak. Wahahahaha,
anak beranak memang macam tuh kan?
Sedara mare guwer dan ayahku |
Sampai je dekat PD, tuh satu hal pulak! Nak naik rumah abang aku
yang 4 tingkat tuh, memang berpeluhla, sesak napas. Nasib baik dah berlatih
naik 5 aras dekat MA7 neh, hehehe, so, kurang rasa sesak napas ke, lelah ke,
hahahaha. Malam tuh pulak, aku hangout dengan Ainur, wahahaha, bercerita dengan
dia pulak. Gosip2 sama itu budak, kalau nak gossip dengan dia, kene tempeh 1
bilik hotel semalaman, berceritalah sampai larut malam, sampai tertidur,
hehehehe.
single beb! |
Rombongan meminang, dia nak sangat pegang cincin, hahaha |
Tibalah hari esoknya, iaitu hari Ahad, hari majlis pertunangan. Gathering
oleh semua sanak saudara, then, kami pown bertolak ke rumah pihak perempuan. Dalam
rumah tuh, kiteorang perlahan – lahan masuk ke rumah kak Elina. Dalam rumah
tuh, kiteorang duduk bersimpuh, tapi aku sibuk snap picture, samalah dengan kak
Nurul, kazen den. Tetapi, kak Nurul hebakkkk!!! Dia dengan DSLR die,,,,
perrrrggghhh! Aku pown nak sebijik gak! Lepas tuh berbincang, berdiskusi, ber
ape – apelah, tibalah masa untuk mak aku sarungkan cincin di jari kak Elina. Masuk
je ke dalam bilik, kak Elina duduk menunggu di tepi tingkap, sekali pandang,
macam zaman dulu – dulu. Die berpakaian serius ringkas, tapi, die dah kurus,
ayah aku pown cakap mende yang sama. Lepas dah sarungkan cincin, kami bergambar
– gambar dan MAKAN! Hehehehe.
Lepas dah makan, kiteorang singgahla kat pantai Teluk Kemang dan
MANDI! Aku neh kan hantu air, biar tak dapat mende lain, asalkan dapat mandi
kat pantai, malam tuh jugak kiteorang balik KL. Still lalu kat laluan yang
sama, cuma, lampu – lampu kat hutan ( bukan hutan, tapi ladang kelapa sawit )
di tutup. Gelap gilerr! Yelah, taknak bagi tentera – tentera tuh cabut lari
kowt, wahahahahahahaha. Sampai dekat Sepang, barulah cerah, ada lampu,
adeeehhh, entah kenapa, penat sangat aku sampai tertidur aku dibuatnya dekat
rumah. Bangun 5 pagi untuk solat Isyak, adesss.
Nasiblah hari Isnin cuti, jadi, dalam pukul 3.30, aku bertolak
dari TBS ke JB, haaaiihh, sengih seorang diri, TAPI! Gastrik menyerang aku on
the way nak pergi TBS. kemain pedih aku menahan, nak sedut napas pedih, nak
keluarkan angin pedih, adesss! Nasiblah bas tuh berhenti dekat perhentian kecil
sebelum Pagoh. Aku pergi toilet, and then belilah buah jambu.
Aku : alah, bro, cikitlah asam neh, nak banyak – banyak, ( aku
sengih )
Tentera – tentera ( entah dari mana muncul ) : ouh, mengandung ke
( tiba – tiba menyampuk )
Aku : kurang hajorr!
Kan dah kene sound setepek dengan aku, haaaa, apesal tentera suka
cari pasal dengan aku neh haaa??? Deeemmm! *aksi hentak – hentak kaki yang tak
comel langsung
Alhamdulillah, sampailah aku dekat MA7 neh dengan lelahnya ( sebab
takde lif ), hahaha, bermulalah untuk stress esoknya. Alhamdulillah, tak sabar
untuk majlis perkahwinan pulak. And then, turn aku pulak, Ya Allah, J
bakal kakak ipar, :) |
ingatkan akak yang tunang. heeeeeeeeeeee :)
BalasPadamakak lmbt agi nk bertunang, huk huk huk
BalasPadam