Langkau ke kandungan utama

Apa Itu ??????

assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. maafkan saya, lama sangat tak update blog neh haaa dengan cerita - cerita yang agak bernas. maafkan saya ( bunyi ala ala Spongebob ). 


gambar ehsan daripada Google


minggu neh, aku kurang sihat, sampai tak berjumpa dengan SV aku ( en Zamri ). pulak tuh, di datangi dengan masalah tersalah daftar subjek untuk semester neh, memang aku gabra dibuatnya. cepat - cepat aku uruskan masalah yang itu. yelah, minggu neh memang aku dapati ramai yang kurang sihat. antaranya, diorang demamlah, selesemalah, batuklah macam AKU. sekarang neh pulak, aku tengah kehilangan suara. suara agak rock gituhlah, hahahaha. penangan semalam minum ais. aku neh gatak jugak, dah taw demam, mengade - ngade nak minum air jus tembikai. sekarang pagi neh, kegatalan tekak pulak. 



sebenarnya, aku rasa bersalah jugak, sebab dah hampir 2 minggu aku tak jumpe En Zamri neh. yelah, minggu lepas dia takde, jadi sepatutnya, semalam hari Jumaat berjumpa dengan dia, tapi disebabkan demam, aku tak larat nak bergerak jauh - jauh. tengah menaip entry neh pown aku masih terbatuk - batuk. eh, kenapa aku merewang sangat neh? lain yang aku nak cerita, lain pulak aku aku kisahkan dalam entry neh taw. 


hye! ye, aku ketika zaman Diploma, waktu tuh, aku masih "kurus ", dan aku sekarang sudah semakin  " kurus "

aku tak sure sama ada aku ade bercerita or tak dalam entry sebelum neh. rasanya, takdelah kan? huhuhu. nak final year barulah nak berceritakan? biasalah, baru " nampak " and " jelas ". bukannya apa, selama neh, kalau aku balik kampung, then sanak sedare tanya " kau study apa Win ? " ( Win tuh panggilan aku kat kampung ). aku jadi serba salah nak menjawab. kalau time diploma, bolehla aku menjawab sebab kos aku tuh takdelah berbelit lidah nak cakap, tapi kalau yang Degree neh, aku tahu, diorang dengar je, terus jadi PELIK. 



kalau balik rumah pulak, geng - geng aku bertanya, " ko study apa dekat UTM jauh nun sana ? ". aku pown dengan bangganya menjawab " Geoinformatik ". yang diorang jawab balik dekat aku " ape ko belaja tuh ? ". alahai, kantoi disitu aku tak boleh nak explen dengan baik. kantoi disitu ilmu asas aku tentang Geoinformatik atau GIS itu masih lemah. kalau di apply dalam binaan bangunan, gerenti, runtuh sudah bangunan aku sebab base aku tak kukuh. tuh baru sikit, belum jawapan daripada sorang kazen aku neh haaa. 



kazen : kau belajar apa kek UTM Skudai tuh ? ( kazen aku neh kazen angkat, sebab ayah die "junior" ayah aku dalam tentera, dari Negeri Sembilan )

aku : *tarik napas dalam dalam* Geoinformatik *hembus balik napas*

kazen : ko belajar apo tuh? Geografi + Matematik + Science + Information ke?



errrkkk? sampai situ kazen aku tuh fikir, bhahahahaha. serius aku gelak time tuh jugak. hokayhlah, aku akan menerangkan apa itu Geoinformatik dalam entry neh mengikut pada kefahaman akulah. kalau nak lebih lanjut kefahaman, korang kene google sendirilah. 



bagi aku, Geoinformatik atau GIS neh bermaksud suatu bidang yang gabungan daripada Science + Teknologi + Information + dan sedikit Matematik. jadi, lebih kurang hampir betullah kazen aku tuh, sebab dia belajar Computer Science Management kan? jadi die akan belajar pasal System Developement and Database. kirenya, gabungan tersebut akan menyelesaikan suatu masalah, kirenya, GIS neh satu tool. 


Naruto and the geng yaaawww! 


kalau aku cakap macam neh, tak ramai yang paham, diorang ingat complicated sangat sampai diorang dah terfikir ke tahap Sharingan ( kisah Naruto Shippuden pulak ). jadi, biasanya, aku akan terangkan dekat mereka siap dengan GIS application, sebab sebenarnya, orang awam tak sedar, mereka telah menggunakan GIS application tanpa disedari. antaranya ialah yang korang dok ralik sangat check in check in guna Foursquare lah, guna Twitter lah, Facebook check in lah, guna apa - apa sahaja application dalam Android tuh haaaa. 


yang neh Foursquare

yang neh pulak Facebook, entah siapa punyer status neh aku main print screen


tuhla salah satu GIS application yang paling mudah untuk aku terangkan bagi penerangan orang lain. GIS ini menjadi tool atau alat bagi mereka memudahkan pengguna check in lokasi mereka berdasarkan koordinat dimana mereka berada sekarang. tak perlulah aku bercerita pulak bagaimana sesuatu device ( atau henfon Blackberry or Galaxy Note or I Phone 5 korang tuh ) menerima segala bagai signal kemudian dipancarkan ke satelit mana mengikut kelajuan berapa dan jenis gelombang pulak kan? tuh dah masuk bab - bab Fizik. tuh yang korang boleh terfikir sampai ke tahap Sharingan. tak perlu fikir sampai macam tuh kalau nak pahamkan apa itu GIS bagi orang awam. cukup sekadar GIS itu menjadi tool bagi orang awam memberitahu kedudukan mereka sekarang. maka, kedudukan, lokasi itu, akan disimpan di dalam pangkalan data ( tak sure ejaan, sama ada pengkalan atau pangkalan ) yakni dalam fon tuh. huhuhu. 

yang neh alat GPS kejituan tinggi, untuk kerja2 tertentu sahaja

yang neh la GPS boleh bersuara, wahhaa, dalam fon pown dah ade


jadi, sebagai Orang GIS, kiteorang lah bertugas untuk menyelesaikan masalah itu. dengan erti kata lain, GIS ini kira macam 1 tool untuk menyelesaikan masalah. aplikasi yang lain pula ialah alat GPS. Alat GPS yang selalu korang guna dalam kereta tuh, alah, yang boleh menunjukkan arah segala bagai tuh. nescaya korang tak sesat kalau guna alat GPS tuh. hahaha. sebenarnya, aku tak seberapa guna alat GPS. aku lebih percaya kepada Signboard kat jalan raya neh. namun, apekan daya, budaya Vandelisme telah merebak di Malaysia ini. diorang suka merosakkan kemudahan awam, sampaikan pokok - pokok pown ditampal segala bagai notis - notis yang tak sepatutnya. belum tengok lagi pasangan - pasangan couple yang suka toreh nama diorang dekat pokok ( errr, aku dulu pernah buat, tapi dah menyesal, sebab tahu pokok tuh sakit ). Alat GPS tuh lebih kuranglah berfungsi macam check in check in kat dalam Facebook tuh, memberi lokasi si pengguna. 



kalau nak aplikasi yang agak complicated lagi ialah penghasilan peta. sebenarnya, peta neh merupakan hasil utama di dalam GIS. setelah siap analyse semua data tuh, akhirnya, hasil yang terakhir ialah peta yang menunjukkan sesuatu. contohnya, Peta Menunjukkan Tahap Kesihatan rakyat Malaysia. dengan menggunakan data yang sedia ada, kemudian, data tersebut diproses menggunakan perisian komputer, maka, hasilnya ialah peta. peta tuh kebiasaannya digunakan oleh pengguna - pengguna Profesional, maybe, contoh macam penyelidik di dalam bidang tuh ke. kalau orang awam, mungkin mereka takkan paham, sebab ability untuk mereka membaca sesuatu maklumat di dalam peta tuh berlainan mengikut tahap kefahaman mereka. 

yang ini, imej satelit yang terhasil drpd Landsat ( salah satu satelit )

yang neh dapat drpd ARSM, nampak warna putih? tuh awan, Malaysia banyak awan, banyak rahmat, Rahmat Mega!


aku rasa panjang sudah entry aku neh, bukannya apa, banyak orang salah paham sampai ke laut diorang berfikir tentang GIS neh. neh aku belum cerita pasal imej satelit. kalau aku cakap pasal imej satelit, aku gerenti, MUSTI ade orang pikir yang bukan - bukan, sampai ade yang pikir aku pergi atas angkasa capture gambar Bumi dari satelit kan? sebenarnya, aku bercerita neh pown pasal PSM aku. PSM aku berkaitan dengan LiDAR. LiDAR merupakan satu teknologi imbasan laser yang mengambil imej dari atas yang menggunakan Aircraft. cakap pasal laser, musti korang ingat LiDAR neh guna laser merah yang macam dalam cerita robotik dalam America tuh kan?? kalau bangunan ke, tumbuhan ke, orang ke, terkena laser tuh, terus lebur kan?? haaaaa, tuhla, America suka sangat manipulate our mind. sebenarnya, ( kalau belajar fizik ), ade banyak pengkelasan pasal laser neh, dan laser yang digunakan dalam teknologi LiDAR neh ialah laser yang rendah. laser tuh tak memberi kesan sangat terhadap kite. radiasi dia tak seberapa kuatlah. kalau tak, dah lama hilang Malaysia neh. hahahaha. LiDAR merupakan teknologi baru lagi. jadi, masih banyak kajian dilakukan terhadap LiDAR neh. 


yang neh Terestial LiDAR, yang ini untuk jarak dekat, model tuh merupakan BFF aku, hehehhe

yang neh Airbone LiDAR, untuk jarak jauh, yang neh la pakai Aircraft


sebenarnya, agak menariklah bidang GIS neh, sebab kita selalu gunakan setiap harikan tanpa disedari. kalau macam bidang perubatan pulak, kita tak nampak sangat sebab, alat - alat mereka semua di dalam lab, jadi, hanya mereka yang benar - benar terer saje pakai, kalau rosak, adehhh, takut jugak aku, jadi yang tuh, biarlah kepakaran mereka selesaikan, kalau pergi cek kesihatan, doktor cakap, kita ade hypertension, jadi, kita kenelah belajar mengawalnya. kalau GIS pulak, alat depan mata, tinggal korang nak explore dan pahamkannya. kalau rosak alat tuh, contohnya GPS, belilah baru, huwahhahahahahahahaa, penyelesaian terbaik! ( lecturer aku cakap macam tuh )



sebaik - baiknya, seseorang itu tak semua boleh menguasai kesemua kepakaran tuh, dia boleh mengetahui semua perkara, tetapi hanya 1 sahaja yang die pakar. samalah macam aku, mebi aku terer pasal GIS, tapi yang lain, aku tak pakar, cuma tahula. sebab ilmu yang kita tuntut neh ilmu fardu kifayah ( kalau aku tak salah ). kalau ilmu fardu ain, wajiblah kita menimbanya, :), jangan malas - malas, nanti nak meninggal susah. 



dibawah link yang aku baca untuk penerangan ilmu fardu ain dan kifayah 




selamat membaca dan selamat beramal. panjang ke entry aku kali neh?? wkwkwkwkwk, maaflah, bila dah menulis, aku neh tak reti reti nak bajet perenggan ke, bilangan perkataan, hahahahaha, :), peace, salam.



Ulasan

  1. assalamualaikum..akak..saya nak tnye apa je aek y kite blaja dlm kos geoinfomstik ni??bole x akak tergkn dgn lebih lnjut..
    lps tu..ap je peluang pekerjaan dlm bidg ni??

    BalasPadam
  2. Salam akak, bole listkan tak subjek2 yang kita akan belajar dlm kos ni..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah