Langkau ke kandungan utama

BagaimanaAkuBolehMengenaliCinta?

Hai! Sowey! Lama sangat aku tak update blog..almaklumlah..kat rumah, aku jarang nak maen internet neh...sebabnye parents aku tak subcribes internet. Because diorang tahu, anak diorang addicted dengan Facebook, Internet, Blogging, and so on....

Bila nak hujung tahun neh, macam – macam aku fikirkan. Antaranya ialah azam – azam aku yang langsung tak tercapai..hahaha...lawak sungguh. Kemudian aku akan fikirkan Tahun Baru ( oh ya! Kat Johor, Tahun Baru tak cuti! Pelik aku ! ).. last but not least, kenangan cinta aku. Kenapa aku fikirkan? Sebab biasanya kisah cinta aku akan bermula pada hujung tahun dan kemudian akan berakhir pada pertengahan tahun seterusnya. Hah! Aku dah biasa, dah macam makanan harian orang cakap, tapi kalau masuk tahun depan, sah dah 2 tahun aku solo... Wah! Lama juga aku single and menyepi daripada dunia cinta.. :P

Anyway, berbalik kepada tajuk kita di atas, bagaimana aku boleh mengenali cinta? Or dengan kata lain, bagaimana aku boleh terjebak dengan dunia cinta ini... Aku cakap betullah.. Aku ni memang dulu – dulu masa zaman sekolah, tak pernah terfikir yang aku akan mempunyai kisah cinta sebegini... aku cintakan lelaki itu, dan lelaki itu cintakan aku..disebabkan kehadiran orang ketiga dan perangai manusia biasa, hubungan cinta aku itu putus...

Aku ingat lagi, aku tak pernah membaca novel cinta sehinggalah ketika aku form 3... Kawan aku, Hana Suhailah bawak satu novel... Dan novel itulah yang mengajar aku erti cinta di dalam hidup aku... Lepas tu aku berpindah ke sekolah teknik, disitulah aku mengenali dunia... Aku mengenali perangai orang dan pelbagai lagi.. Satu kenangan yang sangat bernilai, kalau diganti dengan wang ringgit pun tidak mampu untuk dinilaikan kemahalannya.Di sekolah teknik, macam biasa, aku mencari kawan dan membuat kawan, tak kan nak hidup kera sumbang kowt..lainlah kalau aku ni gadis hot ( macam Girls Generation tuh ).. And then disitu, aku berkongsi masalah dengan mereka semua.. Dari situlah aku bertanya kepada mereka tentang pengalaman mereka bercinta..sebab aku tak pernah bercinta semasa sekolah.

Diorang hairan apabila aku cakap aku takde couple... Apa? Ingat aku ni gila lelaki ke? Aku memang tak couple, tapi aku mengaku, aku ada menyimpan perasaan ( secret admirerla orang cakap )... Kemudian mereka galak bercerita mengenai kekasih diorang.. Aku dengan Ziera ( senaseb ngan aku gak, xde couple ) jadi tukang dengar je lah..Selepas mendengar cerita itu, aku mulai jelous..kenapa aku tak boleh bercinta?? Sedangkan rakan – rakan aku ade je kekasih??? Tiba – tiba aku memandang ke diri aku?? Aku mulai tak yakin dengan diri aku..ada ke lelaki nak orang gemuk macam aku ni??? Aku matikan impian aku... Tetapi aku takkan lupakan tarikh 23.03.2006. kerana tarikh itulah yang memberi aku kesempatan untuk merasa dunia percintaan....

Pada tarikh 23.03.2006, aku menjadi petugas untuk majlis tadarus Al-Quran peringkat daerah Port Dickson.Majlis itu diadakan di sekolah Menengah Teknik Port Dickson, sekolah lama aku.Aku pembantu untuk membahagikan makanan – makanan kepada peserta.Peserta yang terlibat pula datang daripada seluruh Negeri Sembilan, jadi, makanan dah tentu banyak giler, maka aku and the geng jadilah mangsa aku untuk mengemas makanan tersebut.

Ketika hendak mengagihkan makanan itu, ada terlebih 1 bungkusan..yang hairannya, semua peserta rasanya dah ambil..Aku and the geng jadi hairan.Biasanya bila peserta tu dah ambil, kiteorang akan tandakan, tengok sekolah mana tak ambil...kiteorang pon cek kat kertas masing – masing..semua dah ambil kowt??? Kiteorang jadi hairan,.. aku tengok semula kertas aku..La??? ST tak ambil lagi... aku senyum...Oleh sebab aku sebelum ni pernah duduk dekat PD, so aku agak tahulah perangai budak STPD ni..diorang dikatakan sombong..mungkin tak mahu makanan free, so kiteorang pon decide nak tutup kaunter makanan...tapi dari jauh, kawan aku nampak 2 orang lelaki berlari – lari ke kaunter.Aku letakkan semula bungkusan makanan tu.

Kawan aku pon tanya dari sekolah mana? Mereka jawab, STPD, so sah lah, diorang tuntut makanan, aku ketika itu melihat lelaki yang seorang itu.Lelaki itu mempunyai ketinggian yang lebih kurang 175cm tetapi badannya sangat kepeng ( istilah kepada yg sgt kurus ) dan berambut pacak... Dia ada chinese look sedikit.. Dia memakai cermin mata, dan aku katakan, hensem giler! Aku senyum lalu menanda di kertas itu.Habis! habis sudah kerja aku.

Ketika itu, aku tingga di asrama, so, aku tiada henfon.Jadi aku apabila aku pulang ke rumah, aku SMS dengan BFF aku, Ainur..aku bertanya kepada dia tentang lelaki yang aku minat itu...Setelah lama aku berSMS, rupanya Ainur kenal dengan lelaki tu, dia kata lelaki tu namanya Muhammad H**** ( sowey, nama terpaksa disensored ).Dia budak PBSM, lagi senang aku nak minta nombor, sebab Ainur ade nombor dia..( lagi pun nombor mamat H**** ni merata – merata kat flyers kowt ).


Penantian aku berbaloi.Aku dapat akhirnya nombor H****.Aku terus SMS dengan mamat tu.Mamat tu melayan, maka aku berkawanlah dengan dia.Masa aku berkawan dengan dia, peraturan untuk balik ke kampung asrama sekolah aku masih sama lagi, balik 2 kali sebulan.Jadi agak mudah untuk aku SMS dengan H****.Apabila berkawan dengan dia, barulah aku tahu yang dia tu merupakan pelajar aktif dan cemerlang di dalam pelajaran.Aku terasa sedikit cemburu dan terkilan.Sebelum ini dia merupakan pelajar terbaik untuk PMR, and buat pengetahuan korang, dia muda setahun daripada aku ( warkah kah kah kah ).Dia juga mengaku, dia suka berkawan dengan perempuan ( playboy r ngok! )

Ketika hari jadi aku ( 22.07.2006 ), dia ajak couple dengan aku, padahal aku tahu, dia dah ada couple.Lagi ngok nye, aku terima.Alahai, tu la orang kata, cinta monyet, dengan monyet pon nak bercinta.Bongoknye aku time tu.And esoknya aku perlu balik asrama.Dan satu lagi masalah besar, dia minta nak berjumpa.Dekat sekolah dia pulak?Aku hilang idea.So, aku pon bercakap dekat parent aku, yang aku nak jumpa dengan Ainur.So, parent aku pon drive aku pergi rumah Ainur yang dekat dengan STPD.Sampai situ, parent aku drive pergi tempat lain, tinggalkan aku, maka aku on a mission iaitu BERJUMPA DENGAN MAMAT BERNAMA H**** ITU.Aku dengan jiwa kentalnya pergi berjumpa, face to face dengan H****.Ainur tolong aku bukakan pintu belakang.

Ketiks hendak berjumpa, hati aku berdebar – debar.Aku jadi takut tiba – tiba.Dia menegur aku.Aku melihat di dari jarak dekat.Dia sangat tinggi.Takde apa yang menarik sangat.Aku cuma berbual biasa sahaja.Tiba – tiba dia menunjukkan aku gambar awek dia, aku tengok je lah..Bukan aku nampak apa pon, nampak awek dia pakai tudung je and baju sekolah je..Muka tak nampak langsung ( sebab kamera enfon tu poor quality ).Tiba – tiba dia peluk aku, aku jadi kaget and terkejut.Aku jarakkan tempat duduk.Kemudian dia duduk dekat dengan aku.Aku jadi tak selesa.Tiba – tiba enfon aku bergetar.Aku terima SMS daripada Ainur.

“Syazyan, mak kau dah sampai, adik aku yang bukakkan pintu belakang tu”

Aku punyalah terkejut beruk and pusing belakang tengok mak aku bercekak pinggang.Aku tahu! Aku dah kantoi! Muka aku dah menggelabah, cuak pon ada..HAH! Semua feeling aku ada r..H**** hantar aku sampai kat pintu belakang.Mak aku pulak dah menunggu.

Sampai – sampai je dekat mak aku, terus pipi aku ditampar.Sakitnya masih terasa sampai sekarang.Aku tahu, darah mengalir dibibir aku.Aku kesat perlahan – lahan.Aku terus masuk dalam kereta and tak cakap pape..Sampai kat masjid, mak aku tanya, dengan siapa aku berjumpa.Aku tak ingat sama ada aku berterus – terang dengan mak aku or tak.Tapi apa yang aku ingat, mak aku ugut, kalau bapak aku tahu hal ni, sakit jantung balik bapak aku..so, disebabkan tak nak ayah aku sakit balik, aku cakap kat mak aku yang aku tak kan buat kerja bodoh tu lagi.

Tapi orang dah cakap, cinta monyet, tak tahan lama.Dah nama pon playboy..hahaha....Tapi sekurang – kurangnya, H**** itu memberi aku rasa dicintai, even sekejap..hahaha..Cuma, aku memang terkejut dengan respon daripada mak aku, terus tampar, tak cakap apa – apa pon...Aku menangis sejak kejadian itu.Mula – mula memanglah menangis sebab H****, tapi, aku juga menangis sebab bodoh sangat.Tapi, kalaulah aku tak berkenalan dengan H****, aku tak kan tahu apa itu cinta weyh,....

Sebabnya selepas putus dengan H****, aku akui, aku asyik teringat dekat dia, alah baru nak mengenali cintalah katakan.Aku pon meramaikan kawan dan akhirnya aku temui lagi 1 cinta setelah habis SPM, aku mengenali dia, tetapi tak lama mana pon, just setahun, kemudian putus.Yang itu memang setiap hari aku menangis dan teringatkan dia.Sampaikan kawan aku, Nor Suhada ( a.k.a Ada ) tegur yang aku dah jarang senyum.Hehehe..Sowey yeh Ada, lepas ni aku akan sentiasa senyum, walaupun ada masalah..


Selepas itu, aku agak mengalami kemurungan, so nak kasik cheer up diri aku ni, aku pon berkenalan dengan pelbagai lelaki, tak kira siapa – siapa pon..Aku panggil zaman itu ialah zaman jahil aku..Memang waktu tu, aku sangat jahil..Dengan siapa – siapa pon aku berkenalan, aku tak kira, laki orang, laki kerja, laki askar, laki student, laki menganggur,semua aku sebat berkenalan.

Akhirnya sampailah suatu saat itu, aku berhenti untuk mengenali lelaki lagi.Ketika itu, aku merehatkan diri dan insaf untuk tidak lagi berhubungan dengan mana – mana lelaki.Aku ingin setia kepada yang satu.Keinginan aku menjadi.aku jatuh cinta lagi dengan seorang lelaki yang benar – benar membuka mata aku kepada dunia cinta.Aku cintakan dia, dan dia cintakan aku.Aku sangkakan, cinta aku dan dia akan berkekalan, tapi, sayangnya putus juga.Walaupun aku sedih dengan pemergian dia daripada hidup aku, tapi aku tak mungkin mencari pengganti dia..Terlalu sukar untuk aku cari pengganti dia.Aku tahu, dia dah gembira dengan pengganti aku, tetapi, biarlah aku disini masih keseorangan.


Bukannya apa, ikutkan hati, boleh sahaja aku bercinta dengan siapa – siapa aku mahu, tapi, aku tak mahu dibayangi oleh dia..Apabila aku berjaya lupakan dia, barulah aku akan mencari cinta baru.Aku taknak bercinta kalau aku masih ingatkan dirinya.Pedih, siksa...Melihat lelaki lain dihadapan, padahal dihati aku hanya lelaki itu, oleh itu aku mengambil jalan untuk merehatkan diri daripada dunia percintaan.

Jadi, kepada sesiapa diluar sana, yang masih belum bercinta, aku tahu, korang mesti tak sabar – sabar nak rasakan? Bukannya apa, kalau korang dah rasa cukup kuat untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran, silakan..Selamat datang ke dunia percintaan, tetapi kalau korang rasa korang tak bersedia lagi, take a step back, ucapkan selamat tinggal.

09.12.10 4.21pm

Ulasan

  1. Mate. Blog ini adalah luar biasa. Bagaimana saya membuat tampilan ini bagus?

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah