Langkau ke kandungan utama

Post Tergempar Untuk Piala AFF Suzuki



ada macam pembaca berita x??? tp cibuk je orang kat belakang tuh!!!

Post ini khas untuk menyatakan perasaan bangga dan tahniah kepada pasukan skuad kebangsaan kita, Harimau Malaya yang sudah berjuang habis – habisan untuk kemenangan ini. Sesungguhnya aku yang baru hendak meminati sukan bola sepak ini sangat bersyukur dengan kemenangan dan semangat juang yang ditunjukkan oleh Harimau Malaya. Bola sepak kadang – kadang menyebabkan aku sekeluarga bersatu, menyokong pasukan negeri, kalaulah Malaysia lawan r, kalau luar negeri, aku tak berapa nak melayan kecuali FIFA. Itu wajib!!! Ha ha ha ha ha.

Pasukan Indonesia tidak kurang hebatnya. Mereka menggegarkan skuad kita di saat – saat akhir. Kata Indonesia, saat – saat genting gituh, apanya bikin runtuh tembok. Ha! Jangan main – main, Syazyan pun pandai kechek Indonesia ( perosak bahasa sungguh! ).Siapa sangka yang pasukan Indonesia akan membolosi gawang kita dengan 2 -1, keputusan yang boleh dikatakan bagi aku mengejutkan. Aku percaya yang Indonesia sudah bermain dengan baik sekali.

Kalah dan menang merupakan adat dalam permainan. Bagi aku dalam sukan atau sebarang pertandingan, wajib ada yang menang dan kalah seperti belajar juga. Jika semua mahu pandai, siapa pula mahu jadi kurang pandai kan?? Jadi tidak semuanya akan dikecapi. Kekalahan itu akan dijadikan kayu sempadan sebagai pengukur, dan aku percaya, yang pastinya, pasukan Indonesia akan memperkasakan lagi sayap garuda mereka yang sudah patah dan cedera itu. Ayuh!

Amboi bukan main lagi aku puji and memberi semangat kepada pasukan Indonesia. Okay, aku nak pujilah kepada pasukan Harimau Malaya ni, auummmm! Ha ha ha ha ha! Sangat menyukai corak permainan mereka semua. Sangat tidak mengecewakan rakyat Malaysia, syabas kepada Harimau Malaya!!!! Love korang semuanya, terutama sekali kepada Muslim! Muslim, you the best defend player for me..ha ha ha ha, poyo je aku ni.

Aku lihat, permainan kali ini kurang menyengat bagi pasukan Malaysia kecuali Indonesia, mungkin disebabkan asakan yang lain macam daripada pemain – pemain Indonesia. Namun, semangat kesukanan yang ada pada Muslim dan Firman, membuka mata aku.

Jiwa aku tersentuh apabila melihat Firman, selaku kapten pasukan Garuda itu meleraikan pergaduhan yang tiba – tiba muncul ketika aksi tolak – menolak oleh pemain Malaysia iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan seorang lagi pemain Indonesia ( aku tak ingat nama ). Untuk mengelakkan pergaduhan berlarutan, terus si Firman menenangkan Norshahrul ( pengantin baru bang! ). Disitu aku dapat melihat semangat kesukanan yang ditimbulkan oleh pemain Indonesia. Ini membuktikan, kita bersukan bukan untuk kemenangan semata – mata, tetapi kerana semangat juang.

Muslim pula aku terharu ketika dia cuba membantu pemain Indonesia yang kekejangan otot itu. Tidak kira pasukan lawan atau sendiri, kita harus membantu antara satu sama lain. Ini menguatkan lagi persepsi aku terhadap Muslim bahawa dia jejaka baik ( hak hak hak! Adoi! ). Masa aku nampak kejadian tu, aku cakap, caringnye Mus! Mus! Kalau u jadi boyfriend i, i janji i takkan buat sebarang kesilapan dan menjadi girl yang paling memahami u ( konon je aku neh!! )

muslim!!!!!

Yang neh aku nak komen pasal Safee, penjaring gol terbanyak. Tahniah! Tahniah! Kaki kau memang bawak ong untuk Malaysia! Tapi menghairankan, kita duduk 1 Selangor, malah ex – boyfren aku pon orang Kajang, tak pernah berjumpa pon. Ha ha ha ha ha! Mungkin tiada jodoh, tapi kalau dapat jumpa dengan kau, aku akan bergambar dengan kau! Untuk kenangan, lagi pon kawan aku cakap muka Safee neh macam ex – boyfren aku, cuma bezanya terletak kepada ketinggian dan tegap. Itu sahaja. Lama juga aku tilik, tiada apa yang serupa pon Safee dan mamat kejadah tuh. Tetapi skil yang ada pada Safee memang menakjubkan. Dengan pertolongan rakan sepasukan, menambahkan lagi kemantapan skill yang ada pada Safee.

Tidak lupa juga kepada Khairul Fahmi Che Mat yang bertungkus – lumus menjaga pintu gawang Malaysia. Mu meme terbaiklah! ( apa aku cakap neh? ). Kekuatan Malaysia juga dapat dilihat kepada aksi – aksi Khairul Fahmi yang sudah melakukan tugas terbaik. Pengulas sukan mengatakan corak permainan Khairul Fahmi semakin hari semakin matang. Mungkin Khairul Fahmi sudah dapat mengagak dan membaca pergerakan bola. Mungkin itu yang dikatakan kematangan, maaflah, aku neh tak reti sangat pasal sukan bola sepak neh, tapi aku nak cakap jugak, tahniah Fahmi!!! Tahniah Apex!!!

Tak dilupakan kepada pemain – pemain pertahanan kita iaitu Fadhli Shah, Sabre, Muslim, dan Asra! Korang the best! Tahniah! Untuk pemain – pemain tengah dan penyerang iaitu Ashari, Amar ( muka die mcm Hazazi! Seyes! Tak tipu! ), Kunalan, Norshahrul, korang terbaek!!! Paling penting, kapten diorang, Safiq Rahim, kapten yang paling bagus, dapat mengarahkan semua rakan sepasukannya bermain dengan baik sekali di atas padang hijau itu.

Sekian, ituhlah ucapan penghargaan daripada aku untuk mereka semua, mereka semua telah mengharumkan nama Malaysia di arena sukan. Bangga aku sebagai rakyat Malaysia, so takde masalah r kalau tercalon untuk FIFA pulak, ha ha ha ha! Jangan risau! Rakyat Malaysia pasti akan memberi support dan semangat 1 Malaysia!

Tahniah!!!!!


Ulasan

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Post Mortem Gathering

As salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. Well, aku tahu, tak ramai yang nak membaca blog aku neh, tapi aku tetap nak update blog neh. Hari neh sebenarnya agak mengejutkan aku, kerana pertama kali aku join gathering. Sebelum neh aku paling pemalas nak join mende – mende macam neh. Hati aku memang tegar, tapi entah kenapa kali neh, bila aku berkawan dengan Kak Sunah, Kak Sara, Nanad, memang hati neh terdetik nak join jugak gathering neh. Hasilnya? Tak rugi beb! Siapa kata blogging neh rugi???? Memang rugi, rugi  kepada sesiapa yang tak join! Ahaks! Wokeyh, pagi – pagi lagi dah bergerak kami berempat ( Kak Sunah, Kak Sara, and Nanad ) ke Sri Putri cari bus yang menuju ke Ayer Hitam untuk berjumpa di Tesco ( apa tah namanya ).  Sampai kat sane, agak blur yeh. Memang blurrr ( akulah yang blur seyh! ). Kemudian, berlakulah sedikit perbualan di dalam telefon antara Kak Sunah dan Kak Sara. Aku dan Nanad dok diam – diam, budak kechik kene duduk diam – diam. Ke...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...