Langkau ke kandungan utama

Gadis Semasa

Sejak akhir – akhir ini, otak aku agak tenat kerana asyik terfikirkan tentang si dia yang pernah mengecewakan hatiku ini. Setiap hari aku memaksa otak aku untuk segera menukar buah fikiran aku, tetapi ingatan aku masih ampuh terhadap janji – janji manis dia, kata – kata manis sembilu. Tetapi lama – lama aku tak dapat nak memaksa lagi, jadi aku biarkan otak aku dipenuhi dengan wajah – wajah dia, kenangan – kenangan bersama dengannya. Mungkin kerana bulan ini merupakan bulan pertemuan aku dan dia. Aku dengan tidak sengajanya berkenalan dengannya di bulan Disember. Aku pernah sekali berdoa kepada Allah untuk diminta pulang semula ke tahun 2008 Disember, tetapi mustahil sangat – sangat. Dan apa yang perlu aku lakukan ialah teruskan sisa – sisa hidup aku yang sudah layu ini. Ha ha ha ha ha ha ha ha ha... Namun aku ada sedikit kata – kata untuk si dia, maaflah kalau kau terasa ya, ini cuma perpepsi diri aku.

Oh begini rasanya cinta

Bila diagung-agungkan kuasanya

Dan aku begitu naif untuk dirimu

Kerna oh usia

Aku terlalu mengagungkan kehadiran dirimu. Sehingga aku lupa akan pencipta aku, sedangkan diri kau langsung tiada pegangan agama yang utuh, tetapi sempat lagi pasang angan untuk memenangi hati aku. Namun kau berjaya tundukkan aku. Salute aku kepada engkau!

Oh sekarang bukannya masa

Untuk kau ungkit lagi salah siapa

Dan engkau terlalu ego untuk diriku

Kau memang begitu

Bukalah mata oh

Yang selama ini kau pejamkan

Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah

Buang curiga yang telah lama kau simpan

Yang mungkin memudaratkan mu

Kau berjaya menakluki hati aku, fikiran aku, malah keperawanan diri aku. Tapi ego kau menyesakkan aku, melemaskan aku. Sering menyalahkan aku selama ini, tetapi sedar atau tidak, ego kau telah membantutkan hubungan ini? Ego yang mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan kerana kau tiada pegangan agama yang ampuh, kau lemah, kau dayus! Tunduk dengan syaitan dan iblis laknatullah! Sekarang, mata hati yang kau pejam rapat itu, bukaklah! Bukaklah untuk memandang diri aku yang sudah bangkit ini!

Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi diri mu

Aku akui, perasaan aku masih seperti dulu. Masih sukar untuk aku campak jauhkan segalanya. Aku bukannya pemain perasaan, aku ikhlas. Tetapi keikhlasan aku tidak dinampak oleh mata kau.

Kau mahukan gadis semasa

Yang bisa memberikan kau segalanya

Dan engkau tak mampu melihat

Apa yang ada di depanmu

Kau mahu perubahan dunia

Tetapi pada aku kau sama saja

Ya, aku tahu! Aku bukan gadis pilihan kau. Aku tidak cantik seperti gadis yang sekarang menggantikan posisi aku di dalam hidup kau. Kau fikir gadis itu mampu berikan segala permintaan kau, tapi bagi aku, kau sama bodoh dengan gadis itu. Kau mahukan perubahan aku, tapi kau tak lihat pula apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku cuba sedaya upaya untuk selamatkan hubungan kita. Ego kau membuatkan kau kelihatan bodoh dihadapan aku.

Dan engkau terlalu ego untuk diriku

Kau memang begitu

Bukalah mata oh

Yang selama ini kau pejamkan

Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah

Buang curiga yang telah lama kau simpan

Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi dirimu

Bukalah mata oh

Yang selama ini kau pejamkan

Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah

Buang curiga yang telah lama kau simpan

Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi diri mu oh

Oh aku memang begitu

Tetap seperti dahulu

Terlalu menyayangi diri

Terlalu menyayangi diri

Terlalu menyayangi dirimu

gadis sekarang suke pose gneh.. tak phm aku...

Dan aku masih seperti dahulu, masih memendam perasaan terhadap diri mu.

Siapa bodoh sekarang ini?

Aku atau kau?

16.12.10, 3.28pm

gadis semasa - yuna

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

Post Mortem Gathering

As salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. Well, aku tahu, tak ramai yang nak membaca blog aku neh, tapi aku tetap nak update blog neh. Hari neh sebenarnya agak mengejutkan aku, kerana pertama kali aku join gathering. Sebelum neh aku paling pemalas nak join mende – mende macam neh. Hati aku memang tegar, tapi entah kenapa kali neh, bila aku berkawan dengan Kak Sunah, Kak Sara, Nanad, memang hati neh terdetik nak join jugak gathering neh. Hasilnya? Tak rugi beb! Siapa kata blogging neh rugi???? Memang rugi, rugi  kepada sesiapa yang tak join! Ahaks! Wokeyh, pagi – pagi lagi dah bergerak kami berempat ( Kak Sunah, Kak Sara, and Nanad ) ke Sri Putri cari bus yang menuju ke Ayer Hitam untuk berjumpa di Tesco ( apa tah namanya ).  Sampai kat sane, agak blur yeh. Memang blurrr ( akulah yang blur seyh! ). Kemudian, berlakulah sedikit perbualan di dalam telefon antara Kak Sunah dan Kak Sara. Aku dan Nanad dok diam – diam, budak kechik kene duduk diam – diam. Ke...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...