heartbeat

Isnin, 19 September 2011

Tipikal Apabila Mempunyai Nama Shahrul

as salammualaikum dan selamat sejahtera, :)

hari neh tiba - tiba aku dapat idea nak menulis. semua idea neh datang daripada nama owner si Petknode ( alah yang siksa kucing - kucing dengan kejam ). yes, nama dia Shahrul dan nama aku pown Shahrul. tuh, url aku pown start dengan Shahrul.

tipikalnya ialah, setiap kali nama Shahrul dilaungkan, pastinya anda terbayang akan seorang lelaki. mestilah, sebab Shahrul tuh sinonim dengan nama untuk budak lelaki. tak pown, nama tuh pastinya milik seorang lelaki yang kacak dan segak bergaya, dan nickname untuk lelaki bernama Shahrul tuh Shah.

tipikalnya, aku juga seorang manusia bernama Shahrul. tapi aku seorang gadis, bukannya lelaki hensem atau kacak. jadi, aku agak.......... ( apa yang aku nak cerita neh??? )

okay, terdapat beberapa masalah disebabkan nama aku yang unik ini. lagi - lagi masa sekolah dulu. antara masalah aku ialah :


  • nama aku sentiasa di kalangan budak - budak jahat. tiap kali list nama aku dibuka dalam sekolah, nama aku musti di kalangan budak - budak jahat. antara kesalahan budak - budak tuh ialah ponteng sekolah, mencarut, bergaduh dekat sekolah, panjat pagar untuk ponteng, menipu, dan segala bagai kesalahan lelaki yang biasa. 

  • aku sentiasa sesat di dalam kumpulan lelaki. kadang - kadang tuh kalau ada program motivasi ( moti-basi ), aku mesti sesat dalam group yang semuanya adalah lelaki. last - last dah kasik susah kat fasilitator. tapi salah fasilitator jugak, tak nampak ke BINTI kat nama aku tuh????

  • aku agak susah nak add minah - minah cun yang meletop dan hot dan voguedabas dalam FB. urggghhh, diorang sentiasa bajet bahwa aku neh merupakan seorang lelaki bernama Shahrul yang tak layak nak frens dengan diorang, so, fren request aku sentiasa lambat apprv. kejam disitu!

  • tiap kali nama aku dipanggil, musti orang tuh cakap " lah, ingatkan laki, rupanya pompuan "...sakit jiwa dah dengar ayat tuh. 

  • tiap kali nak berkenalan ( terutama lelaki ), musti tanya " betol ke nama awak tuh ? "....eeii, tak nak caye udah!

  • orang selalu panggil aku bro. aku bukan bro!!!!!!! aku girl. 



buat sementara neh, tuh je la masalahnya. tak de lah besar sangat problem, cuma memang kadang - kadang memberi masalah, terutama sekali masa aku nak cari database aku dalam sesebuah sekolah ke, tak pon time kerjalah. biasa kerja ada kerja yang request nak perempuan sahaja, kena pula nama aku lelaki, jadi, aku sentiasa terlepas daripada kerja. 



cuma, nama owner Petknode tuh memang sangat mengejutkanlah, tak kusangka nama dia Shahrul. aishh,...neh memang buat aku agi tensen. cuma yang aku heran, kenapalah dia nak buat macam tuh kat hewan - hewan tuh. kecian taw, nasib hewan - hewan aku bukan mangsa Petknode. kalau aku, aku sanggup tak balik kampung semata - mata nak jaga kucing - kucing aku, sebab aku tak percaya pusat jagaan haiwan. kalau pusat jagaan kanak - kanak pown ada yang cedera parah, ini kan pusat jagaan haiwan - haiwan sedunia, aish..........


2 ulasan:

  1. adik saya pun nama shahrul,,,jgn isau tiap nama mest ada kelebihn masing2,,,dan sy tgk huruf S ni bertuah dan berjaya,,,

    tgklah Siti nurhaliza,Sheila on 7,,sheila majid dan mcm2 gi kut,,,hehe

    BalasPadam
  2. ea ke neh ??? a'ah gak kan, dato ct, sheila on 7, shila amzah, shiela majid, hehehhehee :)

    tq, tq, tq...

    BalasPadam

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai