heartbeat

Selasa, 21 Februari 2012

Kisah Romantis Impian Aku

As salam dan selamat sejahtera!!!!!! 


Kembali kita di ruangan entry yang semakin membuhsankan. Yes! I knew it, makin lama makin boringkan blog aku neh??? Kan kan kan?? Tak payah sedapkan hati aku sayang – sayangku ( wah bodek neh!!! ). 


Hokayh, sebenarnya, aku ingat nak update entry neh time Valentine Day hari tuh. Tapi tuhlah, bila ada dekat rumah, keadaannya sangat dibataskan, kerana rumah aku takde internet. Sedih tak??? Padehal rumah dekat je dengan Stadium Bukit Jalil, tempat selalu ada event – event masyur tuh. Matching bola pown dekat situ jugak. 


Hokayh, aku taknaklah merepek jauh daripada tajuk entry aku neh. Selalu sangat aku neh bersimpang siurnya kalau bercerita taw, :P . aku neh selalu berangan taw sebenarnya. Lepas dah berangan, mulalah aku menulis macam – macam cerita ciptaan yang berasaskan angan – angan aku tuh taw. Kalau godek betol – betol lappy aku neh, haaaaa, macam – macam novel korang boleh baca. Ouh, aku lupa, ade someone dah minta aku tuliskan cerita mengenai dirinya, sabar, dalam perusahaan. Rosak Bahasa Melayu aku. 




Paling aku banyak berangan ialah pasal kisah cinta. Tak kisahlah, kisah cinta macam mana pown. Tapi tuh lah, aku tak minat pulak nak baca novel romantiskan??? Memang aku ada niat nak beli novel romentik – romentik neh, tapi bila tenung je, semuanya tak menarik perhatian aku pown. Aku minat baca hasil penulisan Ramlee Awang Murshid, Zaifuzaman, senang cerita, aku minat baca novel thriller and misteri. 


Sekarang neh, aku dah jatuh cinta dengan watak dalam novel Raungan Mantera oleh Serunai Faqir, Putera Fahmi. Putera Fahmi tuh ialah putera bunian yang sangat kacak. Aku dah mula terbayangkan wajah Putera Fahmi tuh sekarang. Pastinya dia seorang yang berwajah manis, bersih, berambut ikal mayang hitam berkilat, mempunyai badan sasa, tinggi, kulit berwarna sawo matang. Matanya berwarna dark chocolate. Bibir dia mengutum senyuman. Wallah!!!! Ya Allah, kuatkan semangat aku! 


suka baca dua bijik novel neh


Tapi sebenarnya, tuh semua khayalan aku. Macam juga kisah romantis impian aku selama neh. Antara kisah romantis yang masih bermain di minda aku sekarang ini ialah : 


·         Cinderella
Tiba – tiba datanglah fairy mother, tukarkan pakaian hodoh Cinderella kepada pakaian yang sangta cantik. Pergilah dia menari dengan putera raja di sana. TAPI sayang, magik tuh cuma berkesan sebelum pukul 12 tengah malam.  Jadi, berlarilah Cinderella pulang le rumah. Tak disangka – sangka, kasut dia tertinggal, dengan kasut tuhlah putera raja mencari kekasih hatinya. Wallah, kalaulah ada kasut / selipar jepun aku tertinggal, lepas tuh ada pula putera raja mana – mana jumpa and mencari gerangan siapakah pemilik kasut tuh. Perggghhh! Neh tak, asal, ada selipar / kasut tercicir, sepak terus masuk dalam longkang, GOL!!!!!! 



·         Frog Prince
Sumpahan terhadap seorang puter raja cuma akan terlerai jika dicium dengan ikhlas oleh seorang gadis. Aaauuuwww, sweetnya. TAPI!!!! YUCCKKKSSSS!!!! Gua benci katak, geli!!!!! Eeeiiii, sumpah, kalau aku Nampak katak, aku cium dengan tayar kereta or motor, sekian, tamatlah riwayat alkisah Frog Prince aku. 



·         Sleeping Beauty
1 ciuman dapat membangunkan semula puteri yang tertidur disebabkan sumpahan. Kalaulah aku puteri beradu tuh, mintak – minta takde orang kiss, sebab aku nak tidur, kerana, setiap detik adalah berharga buat diriku. 



Tuh kalau kisah dongenglah, memang bagi aku, 3 kisah tuh menjadi pujaan hatiku, hehehheheheee. Kalau cerita real pula, aku selalu nak kisah romentik macam Vanilla Coklat. Kunun – kunun mula tuh tak suka. Benci nak bagai, masing – masing membenci, tapi lama – lama jadi sayang. Sebab tuh lah perkataan benci dan cinta boleh digabungkan jadi BENCINTA. Lepas tuh, aku ingat lagi, aku ada baca 1 novel neh, aku tak ingat tajuk apa, tapi ala – ala Vanilla Coklat gak, kene kawen paksa oleh family. Lepas tuh diorang buat macam – macamlah peraturan, siap selofontape agi untuk menandakan boundary mana yang diorang boleh berada, hahahahhahaha. Lepas tuh, mulalah aku berangan dalam kisah romantis tuh. 


Kisah romantis impian aku pulak??? Haaaaaa, nak macam Cinderella pown ada jugak. Ala – ala Sleeping Beauty pown okayh gak. Tapi kalau boleh, aku taknak cium Frog Prince, gelilah lorh. Romentik gituhkan????? Bak kata Yuna, jika kau minta intan permata, takkan ku mampu. Maka, yang aku mampu, beranganlah. 


Aku cuma mengharapkan suatu hari nanti, ada lelaki yang bertanggungjawab, berlari dengan kasut sebelah untuk menyarungkan di kaki aku. Lelaki tuh juga akan bersedia menghadapi segala rintangan untuk mengejutkan aku di hutan belantara. Lelaki itu juga sedia menerima kasih sayang daripada aku sekiranya kasih sayang aku tuh boleh menjadi penawar kesakitan dia. Cukuplah seorang lelaki yang bertanggungjawab. 


Banyak pula aku merepek neh, hahahhaa, orait, nanti kita sambung lagi. 


2 ulasan:

  1. jadi cam cite shrek okay? huhu

    BalasPadam
  2. tuh ksh cinta nanad dgn abg "i will follow u"

    hehehee, :D

    BalasPadam

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai