As salam dan
selamat sejahtera!!!!!!
Kembali kita
di ruangan entry yang semakin membuhsankan. Yes! I knew it, makin lama makin
boringkan blog aku neh??? Kan kan kan?? Tak payah sedapkan hati aku sayang –
sayangku ( wah bodek neh!!! ).
Hokayh,
sebenarnya, aku ingat nak update entry neh time Valentine Day hari tuh. Tapi
tuhlah, bila ada dekat rumah, keadaannya sangat dibataskan, kerana rumah aku
takde internet. Sedih tak??? Padehal rumah dekat je dengan Stadium Bukit Jalil,
tempat selalu ada event – event masyur tuh. Matching bola pown dekat situ
jugak.
Hokayh, aku
taknaklah merepek jauh daripada tajuk entry aku neh. Selalu sangat aku neh
bersimpang siurnya kalau bercerita taw, :P . aku neh selalu berangan taw
sebenarnya. Lepas dah berangan, mulalah aku menulis macam – macam cerita
ciptaan yang berasaskan angan – angan aku tuh taw. Kalau godek betol – betol
lappy aku neh, haaaaa, macam – macam novel korang boleh baca. Ouh, aku lupa,
ade someone dah minta aku tuliskan cerita mengenai dirinya, sabar, dalam
perusahaan. Rosak Bahasa Melayu aku.
Paling aku
banyak berangan ialah pasal kisah cinta. Tak kisahlah, kisah cinta macam mana
pown. Tapi tuh lah, aku tak minat pulak nak baca novel romantiskan??? Memang
aku ada niat nak beli novel romentik – romentik neh, tapi bila tenung je,
semuanya tak menarik perhatian aku pown. Aku minat baca hasil penulisan Ramlee
Awang Murshid, Zaifuzaman, senang cerita, aku minat baca novel thriller and
misteri.
Sekarang
neh, aku dah jatuh cinta dengan watak dalam novel Raungan Mantera oleh Serunai
Faqir, Putera Fahmi. Putera Fahmi tuh ialah putera bunian yang sangat kacak.
Aku dah mula terbayangkan wajah Putera Fahmi tuh sekarang. Pastinya dia seorang
yang berwajah manis, bersih, berambut ikal mayang hitam berkilat, mempunyai
badan sasa, tinggi, kulit berwarna sawo matang. Matanya berwarna dark
chocolate. Bibir dia mengutum senyuman. Wallah!!!! Ya Allah, kuatkan semangat
aku!
![]() |
suka baca dua bijik novel neh |
Tapi
sebenarnya, tuh semua khayalan aku. Macam juga kisah romantis impian aku selama
neh. Antara kisah romantis yang masih bermain di minda aku sekarang ini ialah :
·
Cinderella
Tiba – tiba datanglah fairy mother, tukarkan pakaian hodoh Cinderella
kepada pakaian yang sangta cantik. Pergilah dia menari dengan putera raja di
sana. TAPI sayang, magik tuh cuma berkesan sebelum pukul 12 tengah malam. Jadi, berlarilah Cinderella pulang le rumah.
Tak disangka – sangka, kasut dia tertinggal, dengan kasut tuhlah putera raja
mencari kekasih hatinya. Wallah, kalaulah ada kasut / selipar jepun aku tertinggal,
lepas tuh ada pula putera raja mana – mana jumpa and mencari gerangan siapakah
pemilik kasut tuh. Perggghhh! Neh tak, asal, ada selipar / kasut tercicir,
sepak terus masuk dalam longkang, GOL!!!!!!

·
Frog
Prince
Sumpahan terhadap seorang puter raja cuma akan terlerai jika dicium
dengan ikhlas oleh seorang gadis. Aaauuuwww, sweetnya. TAPI!!!! YUCCKKKSSSS!!!!
Gua benci katak, geli!!!!! Eeeiiii, sumpah, kalau aku Nampak katak, aku cium
dengan tayar kereta or motor, sekian, tamatlah riwayat alkisah Frog Prince aku.

·
Sleeping
Beauty
1 ciuman dapat membangunkan semula puteri yang tertidur disebabkan
sumpahan. Kalaulah aku puteri beradu tuh, mintak – minta takde orang kiss,
sebab aku nak tidur, kerana, setiap detik adalah berharga buat diriku.

Tuh kalau
kisah dongenglah, memang bagi aku, 3 kisah tuh menjadi pujaan hatiku,
hehehheheheee. Kalau cerita real pula, aku selalu nak kisah romentik macam
Vanilla Coklat. Kunun – kunun mula tuh tak suka. Benci nak bagai, masing –
masing membenci, tapi lama – lama jadi sayang. Sebab tuh lah perkataan benci
dan cinta boleh digabungkan jadi BENCINTA. Lepas tuh, aku ingat lagi, aku ada
baca 1 novel neh, aku tak ingat tajuk apa, tapi ala – ala Vanilla Coklat gak,
kene kawen paksa oleh family. Lepas tuh diorang buat macam – macamlah
peraturan, siap selofontape agi untuk menandakan boundary mana yang diorang
boleh berada, hahahahhahaha. Lepas tuh, mulalah aku berangan dalam kisah
romantis tuh.
Kisah
romantis impian aku pulak??? Haaaaaa, nak macam Cinderella pown ada jugak. Ala
– ala Sleeping Beauty pown okayh gak. Tapi kalau boleh, aku taknak cium Frog
Prince, gelilah lorh. Romentik gituhkan????? Bak kata Yuna, jika kau minta
intan permata, takkan ku mampu. Maka, yang aku mampu, beranganlah.
Aku cuma
mengharapkan suatu hari nanti, ada lelaki yang bertanggungjawab, berlari dengan
kasut sebelah untuk menyarungkan di kaki aku. Lelaki tuh juga akan bersedia
menghadapi segala rintangan untuk mengejutkan aku di hutan belantara. Lelaki
itu juga sedia menerima kasih sayang daripada aku sekiranya kasih sayang aku tuh boleh
menjadi penawar kesakitan dia. Cukuplah seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Banyak pula
aku merepek neh, hahahhaa, orait, nanti kita sambung lagi.
jadi cam cite shrek okay? huhu
BalasPadamtuh ksh cinta nanad dgn abg "i will follow u"
BalasPadamhehehee, :D