Langkau ke kandungan utama

Kenapa Ikan Tak De Lidah

as salam dan selamat sejahtera. 



minggu neh buzy sangat dengan kerja, sampai tak ter-update blog aku dibuatnya. hanya mampu view sahaja setiap hari. dengan hari Isnin yang pack sampai ke pukul 6 petang. walaupun hari Selasa kelas hanya 2 jam iaitu pukul 11 sampai pukul 1, tapi kerja yang ada menyebabkab aku rush hour buat kerja. sekali daaaaa, boleh hantar next week, tetapi aku masih rasa beban. 

sedap tak?? terliuh tak??? tengok, ade lidah tak?

hokayh, kembali kepada tajuk, kenapa ikan takde lidah? aku pown pelik gak, masa aku kecik, aku suka bukak mulut ikan, lepas tuh aku cube tarik lidah, sayangnya, aku perasan takde lidah. persoalan tuh aku biarkan sehinggalah aku besar dan akil baligh sehinggalah mampu digelar sebagai isteri orang, cuma belum mampu bergelar, sebab takde calon lagi. 



cuba korang pikir, kenapa ikan takde lidah?? ke tak pernah terfikir? aku terfikir, tapi sekejap je, lepas tuh aku mula fikir nak makan apa. hehehehehe, tapi aku tak berapa minat makan ikan kat UTM Skudai, or makan kat luar, jarang aku pilih menu makan dengan ikan. tak kiralah, ikan masak kukus ke, ikan masak sambal, ikan bakar ke sekali pown, aku tetap tak minat kecuali kalau dekat rumah. dekat rumah, kalau terhidang ikan kembung goreng sekali pown aku tetap akan makan. cuma aku tak minat pandang ikan yang banyak duri, ape ikan tuh? aku lupa, ikan tuh sedap kalau kita bakar je and cicah dengan air lada. haaaaa, ikan terubuk, taaarraaaaaa. bhahhaha, cakap makan, memang perut aku lapar sekarang neh. 

aku gerenti, peminat ikan terubuk bakar musti terliuh air liuh beb

wokayhlah, aku pown sebenarnya baru tahu jugak kenapa ikan xde lidah neh. kesiankan kat aku neh? dah 23 tahun hidup, neh baru tahu, mashaAllah. dont worry, kita hidup harus belajar. 



rupa - rupanya, ikan takde lidah neh ada kaitan dengan kes iblis diusir daripada menetap syurga yang diakibatkan tak menuruti perintah Allah S.W.T. selepas iblis di usir, makhluk pertama yang dia jumpa ialah ikan, sebab iblis turun ke laut dulu di Bumi. iblis menceritakan perihal buruk tentang Nabi Adam A.S kepada sang ikan, lalu sang ikan pown sebarkan berita palsu itu dengan cepatnya. oleh kerana Allah .S.WT. tak suka, maka lidah sang ikan pown ditarik.



begituhlah cerita teladan yang mahu aku sampaikan. oleh itu, jagalah pertuturan kita seharian, jangan sampai kena tarik nikmat lidah kita tuh, tak dapatlah nak rasa masakan kita karang, hehehehehe. cerita neh aku dapat daripada 1 blog. nanti aku letak link dia dalam entry neh, paling bawah sekali. 



tapi masa aku kecik dulu, aku buat andaian tahu kenapa ikan takde lidah. laut tuh kan masin? so, ikan takde lidah untuk merasa masin, kalau tak, nanti daging ikan tuh rasa masin, kah kah kah, itulah andaian aku zaman kechik - kechik. bhahahahahahahahahaaaa. 



jadi, lepas neh ada yang nak makan ikan tak? makanlah ikan patin, orang cakap sedap, tapi aku tetap tak minat. 



neh linknya : http://www.borakkosong.com/2010/07/kenapa-allah-menghilangkan-lidah-ikan.html?spref=bl

Ulasan

  1. sy taw, sbb tuh sy x mkn, bahhahahaaaa

    BalasPadam
  2. kalau nak kulit cantik, makanlah ikan. sy pun belajar makan ikan sbb nak kulit cantik. HAHAHA.

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...