Langkau ke kandungan utama

Ketawa Unutk Hilangkan Penat

as salammualaikum dan selamat sejahtera semua, :)



semalam aku menaip pasal cerita di Sekolah Lukman Hakimkan?? hari neh, aku nak bercerita mengenai beberapa part yang mungkin lawak ( bukan untuk gelak - gelak sampai tak ingat dunia ). kita gelak - gelak untuk hilangkan tension. almaklumlah, akak neh study kat UTM tensen sangat, :). 



sepanjang program tuh, memang ada je kisah lawaknya. yang paling fresh sekali ialah denda - denda untuk abang KO mereka. aku listkan semua kisah lawak ea, :)



  • aku hilang idea macam mana nak berkenalan dengan group sendiri. almaklumlah, berdebar mendapat adik - adik baru. sampai nak ingatkan nama sendiri pown berfikir lama. 
  • adik - adik neh jenis tak sabar taw. ada sekali, time tengah berebut ambil air, masa tuh hingar - bingar. sekali, lalu je si Rauf ( KO ), terus jadi senyap. aku heran, rupa - rupanya pusing, tengok - tengok si Rauf atas pentas dengan muka ketat dia. 
  • sewaktu sesi perkenalan fasi - fasi, si Rauf, menahan gelak dengan abang Kachak and abang Nsem. memang lawak diorang memperkenalkan diri, so Rauf yang tengah lalu lalang tuh berlari menyorok dekat belakang, gelak berdekah - dekah. hahahahaaa. 
  • aku tersalah adik, hehehe, sorry! 
  • aku tertidur sampai terhantuk kepala dekat kerusi, sangat sakit, masa tuh YB tengah berucap. entah macam mana, mata neh berat sangat sangat sangat sangat sangat, aku tertidur, nasib baik cameraman tak berjaya snap picture aku tengah tidur. 
  • KO kene denda kaw kaw punye, terbaik! 
  • asalnya, kami ( fasi - fasi ) nak lead senaman aerobik pagi Ahad tuh, last - last, adik - adik neh yang lead, berpeluh aku ikot diorang bersenam. 
  • menahan diri daripada memegang mic. kenapa? sebab aku alergik dengan mic, nanti kerjanya menyanyi je, kalau suara sedap takpe, hehehe. 
  • batry camera si kaia boleh habis pulak masa tengah syok syok snap. posing baik punye, sekali, bateri mati, adoiii =.="
  • batry camera aku pown kong!!!! yang king kongnya, aku ade batry stand by, tapi lupa nak masukkan dalam vest =.="
  • semasa menjadi penyambut tetamu, aku sebenarnya tak nampak apa - apa, silau sahaja. 
  • yang sebenar, semasa sepanjang program berlaku, pandangan aku tak seberapa baik, lagi - lagi waktu malam, aku cuma nampak warna kuning di dahi adik - adik neh and aku cam melalui suara mereka. 
  • paling lawak, aku nak sapu tepung kat muka adik - adik neh, tapi badan aku yang penuh dengan tepung, macam mana tuh?? sila terangkan


tuh la perkara yang agak menggelikan hati berlaku. bila teringat, aku memang sengih sorang - sorang je. kadang - kadang, kalau lecturer mengajar kat depan, kepala aku agai merewang, hehehe, lalu teringat kat Prokid, hahahhaa, macam tuh la aku. standartlah, aku neh memang cepat merewang, hahahaaaaa. 

neh masa kat Sekolah Sri Aman
neh la present, sila lihat pada eye bag tuh???

 

Ulasan

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...