Langkau ke kandungan utama

Prokid Sekolah Lukman Hakim Felda Lok Heng

As salammualaikum dan selamat sejahtera. 

Lama dah aku tak menulis dalam blog aku neh. Ohmai, perut aku sakit, aku tak tahula kenapa kan? Perut aku neh asyik sakit je dari semalam agi. Tensenlah! Naik jerawat ini macam. Hokayh, hokayh, aku taknak distraction. 


Well, minggu lepas, 9,10,11 hb 3, aku ada join 1 program KTDI ( dulu Kolej 11 ) iaitu PROKID. Alah, yang jadi fasilitator tuh??? Tahun lepas aku pergi Sekolah Sri Aman, so, tahun neh aku pergi Sekolah Lukman Hakim, Felda Lok Heng. Felda tuh kat Kota Tinggi. Rugi siapa yang tarik diri, student kat sekolah tuh sangat sporting. Siap buat fanpage agi tuh untuk kakak or abang fasi kesayangan mereka. 




Orait, before aku proceed kepada cerita yang lebih lanjut, aku mahu beri amaran. Entry kali neh lebih panjang daripada entry sebelum ini. Entry ini juga dipanjangkan sebab gambar – gambar yang akan aku attached. Rasa – rasa tak mampu nak habiskan bacaan, bolehlah tekan “ X “ kat atas tuh, hehehhehe. 


neh hari kedua sebenarnya, hahaha
 

Hokayh, aktiviti tersebut bermula pada petang Jumaat ( 9hb3 ), dimana, kami, fasi – fasi sampai dalam pukul 4 petang macam tuh. Sekolah tuh atas bukit, so, agak cantik permandangannya. Warna cat sekolah tuh pown boleh tahan, kalau tak salah aku, warna kuning and oren. Sampai – sampai je, terus kepada acara penyerahan murid sekolah. So, masa tuh boleh dikatakan agak eksaited, dan aku dah start pakai vest warna biru tua. Selepas acara penyerahan, aktiviti pown bermula dengan operasi spot check! Bhahahhaa, sebenarnya, aku tak sampai hati nak meraba anak dara orang. Aku tengok, murid – murid ( selepas neh aku akan panggil mereka adik – adik ) pown macam geli – geli kene sentuh gtuh. Aku cuma melakukan tugas aku. 


tuh dia group aku, posing, memang hebak


Bermulalah peranan aku sebagai fasi setelah ketua fasi mengagihkan kumpulan. Aku dapat 6 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki. Partner aku untuk sepanjang 3 hari itu ialah Kaia, seorang pelajar tahun 1 kalau tak silap aku. Bukan dari fakulti yang sama dengan aku. Nama sebenar dia ialah Zakaria. Silalah berkenalan kalau mahu tahu lebih lanjut. Untuk malam itu, sekadar sesi pengenalan dengan kumpulan masing – masing. Adalah sedikit membuat cheers dan semua adik harus memakai headband berwarna kuning di kepala mereka. 



Sebenarnya, aku agak nak ketawa bila tengok diorang kene pakai headband tuh. Dah semua aku tengok pakai, ikat dekat kepala. Warna kuning pula tuh, kalau diorang semua berhimpun dekat astaka tuh, memang macam Perhimpuan Bersih 2.0, hehehheheeee, just joke around. Ouh, lupa pulak nak memperkenalkan adik – adik aku. Ada 9 orang semuanya, Aini, Fath, Ira, Iemah, Izzati, Maisarah, Ulik, Bari, dan John. Yang John neh paling aku nak gelak, sebabnya, nama panggilan dia jauh beza dengan nama sebenar dia. Hahahahhaaaa. Overall, adik – adik aku sangat baik dan mendengar arahan.



mereka neh la


Hari kedua, bermula keseronokan. Pagi merupakan aktiviti Explorace. Dalam aktiviti tuh, ada beberapa check point yang harus setiap kumpulan tempuhi sebelum berada di penamat. Aku kena jaga check point yang namanya “ Slamdunk “ iaitu tempat orang bermain bola keranjang ( sebenarnya tuh gelanggang main bola jaring ). Bhahahhaa, yang neh aku nak cerita. Kat situ, diorang kene angkut gula – gula dalam mangkuk yang telah kiteorang campurkan tepung jagung + tepung ubi ( kowt ) bersama dengan air. Hambik kooo! Sambil diorang tiup ( dah likat macam tuh nak tiup hapekan? ) kiteorang sapu masker ( tepung + air ) ke muka mereka. Bhahhahaha, memang hantu tepunglah diorang semua. Kalau tengok, dah macam winter sonata. Siapa si tukang sapu masker tuh? Siapa lagi kalau bukan si fasi – fasi, hehehehe. 


ko lihat tuh? masker terbaikkk

neh aku tak ingat group mana, tapi memang best kenekan diorang

semua happening, takde yang marah

aku tak buat kat group aku, =.="

fath kene, aku tukang tangkap gambar jew

dah macam lukisan aku wat, =.="


Petang tuh pulak, diikuti dengan aktiviti telefon buruk. Aktiviti neh ialah aktiviti dimana adik – adik akan  menyampaikan mesej secara berangkai. Aktiviti neh yang lawaknya bila mesej tuh dah sampai ke orang hadapan. Serius jadi lawak habislah. Yang belakang semuanya betul, tapi bila sampai ke orang hadapan, memang berterabur, hahahaha.  Kebanyakan aktivit berjalan dengan lancar, maybe sebab mereka mendengar arahan, sebab tuh semua aktiviti kelihatan smooth je. Malam tuh pulak aktiviti meluahkan masalah. Memang banyak masalah yang mereka hadapi, aku sangat – sangat bersimpati dengan mereka. Nak tolong, tapi apekan daya, aku mampu menjadi good listener sahaja. Namun, aku boleh tolong, iaitu menyimpan rahsia itu sama – sama. Aku turut sama – sama menangis ( hey! Air mata aku bukan palsu, real taw ) dengan adik – adik aku. 



posing, :) bersama dengan partner aku




Keesokan paginya, akak – akak fasi agak mental. Hahaha, tak tipu, termasuk aku sekali mentalnya sekali. Yelah, nak berpisah dengan adik – adikkan??? Hahhaaaa. PROKID berakhir pada pukul 6 petang. Setelah habis sesi autograph ( sesi neh paling aku lemah, sebab aku jeles orang lain banyak je peminat, hahaha ). 



Bus sampai dalam pukul 8 malam. Boleh pulak kan adik – adik tuh semua blok taknak kasi bus kiteorang gerak. Adik, jangan buat macam tuh. Abang – abang and akak – akak rasa sedih dan terharu sangat – sangat!!!! Siap ada yang ikut bus tuh and ade adik yang eksiden. Serius rasa nak keluar air mata neh taw bila dapat tahu sampai tahap macam tuh sekali adik. Adik – adik Lukman Hakim memang Lebih Hebat. 





Well, akak ada sedikit ucapan taw untuk adik – adik kat Lukman Hakim.

kalau tak nampak, tarik cursor, highlights text tuh, :)



“ adik – adik sangat beruntung ada program macam PROKID, dapat menambah semangat dan jati diri. 1 permintaan akak, akak taknak adik – adik habiskan masa depan adik dengan perkara sia – sia. Akak taknak adik semua pilih jalan yang salah. Kalau sekali pown adik takde rezeki nak berjaya di dalam pelajaran, ade lagi jalan lain yang lebih baik yang boleh adik ambil, jangan singkatkan pemikiran adik. Well, akak percaya adik – adik akak semua neh pandai berfikirkan? Buat keputusan yang terbaik dalam hidup adik. Mana yang tahun neh dia SPM dan PMR, akak ucapkan good luck and all the best for you! Lupakan seketika masalah hidup adik, focus on your study, inshaAllah, adik boleh mencapai kejayaan adik. Akak doakan kejayaan adik. Doakan juga kejayaan untuk akak – akak dan abang – abang disini. inshaAllah, ada masa, kita berjumpa lagi. Ada 3 perkara di dalam hidup ini yang kita tak boleh jangkakan daripada Allah S.W.T , iaitu rezeki, maut, dan jodoh. inshaAllah ada rezeki, kita semua akan bertemu semula. “



Tak sempat nak berucap, just mampu menulis dalam blog, harap – haraplah ada wakil dari Sekolah Lukman Hakim yang baca tuh ( harapan yang tinggi, hehehe ). 




Haaaa, kepada blog readers yang lain, memang panjangkan entry aku kali neh? Aku dah cakap, degil nak baca sampai ke last perenggan, hehehehe. Well, aku rasa, Kota Tinggi memang best kowt? Hari tuh FYE pown dekat Kota Tinggi jugak. Memang seronok, lepas tuh PROKID dekat Kota Tinggi, hhhuuurrrmmmmm ( dah pikir nak cari jodoh dekat Kota Tinggilah teww ), hahahhaaaa. Hokayh, sampai disinilah aku nak bercerita tentang aktiviti PROKID neh. 


Ulasan

  1. sgt2 best iez, hehehee, suatu pengalaman yg x ternilai, :), arap2lah ade murid sekolah LH yg bce entry neh, :)

    BalasPadam
  2. arghh jelesnye..hehe..rindu sgt nak pergi program... sob sob :'(

    BalasPadam
  3. hahahaa, kiah, best sgt2 taw, :)

    BalasPadam
  4. nanad : best sgt2, sbb rase mude sebenarnya bergaul dgn yg muda2 neh, :)

    BalasPadam
  5. keh3..rase mude?mkne kate lain tua la ye?

    BalasPadam
  6. Sayang kat akak2 and Abg2 Fasi <3 heyy thanks sgt2 sebb dtg sekolah kiteorang.... dtg laa lagi kat sini.. bak kate org2 tue "luas tapak tangan Lautan desaru kami tadahkan"

    BalasPadam
  7. fahmi : mude, mude, mude, sy selalu rase mude sentiasa, hehee

    BalasPadam
  8. thawab : laut desaru??? laut desaru pown boleh sayang oi, :)

    BalasPadam
  9. Knplah zaman dulu x der IT cam skrg nih.. Klu X, mesti happening hidup..

    Ex-SMKLH

    BalasPadam
  10. Klulah zaman dulu ada IT mcm skrg, mesti happening giler.. Apapun, terbaik sbb melaporkan xtvt spt itu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...