Langkau ke kandungan utama

Rentetan

As salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog aku. Minta maap, sebab lama sangat aku tak update blog. 


Well, aku ada banyak masalah sangat dalam bulan neh, tetapi, dengan masalah tuh semua, aku bangkit! Chewah ko, kelas maria, hahahahha. Terlalu banyak yang aku ingin cerita untuk entry kali neh. Dimulai dengan kes sakit aku tuh. Aku disahkan menorrhagia, jadi, PK UTM pown refer aku dekat klinik gynae di Hospital Sultanah Aminah JB. Dalam penantian tuh, aku rasa gelisah, cemas, risau yang teramat. Sampailah macam – macam aku fikir. Adik aku siap cakap “ tuh r, terlebih ceredik ko neh “. Hahahha, nak buat gane Badrina, dah neh sifat akak ko, hahahha. 




Nak menunggu hari appointment dengan doctor tuh memang menyiksakan, sebab aku susah giler nak focus dalam kelas, kerja ke, assignment ke, lab ke, langsung tak terusik aku dibuatnya. Semuanya sebab penyakit tuh. Dalam sakit – sakit tuh, memang aku mula sedar diri dan mula dekatkan diri dengan Allah s.w.t. aku bertaubat dan berazam tak nak lakukan kesalahan yang sama. Dalam sepanjang masa tuh, memang aku banyak berdoa supaya aku takde apa – apa sakit. 




Akhirnya, tarikh 10hb5 tuh muncul jugak, ditemani oleh Sue, kawan dalam kelas, aku bergerak ke PK UTM dulu, sebab minta diorang yang hantar supaya sampai ke klinik gynae terus. Yang lawaknya, dalam perjalanan tuh, 1st time aku naik ambulance berbunyi siren, keh keh keh keh. Bingit yang tak payah nak ceritalah. Dalam masa yang sama sebenarnya, aku mengalami menorrhagia yang sangat – sangat teruk. Pendarahan berketul – ketul keluar, memang senang cerita, aku seriau tengok darah, hahahha. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipHpgNFoo61IDcO3gVXgM7wlfqGplCUXfrc5WUJYYICQkicDWMpsBkzwQurHdfM8l2Efmk29mag3Ilpbwvzl7gSLSAN_P3_se-_V_RMFy-0RP2IwgxletxvEEpA4ndD7oMBQ1P7tQ9rqI/s1600/dr+nurse.jpg

Dah sampai dekat HSAJB, situ, misi – misi agak garang, hehehe. Jadi, aku menunggu giliran, cuma entah macam mana, aku boleh terlepas panggilan, sebab diorang panggil nama, so, aku memang terlepaslah. Nasiblah ada Sue, bertanya kat akak – akak misi sana, dapatlah jugak aku masuk ke bilik doctor. Masuk bilik doctor, dapat pulak doctor lelaki. Aaaiiihh, nasiblah ko Syazyan, hahahaha, muka pulak macam David Teo. 


tapi doktor tuh lelaki

So, doctor pown buatlah macam – macam pemeriksaan kat badan aku neh haaa. Siap scan macam yang baby mengandung tuh kowt??? Aku sendiri boleh tengok kat skrin keadaan rahim aku, kosong. Setelah dibuat segala bagai pemeriksaan, dapat disimpulkan bahawa aku mengalami masalah hormone, so, disitu terjadilah menorrhagia. Doctor tuh pown bercerita panjang lebar dekat aku pasal hormone, pasal kesan, semuanyalah. Aku pulak tukang dengar je lah kan??? Aku nak buat apa agi kan? 


neh ubat hentikan darah

Tiba lah ke part paling mendebarkan, part dia nak bagi aku ubat apa. Pelamaaaakkkkk! Memang banyak betul ubat yang dia kasik kat aku. 3 ubat untuk menghasilkan semula darah merah, 1 ubat untuk stopkan bleeding, dan ubat last, ubat ponsten. Aku tak makan pown ubat ponsten tuh, sebab orang cakap, ubat tuh boleh jadi dadah, takut addicted je. Aku just makan setiap hari agi 4 ubat yang lain. Ubat stopkan bleeding tuh dia bagi untuk kuantiti dalam masa 5 hari sahaja. 



Habis je jumpa doctor tuh, aku balik UTM naik bus, lepas tuh, terus kemas – kemas bilik, amek si DIN sekali, balik rumah dekat Puchong. Sempat agi, padehal, kerja, bukan kemain agi menunggu. Entah macam mana, keinginan nak balik serius meninggi, dengan sakit – sakit tuh aku balik juga. Aku biarkan sahaja sakit kat pinggang ke, perut ke, tak selesa ke, yang penting, balik rumah. Assignment pown aku biarkan dalam keadaan tak terurus langsung.



Sampai je rumah, aku terus rehat, dan tidur. Esok baru nak pergi berurut dekat bidan. Masa tuh, apa yang aku fikir ialah USAHA, aku tak kire, yang aku tahu, USAHA tuh harus ada untuk menyembuhkan penyakit. Lepas dah berusaha, baru bertawakal. Hokayh, pengalaman urut tradisional, aku berjalan tuh, bajet urut macam badan biasa tuh, so, muka aku pown relakslah kan?? So, bonda ( orang yang mengurut tuh ) pown suruh aku baring untuk bersedia diurut. Aku still, muka harus maintain. Hokayh, mula – mula memanglah bonda sapu minyak dulu kat bahagian perut. Sekali daaaaa, pergggggghhhh, aku dah rasa siksa wanita yang sudah melahirkan anak untuk diurut. Perrrggghh, sakit dia sampai aku boleh rasa pergerakan dalaman aku tuh! Aku memang betul – betul rasa sakit masa diurut tuh. Takpelah, demi nak sihat, aku sanggup menghadapi kesakitan diurut. Selepas diurut, bonda suruh aku minum air kunyit selama 7 hari. Tuh lagi 1, memanglah pahit air tuh. Tekak aku pown dah naik loya, tetapi, harus dilalui, mana ada ubat yang manis rasanya. 




Sepanjang aku dekat rumah, ada gak aku pergi hospital sana, darah aku diambil, dan Alhamdulillah, kompem aku sihat, jadi aku bersyukur. So, aku pulang semula ke UTM pada hari Ahad seperti biasa. Sampai di UTM, kehidupan diteruskan macam biasa. Disini, aku ingin berkongsi 1 berita gembira, menorrhagia aku dah berhenti, syukur tak terkira, gembira tak terkata, hahahaha, aku dah boleh bersemangat nak belajar dan buat kerja, inshaAllah. 


Hormone oh hormone, aku tersenyum kerana kau hormone, tak sangka, kehidupan aku boleh upside down taw, tetapi, aku tetap gembira dan ambil kes ini sebagai teladan dalam hidup aku. Sebenarnya, bila aku cerita pasal penyakit aku neh, ramai je perempuan – perempuan dekat laur tuh yang ada masalah macam neh jugak. Cuma diorang lebih suka senyap dan diamkan diri. Aku neh pulak alert, sebabnya ialah, aku pernah nampak adik ada penyakit macam neh, so, aku dah ada caution untuk diri sendiri taw. Macam langkah berjaga – jaga, kalau ada penyakit, terus jumpa doctor, jangan nak senyap – senyap. 


Aku taknak penyakit yang melarat, daripada perkara kecil, boleh jadi perkara besar. Samalah dengan belajar jugak. Kalau dari awal tak paham, sampai ke akhir bab kesudah kau langsung tak paham, so, cara terbaik, pre caution lah. Tak payah malu nak cerita kat doctor “ doctor, period saya dah lebih daripada sekian sekian sekian hari “ , and 1 agi, memang kau akan hafal skrip yang sama kepada banyak doctor apabila doctor tanya apa sakit kau. Haaa, 1 agi, jangan dok suka – suka sangat berfikir melampau macam aku neh, aku neh, dah fikir jauh ke depan yang amat. Haaaiihh, aku neh memang macam neh, masa bercinta dengan Farid pown, aku boleh berfikir sampai ke anak cucu, warkahkahkahkah, so lawaklah. 


So, conclusion, jangan risau kalau ada sakit, kita kasi kerja dekat doctor tuh semua, hehehehehe, sebenarnya, aku tak suka gak nak pergi hospital neh, bau dia semacam, hahahaha. Hokayh, bersambung dengan entry lain pulak. Yang penting, sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T. 

Ulasan

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah