As salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia
blog aku. Minta maap, sebab lama sangat aku tak update blog.
Well, aku ada banyak masalah sangat dalam bulan neh, tetapi,
dengan masalah tuh semua, aku bangkit! Chewah ko, kelas maria, hahahahha.
Terlalu banyak yang aku ingin cerita untuk entry kali neh. Dimulai dengan kes
sakit aku tuh. Aku disahkan menorrhagia, jadi, PK UTM pown refer aku dekat
klinik gynae di Hospital Sultanah Aminah JB. Dalam penantian tuh, aku rasa
gelisah, cemas, risau yang teramat. Sampailah macam – macam aku fikir. Adik aku
siap cakap “ tuh r, terlebih ceredik ko neh “. Hahahha, nak buat gane Badrina,
dah neh sifat akak ko, hahahha.

Nak menunggu hari appointment dengan doctor tuh memang
menyiksakan, sebab aku susah giler nak focus dalam kelas, kerja ke, assignment
ke, lab ke, langsung tak terusik aku dibuatnya. Semuanya sebab penyakit tuh.
Dalam sakit – sakit tuh, memang aku mula sedar diri dan mula dekatkan diri
dengan Allah s.w.t. aku bertaubat dan berazam tak nak lakukan kesalahan yang
sama. Dalam sepanjang masa tuh, memang aku banyak berdoa supaya aku takde apa –
apa sakit.

Akhirnya, tarikh 10hb5 tuh muncul jugak, ditemani oleh Sue,
kawan dalam kelas, aku bergerak ke PK UTM dulu, sebab minta diorang yang hantar
supaya sampai ke klinik gynae terus. Yang lawaknya, dalam perjalanan tuh, 1st
time aku naik ambulance berbunyi siren, keh keh keh keh. Bingit yang tak payah
nak ceritalah. Dalam masa yang sama sebenarnya, aku mengalami menorrhagia yang
sangat – sangat teruk. Pendarahan berketul – ketul keluar, memang senang
cerita, aku seriau tengok darah, hahahha.

Dah sampai dekat HSAJB, situ, misi – misi agak garang,
hehehe. Jadi, aku menunggu giliran, cuma entah macam mana, aku boleh terlepas
panggilan, sebab diorang panggil nama, so, aku memang terlepaslah. Nasiblah ada
Sue, bertanya kat akak – akak misi sana, dapatlah jugak aku masuk ke bilik
doctor. Masuk bilik doctor, dapat pulak doctor lelaki. Aaaiiihh, nasiblah ko
Syazyan, hahahaha, muka pulak macam David Teo.
![]() |
tapi doktor tuh lelaki |
So, doctor pown buatlah macam – macam pemeriksaan kat badan
aku neh haaa. Siap scan macam yang baby mengandung tuh kowt??? Aku sendiri
boleh tengok kat skrin keadaan rahim aku, kosong. Setelah dibuat segala bagai
pemeriksaan, dapat disimpulkan bahawa aku mengalami masalah hormone, so, disitu
terjadilah menorrhagia. Doctor tuh pown bercerita panjang lebar dekat aku pasal
hormone, pasal kesan, semuanyalah. Aku pulak tukang dengar je lah kan??? Aku
nak buat apa agi kan?
![]() |
neh ubat hentikan darah |
Tiba lah ke part paling mendebarkan, part dia nak bagi aku
ubat apa. Pelamaaaakkkkk! Memang banyak betul ubat yang dia kasik kat aku. 3
ubat untuk menghasilkan semula darah merah, 1 ubat untuk stopkan bleeding, dan
ubat last, ubat ponsten. Aku tak makan pown ubat ponsten tuh, sebab orang cakap,
ubat tuh boleh jadi dadah, takut addicted je. Aku just makan setiap hari agi 4
ubat yang lain. Ubat stopkan bleeding tuh dia bagi untuk kuantiti dalam masa 5
hari sahaja.
Habis je jumpa doctor tuh, aku balik UTM naik bus, lepas
tuh, terus kemas – kemas bilik, amek si DIN sekali, balik rumah dekat Puchong.
Sempat agi, padehal, kerja, bukan kemain agi menunggu. Entah macam mana,
keinginan nak balik serius meninggi, dengan sakit – sakit tuh aku balik juga.
Aku biarkan sahaja sakit kat pinggang ke, perut ke, tak selesa ke, yang
penting, balik rumah. Assignment pown aku biarkan dalam keadaan tak terurus
langsung.
Sampai je rumah, aku terus rehat, dan tidur. Esok baru nak
pergi berurut dekat bidan. Masa tuh, apa yang aku fikir ialah USAHA, aku tak
kire, yang aku tahu, USAHA tuh harus ada untuk menyembuhkan penyakit. Lepas dah
berusaha, baru bertawakal. Hokayh, pengalaman urut tradisional, aku berjalan
tuh, bajet urut macam badan biasa tuh, so, muka aku pown relakslah kan?? So,
bonda ( orang yang mengurut tuh ) pown suruh aku baring untuk bersedia diurut. Aku
still, muka harus maintain. Hokayh, mula – mula memanglah bonda sapu minyak
dulu kat bahagian perut. Sekali daaaaa, pergggggghhhh, aku dah rasa siksa
wanita yang sudah melahirkan anak untuk diurut. Perrrggghh, sakit dia sampai
aku boleh rasa pergerakan dalaman aku tuh! Aku memang betul – betul rasa sakit
masa diurut tuh. Takpelah, demi nak sihat, aku sanggup menghadapi kesakitan
diurut. Selepas diurut, bonda suruh aku minum air kunyit selama 7 hari. Tuh lagi
1, memanglah pahit air tuh. Tekak aku pown dah naik loya, tetapi, harus
dilalui, mana ada ubat yang manis rasanya.

Sepanjang aku dekat rumah, ada gak aku pergi hospital sana,
darah aku diambil, dan Alhamdulillah, kompem aku sihat, jadi aku bersyukur. So,
aku pulang semula ke UTM pada hari Ahad seperti biasa. Sampai di UTM, kehidupan
diteruskan macam biasa. Disini, aku ingin berkongsi 1 berita gembira,
menorrhagia aku dah berhenti, syukur tak terkira, gembira tak terkata,
hahahaha, aku dah boleh bersemangat nak belajar dan buat kerja, inshaAllah.
Hormone oh hormone, aku tersenyum kerana kau hormone, tak
sangka, kehidupan aku boleh upside down taw, tetapi, aku tetap gembira dan
ambil kes ini sebagai teladan dalam hidup aku. Sebenarnya, bila aku cerita
pasal penyakit aku neh, ramai je perempuan – perempuan dekat laur tuh yang ada
masalah macam neh jugak. Cuma diorang lebih suka senyap dan diamkan diri. Aku neh
pulak alert, sebabnya ialah, aku pernah nampak adik ada penyakit macam neh, so,
aku dah ada caution untuk diri sendiri taw. Macam langkah berjaga – jaga, kalau
ada penyakit, terus jumpa doctor, jangan nak senyap – senyap.
Aku taknak penyakit yang melarat, daripada perkara kecil,
boleh jadi perkara besar. Samalah dengan belajar jugak. Kalau dari awal tak
paham, sampai ke akhir bab kesudah kau langsung tak paham, so, cara terbaik,
pre caution lah. Tak payah malu nak cerita kat doctor “ doctor, period saya dah
lebih daripada sekian sekian sekian hari “ , and 1 agi, memang kau akan hafal
skrip yang sama kepada banyak doctor apabila doctor tanya apa sakit kau. Haaa,
1 agi, jangan dok suka – suka sangat berfikir melampau macam aku neh, aku neh,
dah fikir jauh ke depan yang amat. Haaaiihh, aku neh memang macam neh, masa
bercinta dengan Farid pown, aku boleh berfikir sampai ke anak cucu,
warkahkahkahkah, so lawaklah.
So, conclusion, jangan risau kalau ada sakit, kita kasi
kerja dekat doctor tuh semua, hehehehehe, sebenarnya, aku tak suka gak nak
pergi hospital neh, bau dia semacam, hahahaha. Hokayh, bersambung dengan entry
lain pulak. Yang penting, sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T.
jage diri..
BalasPadamikot nasihat doctor ye syaz...
inshaAllah nanad, tengs, :)
BalasPadam