Assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya.
![]() |
ikot bloger femes, letak dulu pic SS 1st, hahaha, sowey kalau menggedik |
Semalam, bertarikhkan 4hb11tahun2012 merupakan Earth Hour
Day untuk UTM Skudai. Pengumuman telah mengatakan bahawa boleh dikatakan
sepanjang hari tiada bekalan eletrik. Bayangkan, aku sempatlah merasa kegelapan
UTM tuh walaupun sekadar untuk 10 minit sahaja. Kegelapan menyelubungi kawasan
UTM. Ketika aku bawak motor ( motor Haniey memang lejen ) masuk dalam kawasan
UTM yang gelap tuh, pelamak aiiiiii, memang aku rasa, akulah orang pertama yang
menjumpai kawasan UTM tuh. Rasa macam UTM tuh merupakan kawasan yang masih
mundur lagi, nasiblah ada generator yang menghidupkan lampu di Masjid UTM tuh. Satu
– satunya kawasan yang bercahaya. Terima kasih, takdelah rasa gelap sangat.
cerah tak? cerah tak? amek berkat pengantin baru dulu |
Eh, takde makna aku nak bercerita pasal letrik takde neh,
sebab, sepanjang hari aku takde dalam UTM. Aku merewang ke Skudai Parade dengan
geng Diploma untuk bersuka ria. Seronok betol semalam, sampai entahlah, terlupa
aku terhadap kesedihan yang menyelebungi. Terlupa aku terhadap lelaki tuh,
walau duit aku banyak habis, tapi, takpe, kegembiraan itu yang aku mahukan.
disuap oleh cik Nunu |
Pagi – pagi lagi sudah bergerak, pukul 10 pagi lagi. Walau terdapat
sedikit kesukaran dan salah paham pada pagi itu, but we managed to solve it. Proud
to be an adult, belia! Berjalanlah kami berenam dengan 3 bijik motor sumbangan
orang, terima kasih. Tidak lupa juga, terima kasih kepada penyumbang –
penyumbang helmet yang berwibawa dan baik hati, tanpa helmet kalian, tak
berjalan kami sampai ke Skudai Parade.
Sampai di Skudai Parade, pergi dulu ke bowling. Kunun nak tempah,
tapi, biasanya, hujung minggu full. Biasalah, hujung minggu, tak sedar tuh hari
Rabu sebelum cuti semester kena hantar sinopsis PSM. Sampai dalam bowling,
tanya dulu, macam mana nak tempah, macam mana nak bayar, semuanyalah. Tak sangka,
pekerja mereka lebih muda daripada aku ( hey, umur aku 23 okayh? ). Kecewa bila
dapat tahu ada tournament, si pekerja tak dapat nak berikan sebarang
kekomitedan ( apa punya bahasala aku sebut neh kowt ) tentang kekosongan lane
yang ada. Jadi, pergilah membawa diri ke KFC.
selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia |
Dekat KFC, ada bakal pengantin baru ( 11.11.12 ) dah lama
menunggu. Disitu, aku hilang mood sekejap, sebab yelah, mana tak nye aku hilang
mood, dahlah kaunter lembab, serius lembab, naik hangin aku dibuatnya. Perut tengah
kosong pulak tuh, kelaparan betul time tuh. Chhiiisss! Naik hangin sungguh
hamba ketika itu. Tak sangka, setelah lama beratur, datang jugak geng diploma
lelaki, walaupun berketul – ketul, kami hargai kedatangan anda. Seronok sangat,
lepas makan, solat 1st, then pergi serbu bowlinglah weyhhh!
Wakil Olimpik Bowling , terutama yang perempuan 2 orang di kiri tuh |
Dapatlah jugak 3 lane untuk kami neh haaaa, seronok betul. Bermainlah
kami untuk 2 game. Patah jari – jemari aku nak campak bola bowling tuh haaaa. Paling
tak boleh belah, aku memang campak macam tuh je bola tuh, bergoleklah engkau
wahai sang bola. Kau nak bergolek ke dalam longkang pown x kesah. Tapi, yang
aku bengangnya, bola aku neh masuk dalam longkang nak dekat – dekat hujung,
tensen taw, seolah – olah macam dah ada harapanlah nak tumbang dalam 2 3 ketul
pin ke, sekali, harammm! Ke longkang jua destinasi anda, menchikkk! Lepas neh
taknak main bowling, sanggup lagi aku karoke 5jam berturut – turut.
ko nampak tak keTELURan disitu??? |
Semalam, bagi aku, aku memang bahagia. Melupakan tensi
sekejap. Yaaa, membuat aku lalai sekejap, laghoooo. Kemudian, takdelah aku
terperuk dalam bilik, ouhh, sangatlah nerd kalau duduk dalam bilik je tanpa
bekalan letrik langsung. Kalau geng tak ajak aku keluar pown, aku tetap hangout
dekat Giant naik bus UTM. Peduliklah orang cakap “asik muka budak neh je lalu
lalang hari neh”, hahahaa. Tapi, memanglah duit habiskan, yess, duit aku dah
habis, duit PTPTN aku dah lesap, duit saving aku dalam ASB pown dah lesap, binawe
betol jantan tuh! Keparat! Eh, kejap, jangan mencarut.
Hokayhla, cerita semalam berakhir, aku sajikan dengan gambar
– gambar.
gadis ayu, yang tudung merah sweet gituh sudah berpunyer, sekian |
peacceee! yawww |
ratu gambar |
sebahagianlah |
apa? nak whatsapp??? hahahaa, takde maknenye aku nak ada menatang neh, hahaha
ehh..
BalasPadamHana Tajima la kat header dia tuh..
ahak..
daus : hana tajima versi gemuk, hahahhhahahahaaaa
BalasPadam