Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.
Ini merupakan entry pertama untuk bulan November, please
November, please be nice to me. Biasanya bulan 11 neh merupakan bulan untung
bagi aku. Time neh la aku duk sibuk jumpe jodoh barulah, time neh la aku duk
sibuk dapat keuntunganlah, time neh la aku semangat semacam.
TETAPI, tuh semua pentipu!!! Tidak lagi bulan November. Bulan
November bagaikan bulan biasa bagi aku, ouh demmm, apelah aku merepek neh? Aku tak
makan kerepek lagi, sebab stok dah habis. Hokayh, jangan masuk air. Hari neh
aku terpanggil untuk hapdet blog neh yang semakin bersawang. Tinggal nak
beranak je spider tuh semua.
![]() |
nanti i cari gambar die ea |
Minggu neh aku berhempas pulas menyiapkan kerja – kerja yang
sudah 4 minggu diberikan oleh lecturer aku sekian lamanya. Ye, memang dekat
Twitter aku cakap aku tak procrastinated, tetapi hakikatnya, aku selalu
begituh, ye, aku procrastinated. Dalam dunia neh ade :
- Perkara yang penting dan didahulukan
- Perkara yang tidak penting tetapi didahulukan
- Perkara yang tidak penting dan tidak didahulukan
Selalunya, nombor 3 tuh la pilihan manusia, contoh macam
main internet. Minggu lepas Raya Haji, jadi, memang semangat tuh nak balik
rumah je la, tuh yang assignment melambak semacam bila balik dari raya.
Macam biasalah, raya dekat Port Dickson, tanah tumpahnya
darah aku daripada rahim ibu sendiri, tanah tumpahnya raungan pertama aku. Sempat
juga hari Sabtu tuh menyaksikan acara sembilihan lembu yang diadakan oleh
jabatan Polis, 5 ekor lembu dan seekor kambing. Selesai aktiviti mereka pada
jam 12 tengah hari. Sewaktu tuh, hati aku berdegup kencang, sebab menantikan
panggilan daripada seorang manusia yang tak reti menghargai perasaan aku
langsung. Tahu hanya mengambil kesempatan.
Akhirnya, aku beraya di TF, pasar raya di PD Waterfront. Macam
biasalah, pemandangan Bandar Port Dickson pada hujung minggu. Sentiasa dipenuhi
dengan abang – abang askar. Ada yang tie warna hijau, warna merah, warna biru
tua, ada yang botak licin ( macam dia pulak pergi haji kan? ), ada yang simpan
rambut sikit, ada yang memang ada rambut sikit. Tak ku peduli semua itu
walaupun mata aku menjeling melihat macho mereka ( yeeaahh, aku akui, mereka
macho ).
Kenapa aku bercerita pasal pengalaman Raya Haji aku neh? Hokayh,
semalam, setelah menyiapkan assignment aku, aku relaks kan badan neh. Tiba –
tiba ada seorang akak dalam Twitter aku, reply DM aku. Aku cepat – cepat membalas
DM itu. Entah dari mana hujung pangkalnya, asalnya, aku cuma mahu mengetahui
kelibat dia, tapi , merewang sampailah aku terbaca suatu entry ini.
Aku rasa, tak perlulah aku klik Google Chrome aku, kemudian
Open A New Tab, kemudian open link entry blog tuh. Kemudian, copy pes pulak
link die kan? Orang tuh tengah menembak rasanya, biarkan tembakan die tersasar
di targetnya. Aku lihat dan aku baca entry itu. Dia menyalahkan pasangan dia,
dan aku mula menghakimi pasangan dia ( kaki di Neraka, kaki sebelah di Syurga
), tapi, apabila aku membaca entry di blog pasangannya pula, aku tersilap
judging, yeaahh, betul jugak mat saleh cakap, Don’t Judge The Book By Its
Cover. Siapa tahu waktu bahagia mereka? Siapa pula kita untuk tahu waktu perit
mereka? Aku paham akan perasaan si gadis
itu, tapi tak pula aku menyokong gadis itu. Tak bermakna pula aku menyokong si
lelaki itu. Hokaylah, takde siapa paksa aku untuk sokong siapa, mereka bukan
bakal pemimpin Negara ini.
Tetapi, entry
itu sedikit BANYAK mempengaruhi aku. Bak kata orang seekor lembu bawa lumpur
habis semua terpalit, jadi, aku agak terpengaruh.
Tiba – tiba aku hendak menutup pintu hati aku.
Tiba – tiba aku rasa lelaki kuat mengungkit.
Tiba – tiba aku rasa, jangan bercinta dengan blogger.
Tiba – tiba aku rasa, lupakan sahaja niat untuk
mempersuamikan lelaki tentera.
Sungguh terpengaruh aku, sehingga rakan aku pon perasan
perubahan aku. Dia sendiri banyak mendiamkan dirinya. Walaupun aku dengar die
seronok bercerita mengenai kekasih dia terhadap aku, kepala aku masih
memikirkan masalah yang timbul.
![]() |
broken heart |
Tak mengapa, mungkin apa yang aku alami ini ialah sakit
orang putus cinta, atau pon, sakit yang hanya akan diubati oleh peredaran masa.
Masa akan menentukan segalanya. Kalau aku paksa pon diri ini untuk melupakan si
dia yang hanya mengecewakan aku, sampai bila pon terus kecewa. Cuma aku rasa,
aku perlu kunci sekarang, kunci hati aku. Please, brain, please tell to my
heart that we should close the door.

Ulasan
Catat Ulasan
sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai