Assalammulaikum dan selamat sejahtera. Hari neh halalkan
saya untuk berjiwang, sekian terima kasih.
Kekasih gelapku,
Sewaktu aku berkenalan dengan dirimu,
Memang kau gelap, tiada cerah di kulitmu.
Sewaktu mengetahui namamu,
Aku tergelak sendirian sambil melihat Facebook kau.
Berkali – kali cursor ku menari di ruangan “ Add Friend “
Tetapi, aku sengaja melambatkan proses itu.
Aku lihat lagi Facebook kau,
Ya, aku rasa kau ada Twitter.
Jadi, aku follow Twitter kau dahulu sebelum add di Facebook.
Kekasih gelapku,
Akhirnya aku add kau jua, atas permintaan orang.
Bila kau approve, laju jariku menetik sana sini di profile
kau.
Aku suka tengok gambar kau,
Aku RT tweet kau, tapi memang lama nak tunggu kau tweet
tweet.
Namun, kekasih gelap tetap menjadi kekasih gelap.
Kulit kau tetap akan gelap, dan aku terus menjadi sisi gelap
kau.
Kau mungkin tak dapat melihat aku, walau aku cerah daripada
kau
Kerna aku adalah sisi gelap dalam hidup kau.
Aku tak pernah like dan jarang sekali like status Facebook
kau.
Bila aku mahu komen, aku lihat berderet sudah komen
Aku terus pangkah profile kau
Aku sentiasa tunggu kau dalam senarai chat list
Itu pon kalau aku ada mood mahu kacau.
Lama – lama, aku rasa, aku sudah menjadi gelap
Akulah kekasih gelapmu yang sentiasa melihat kau
Memberi harapan dalam diam, memberi senyuman dalam doa.
Aku harap kau berjaya dalam hidupmu
Jika ada rasa suka antara kita, simpanlah, moga jadi
kenangan sahaja
Aku tiada niat lebih dari hanya untuk menyukai dirimu diam –
diam.
jiwang sebentar, tensionlah asyik serius dengan PSM, hehehee
Ulasan
Catat Ulasan
sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai