Langkau ke kandungan utama

2012

As salammualaikum dan selamat sejahtera. Macam biasa, penghujung tahun, aku sentiasa akan review ( ala – ala surat khabar ) sepanjang tahun. Well, untuk buat proses review ini, aku memerlukan beberapa data. Jadi, methodologi untuk ( kene sampuk dengan semangat proposal PSM ) mengumpul data ini ialah dengan membaca beberapa diari, melihat gambar – gambar, kemudian, membaca entry – entry untuk tahun neh. Untuk latar belakang masalah, aku akan sedaya upaya melihat masalah yang wujud di dalam laporan ini. Sudah! Stop dengan semangat PSM kau neh Syazyan! Hahahahahaaa.




Lagho lagho, biasanya, aku hapdet blog pada pukul 5 petang, sebab waktu itu adalah sangat tepu untuk aku buat kerja. Mahu flashback ke bulan Januari 2012.


January
Kupon buku BRIM RM200, Survey Camp 2 yang duk sibuk nak produce a SYSTEM, dan Chinese New Year.  X bestla bulan Januari.


Februari
Sambutan Birthday Girl, Sapuraq dalam lab. Aku tukang pegang kek SAHAJA! Hahahhaa, ouh lupa, Survey Camp 2 habis dalam bulan Februari. Tapi, ada 1 kejadian yang buat tergelak. Entah macam mana boleh kantoi kiteorang tinggal kat hostel secara “ haram “. Bulan neh jugak startnya semester baru untuk tahun 3. Dapat tahu pulak Prof Azmi mengajar untuk subjek Ukur GPS. Sumpah! 1st day lesson dia, 2 jam tuh, my mind was flashback. Aku teringat zaman Diploma, aku teringat dekat Fairuz, dan semuanyalah. Kebetulan pula, tahun lompat.


Mac
Ha’ah! Bulan 3, bulan kelahiran adik dan abang aku. Aku beli hamster baru dan menamakan dia DIN a.k.a Cekodok Basi. Well, join PROKID Lukman Hakim. Seronok sangat!!!!!! Tahu tak! Dalam bulan 3 neh, aku jatuh! Malu betol!!!! Jatuh kat dalam kelas!!! Kerja banyak! Stresssss!


Aprill
Bulan yang mendebarkan. Aku tak ingat, aku wish ke dok dekat si Farid besday dia, hehehhee. Aku beli nombor Celcom baru. Nak nombor aku??? Penumbuk aku kasik, hahahaaaa. Buzy dengan assignment, pheww! Masa neh, aku sudah start sakit aku.


Mei
Aku jatuh sakit. Sakit orang perempuan menyebabkan aku siapkan assignment aku cincai boncai. Masa neh la aku mula kenal siapa kawan, siapa lawan. Terima kasih sangat – sangat dekat Su, tanpa Su, kak Ain, Wani, semua – semualah, aku mesti give up! Masa aku sakit, ada seorang lagi yang tolong naikkan semangat aku selain daripada kawan – kawan and family. Seseorang yang sangat menyentuh hati aku. Tapi, aku tak kontek dia, aku tinggalkan dia, sebab aku taknak layan hati dan perasaan aku.


Jun
Misi mencari tempat Latihan Industri semakin gelap, sebab banyak tempat LI reject aku. Mentang – mentanglah result aku rendahkan, diorang pertikaikan. Chhiiisss! Tapi, Alhamdulillah, kami dapat di Dr Nik & Assoc. tapi kan, dalam bulan neh, aku merasa memandu kereta Saga baru. Adeh ko syazyan, kereta je, hahahaa. Eksaited weeeyhhh!


Julai
Happy birthday girl! My month! Hehehe, masih berada di rumah untuk Latihan Industri. Ehem!  Someone wish birthday dekat aku, dan dia adalah orang yang menaikkan semangat aku semasa sakit hari tuh. Dia berada di Kem Wardieburn, ada kursus naik pangkat. Aku sayangkan dia, itu yang aku cakapkan pada dia, dan dia cakap benda yang sama ( arrghhh! Geli aku ). Jadi, aku just senyapkan hubungan ini.


Ogos
Hari – hari ku lalui indah dengan menaiki LRT ke ofis Dr Nik & Assoc. setiap hari aku akan naik LRT daripada stesyen Bukit Jalil dan akan tukar stesyen di Stesyen Masjid Jamek. Setiap hari, sampailah aku hafal sudah 11 stesyen tuh. The moment tak boleh lupa adalah sewaktu aku pulang ke rumah ( malam ) then train dipenuhi dengan pelajar UPNM rasanya, sebab ramai – ramai turun dekat Sungai Besi. Aku nak duduk, tapi kurang hasamnya mereka kongker dulu! Aku carry beg laptop weyhh! naseb aku dah bukak puasa. Tuh yang pertama, yang kedua, petang, nasib aku dapat tempat duduk last – last tuh.


September
Final untuk LI. Tak tahan aku rasanya. Last day LI, diorang belanja makan nasi dan ikan bakar, Ya Allah, syukur dan happynya dekat Dr Nik & Assoc. TERIMA KASIH!!!!!! Masuklah untuk semester baru. Sebelum tuh, aku jumpa dulu dengan buah hati, die cakap, dia nak jumpa, jadi jumpalah dekat Sogo. Kemain dia paw duit aku untuk makan, nasiblah untuk makan. Dia kata, dia akan buzy start bulan 11, katanya masuk hutan, then banyaklah aktiviti dia, jadi aku percayalah.


Oktober
Bulan neh agak terkedek – kedek aku mencari supervisor. Mencari tempat LI pon asyik pending, ini kan mencari supervisor untuk PSM. PSM tuh Projek Sarjana Muda. Memang menangis sebenarnya mencari SV, sebab semuanya berebut – rebut mencari SV. Lepas tuh, kena pulak aku takde tajuk, memang aku blur r. aku dah ada tajuk, tapi tajuk aku kene rejek, sebab tak compatible la. Malas cerita, buat sedih je. Tapi, akhirnya, dapat jugak aku SV, nama dia Encik Zamri Ismail, lecturer baru balik dari bercuti untuk belajar. Aku buat tajuk pasal LiDAR. Last but not least, terjadinya Tragedi Oktober


November
Here I come for November. Hurrrmmm, sebenarnya, aku dah start tak kontek dengan si buah hati pada hujung bulan 10. Orang tanya, kenapa kau stop kontek? Dia masuk hutan sebab nak naik pangkat, untuk kau juga. Semua marah aku, aku pulak, ada sebab kenapa buat macam tuh. Memang aku biarkan dia, sebabnya, aku rasa, tak kemana hubungan aku dengan dia. Even malam – malam dia ada called aku, tapi, aku sengaja tak angkat. Aku biarkan sahaja. Sebenarnya aku kecewa bila buat macam tuh. Patah hati pon ada, sedih, semua ada. Bulan 11 adalah bulan yang memang fokus terhadap pelajaran sahaja dan PSM. Bulan ini adalah bulan kedua terakhir.


December
The last month of 2012. Well, look back to my azam – azam. My brother kahwin this month. 




Psssttt : ingat lagi tak? Aku pernah cakap konon – konon umur 23 nak cari pakwe, umur 24 nak kawan, umur 25 nak tuning, umur 26 nak kawen??? Well, itu dikatakan Mat Jenin versi gadis. Umur nak meningkat 24 neh, takde pown. So, delaylah. 

azam tahun depan??? nantikan pada 1hb1thn2013



Ulasan

  1. hahahah! memasing target nk kawen dh! :P

    BalasPadam
  2. nad = seramla ckp psl kawen neh, tah kemana nak g, hahahaaaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah