Langkau ke kandungan utama

Wishlist 2012

 


As salam dan selamat sejahtera. 

Wah, sudah masuk tahun 2012. Ouh ye, semalam aku menghadapi masalah nak TIDUR! Aku tak tawlah kenapa kan???? Memang tensen lah tak dapat tidur sampai pukul 4 pagi. Setelah difikirkan semula, rupa – rupanya adalah disebabkan pada waktu pagi tuh, aku ada terbau biji kopi yang sedang dikisar, sangat sedap baunya sehingga aku tak dapat nak tidur. Wah, betapa hebatnya pengaruh biji kopi di dalam hidup aku neh. Hari neh 1.1.2012. jom, mari pikirkan azam baru korang. Aku taw, azam korang ialah nak capai azam tahun lepas kannn??? Alasan orang pemalas! Jom, kalau azam tahun lepas tak tercapai, buat azam baru, bosanlah azam sama je. Sebab tuh azam korang tak pernah tercapai. 

So, entry aku kali neh nak cakap pasal azam aku tahun neh and wishlist 2012 aku. Kejap – kejap, bukak fon, sebab aku taip wishlist aku dalam tuh. Ouh, aku mulakan tahun neh dengan minggu exam, pheewwwwwwwww. Putus urat kentut, takleh main – main, sebab aku tak paham kenapa semua budak laki kelas aku update status FB diorang dengan semangat nak belajar. 

Azam aku tahun neh ialah mahukan kehidupan yang lebih diredhai oleh Allah S.W.T. insyaAllah! Ouh, umor aku semakin meningkat, dah 23 tahun neh, dan ketika aku memandang muka aku dicermin, aku terkejut tengok, muka aku dah semakin tua. Yaaaaa, aku kena terima kenyataan bahawa usia aku dah semakin meningkat, maka semakin berat tanggungjawab yang akan dipikul oleh aku. Ouh, aku neh jenis manusia yang suka mengira umur bertambah setelah masuk tahun baru, 1.1 untuk setiap tahun. Aku tak suka ikowt birthday. Dulu kan, aku pernah terfikir sesuatu. Aku pernah cakap kat diri aku, aku nak cari bakal suami start daripada umur aku 23, sekarang umur aku dah 23 ……… =.=”. jawapannya, aku blur lah. 

Ouh, pasal wishlist pulak. Aku dah senaraikan, aku harap, dalam tahun 2012, aku mampu milikinya!!! Harus!!!



#wishlist 1
Nak beli kasut sukan jenama NIKE. Well, selama 23 tahun aku hidup, aku tak pernah ada kasut sukan, tapi tak bermakna aku tak bersukan, aku bersukan, lari, cuma, aku pakai kasut sekolah yang jenama China tuh. Aku jeles tengok kawan – kawan aku ada kasut sukan jenama hebak – hebak. Aku pulak, tiap kali aku nak beli, aku mesti telan air liuh, sebab harga dia. Maybe dengan ada kasut sukan baru, aku semakin semangat nak bersukan?? Even lari setakat dalam 15 minit??? Heheheheee, :P

#wishlist 2
Nak handbag. Aku tak tahu kenapa aku tulis dalam wishlist, takpelah, maybe handbag aku kat rumah tak cukup lagi, aiiihhh, syazyan! Melambak dah handbag ladies dalam bilik tuh, hamek jeeeee! Jangan nak membazir. 

#wishlist 3
Spek mata. Aikkkkkk? Sebab aku silau, dan aku merupakan seorang driver, so, harus ada, lagi pown, lappy neh dah maxam teman setia aku pulak. Hahahahhaaa, kenalah ada spek mata. 

#wishlist 4
New hair style. Eyup, aku dah lama pikir, aku nak potong rambut, maybe nak pendekkan sikit. 

#wishlist 5
Tukar tali guitar. Dah 2 tahun guitar neh dengan aku, maybe aku nak tukar, tapi, tengok dululah, sebab kene tengok bajet lagi, aku malas nak buat sendiri, malas nak tunekan, so, hantar kedai je lah. 

#wishlist 6
Saya nak IPAD!!!!!!!!!!!!! 

#wishlist 7
Memaksa diri agar menerima kenyataan bahawa #wishlist 6 adalah sesuatu yang mustahil untuk aku miliki, T________T

#wishlist 8
Saya mahukan seorang lelaki yang boleh dijadikan suami, bukan boyfie. 




Sekian, itulah wishlist dan azam aku untuk tahun 2012 neh. Aku tahu, wishlist aku macam mengada – ngada, tapi, aku nak capai gak!!!!! Kenapa takde yeh wishlist aku nak kurus??? Maybe dah giveup, hehhehehee, :P.  ouh ya, sempena tahun baru neh, aku nak buat 1 kelainan dekat blog aku, aku akan letak 1 column, column tuh aku akan tulis quote, anything, sama ada BM, English, Chinese ( bajet pandai cakap Chinese kunun ), Tamil ( neh agi 1 kes bajet aku neh ), Kadazan ( bajet ), Sarawak ( lagi bajet ), hahahha, saje nak hilangkan buhsan, manalah taw korang inspired by the quote. Aku akan cuba tulis 1 quote 1 minggu, insyaAllah, korang nak copy pown boleh, : ) . dibenarkan, takyah credit, sebab aku pown copy paste gak, sama – samalah kita berkongsi pendapat dan berkenalan, hahahahhaa, :D



Ulasan

  1. waa..byknye wishlist..hehe..
    siswi je xde wishlist..huu

    BalasPadam
  2. byk kew??? hehehhee, :D

    arp2 lah dpt dlm thn neh gak, :)

    BalasPadam
  3. wishlist #1 tu kite pun nak gak...memang benar jeles..hoho

    BalasPadam
  4. buat la 12..sebulan tunaikan satu.baru gempak

    BalasPadam
  5. cik suka menyibuk : hahahahaa, beli dulu, hehehehheee



    fahmi : ekeleh die nehhhh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah