As salam dan selamat sejahtera.
Wah, sudah masuk tahun 2012. Ouh ye, semalam aku menghadapi
masalah nak TIDUR! Aku tak tawlah kenapa kan???? Memang tensen lah tak dapat
tidur sampai pukul 4 pagi. Setelah difikirkan semula, rupa – rupanya adalah disebabkan
pada waktu pagi tuh, aku ada terbau biji kopi yang sedang dikisar, sangat sedap
baunya sehingga aku tak dapat nak tidur. Wah, betapa hebatnya pengaruh biji
kopi di dalam hidup aku neh. Hari neh 1.1.2012. jom, mari pikirkan azam baru
korang. Aku taw, azam korang ialah nak capai azam tahun lepas kannn??? Alasan
orang pemalas! Jom, kalau azam tahun lepas tak tercapai, buat azam baru,
bosanlah azam sama je. Sebab tuh azam korang tak pernah tercapai.
So, entry aku kali neh nak cakap pasal azam aku tahun neh
and wishlist 2012 aku. Kejap – kejap, bukak fon, sebab aku taip wishlist aku
dalam tuh. Ouh, aku mulakan tahun neh dengan minggu exam, pheewwwwwwwww. Putus urat
kentut, takleh main – main, sebab aku tak paham kenapa semua budak laki kelas
aku update status FB diorang dengan semangat nak belajar.
Azam aku tahun neh ialah mahukan kehidupan yang lebih
diredhai oleh Allah S.W.T. insyaAllah! Ouh, umor aku semakin meningkat, dah 23
tahun neh, dan ketika aku memandang muka aku dicermin, aku terkejut tengok,
muka aku dah semakin tua. Yaaaaa, aku kena terima kenyataan bahawa usia aku dah
semakin meningkat, maka semakin berat tanggungjawab yang akan dipikul oleh aku.
Ouh, aku neh jenis manusia yang suka mengira umur bertambah setelah masuk tahun
baru, 1.1 untuk setiap tahun. Aku tak suka ikowt birthday. Dulu kan, aku pernah
terfikir sesuatu. Aku pernah cakap kat diri aku, aku nak cari bakal suami start
daripada umur aku 23, sekarang umur aku dah 23 ……… =.=”. jawapannya, aku blur
lah.
Ouh, pasal wishlist pulak. Aku dah senaraikan, aku harap,
dalam tahun 2012, aku mampu milikinya!!! Harus!!!
#wishlist 1
Nak beli kasut sukan jenama NIKE. Well, selama 23 tahun aku
hidup, aku tak pernah ada kasut sukan, tapi tak bermakna aku tak bersukan, aku
bersukan, lari, cuma, aku pakai kasut sekolah yang jenama China tuh. Aku jeles
tengok kawan – kawan aku ada kasut sukan jenama hebak – hebak. Aku pulak, tiap
kali aku nak beli, aku mesti telan air liuh, sebab harga dia. Maybe dengan ada
kasut sukan baru, aku semakin semangat nak bersukan?? Even lari setakat dalam
15 minit??? Heheheheee, :P
#wishlist 2
Nak handbag. Aku tak tahu kenapa aku tulis dalam wishlist,
takpelah, maybe handbag aku kat rumah tak cukup lagi, aiiihhh, syazyan! Melambak
dah handbag ladies dalam bilik tuh, hamek jeeeee! Jangan nak membazir.
#wishlist 3
Spek mata. Aikkkkkk? Sebab aku silau, dan aku merupakan
seorang driver, so, harus ada, lagi pown, lappy neh dah maxam teman setia aku
pulak. Hahahahhaaa, kenalah ada spek mata.
#wishlist 4
New hair style. Eyup, aku dah lama pikir, aku nak potong
rambut, maybe nak pendekkan sikit.
#wishlist 5
Tukar tali guitar. Dah 2 tahun guitar neh dengan aku, maybe
aku nak tukar, tapi, tengok dululah, sebab kene tengok bajet lagi, aku malas
nak buat sendiri, malas nak tunekan, so, hantar kedai je lah.
#wishlist 6
Saya nak IPAD!!!!!!!!!!!!!
#wishlist 7
Memaksa diri agar menerima kenyataan bahawa #wishlist 6
adalah sesuatu yang mustahil untuk aku miliki, T________T
#wishlist 8
Saya mahukan seorang lelaki yang boleh dijadikan suami,
bukan boyfie.
Sekian, itulah wishlist dan azam aku untuk tahun 2012 neh. Aku
tahu, wishlist aku macam mengada – ngada, tapi, aku nak capai gak!!!!! Kenapa takde
yeh wishlist aku nak kurus??? Maybe dah giveup, hehhehehee, :P. ouh ya, sempena tahun baru neh, aku nak buat
1 kelainan dekat blog aku, aku akan letak 1 column, column tuh aku akan tulis
quote, anything, sama ada BM, English, Chinese ( bajet pandai cakap Chinese kunun
), Tamil ( neh agi 1 kes bajet aku neh ), Kadazan ( bajet ), Sarawak ( lagi
bajet ), hahahha, saje nak hilangkan buhsan, manalah taw korang inspired by the
quote. Aku akan cuba tulis 1 quote 1 minggu, insyaAllah, korang nak copy pown
boleh, : ) . dibenarkan, takyah credit, sebab aku pown copy paste gak, sama –
samalah kita berkongsi pendapat dan berkenalan, hahahahhaa, :D
waa..byknye wishlist..hehe..
BalasPadamsiswi je xde wishlist..huu
byk kew??? hehehhee, :D
BalasPadamarp2 lah dpt dlm thn neh gak, :)
wishlist #1 tu kite pun nak gak...memang benar jeles..hoho
BalasPadambuat la 12..sebulan tunaikan satu.baru gempak
BalasPadamcik suka menyibuk : hahahahaa, beli dulu, hehehehheee
BalasPadamfahmi : ekeleh die nehhhh..