As salam untuk pembuka kata, tak manislah orang cakap kalau kita tak mulakan dahulu dengan ucapan salam. So, hari ini aku nak bercakap pasal hati ke hati jugak. Minta ampunlah kalau sejak akhir – akhir ini aku banyak bercerita mengenai perasaan dan hati. Kalau ada masa lain, aku akan bercerita perkara – perkara yang memberi info. Cuma buat sementara waktu ini memang mood aku melayan jiwang sahaja. Lagi pon, blog neh kan bercerite mengenai pentas hidup aku. Hehehehehe. gambar neh ada kaitan dgn entry ea. kata kunci = cermin Rata – rata apabila aku membaca blog atau apa sahaja medan yang mebolehkan kita meluahkan perasaan, mereka akan bercerita mengenai perasaaan dan apa yang dialami oleh mereka. Begitu jua dengan aku. Ada juga yang bercerita mengenai cinta mereka. Bahagia sahaja aku membaca setiapa ceritera cinta mereka. Tapi yang membuat aku hendak menulis ialah kebanyakan aku membaca, mereka menyalahkan lelaki setelah hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan. Woooa...
denyutan nadi seiringan nafas