heartbeat

Rabu, 9 Februari 2011

Mari Bermain Alat Muzik – Gitar


Saban hari aku melihat, ramai anak muda diluar sana yang semakin tertarik dengan bidang seni suara tak kira sama ada bidang lakonan atau nyanyian. Selain boleh dijadikan sebagai hobi, aktiviti begini boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi. Betul jugak, daripada buang masa dengan aktiviti – aktiviti tak berfaedah, baik diorang bermain alat muzik.  Baik korang main guitar. Hahahaha, satu pesanan bijak daripada aku! So, disini, aku nak buat tunjuk ajar bagaimana nak bermain gitar. Aku pilih instrument gitar sebab..... entah, Yuna kowt, hehehehe.

huhhuhu, sayang ko ED!

my sayang!


Langkah pertama.

a.     Mengenal pasti jenis gitar dan membeli
 
Korang kena tahu membezakan mana satu gitar akustik, gitar elektrik, gitar bass, gitar 2 leher, gitar ukulele, dan sebagainya. Pergi ke website wikipedia and search for more information. Aku lebih fokuskan kepada gitar akustik. Gitar neh pon ada jenama dan kualiti tertentu. Tapi, kalau korang beli gitar sampai seribu ringgit lebih, tapi tak reti main, takde guna jugak. Memadailah dengan beli dalam harga RM 98 – RM 200. Gitar aku harga dalam RM 250 kowt, sebab aku beli dengan beg sekali. Senang aku nak hurung kemana jua Si Ed tuh. Kalau nak bagi nama, terpulanglah. Adik aku pon bagi nama jugak kat gitar dia, Lu’ lu. Aku tak wajibkan korang membeli beg, tapi kalau korang seorang yang suka membawa ke mana sahaja barang kesayangan korang tuh, aku sarankan belilah beg gitar yang ada span supaya taknak lari tune gitar. Korang juga boleh dapatkan khidmat nasihat daripada penjual alat muzik tuh. Macam aku, aku beli dekat kedai Yamaha ( Yang Mahal! ). Paling penting, study sedikit pasal gitar neh. Mana satu body, mana satu leher, mana satu kepala. Macam mana nak kira fret, apa itu fret? Kalau aku cerita kat sini, membebel je lah kerjanya aku kang.

b.      Pergi kedai buku and beli buku panduan bermain gitar.

Ana Rafali sendiri kata yang dia cuma bermula dengan buku asas bermain kord gitar, so korang jangan nak berlagak pulak. Kalau yang mampu, bolehlah menghadiri kelas muzik. Bayaran rasanya ikut jam. Kalau tak mampu macam aku neh, belilah buku panduan bermain gitar. Murah je, kalau mahal pon sebab penuh dengan warna – warna. Kalau ada abang – abang or kakak – kakak or adik – adik or mak bapak dia teror main, apa lagi, mintak tunjur ajar, kata nak jadi macam Yuna, Ana Rafali, Najwalatif and so on ( agak – agak nama aku masuk tak? ).  Dalam buku tuh, ada pelbagai jenis kord yang ditunjukkan beserta dengan gambar sekali, senanglah korang nanti. Sebab tuh lah aku cadangkan kepada korang agar membeli buku panduan. Ada banyak bahasa, kalau dah terbiasa cakap Cina, beli yang bahasa Cina. Kalau nak canggih agi, masuk internet carik e – book pasal kord gitar neh. Melambak sangat.

c.       Mari mengenali aksesori gitar.

Korang jangan cik gadis je ada aksesori, encik gitar pon ada taw. Banyak aksesori gitar neh. Antaranya pick, strap guitar ( kowt ), capo, tuner. Bagi aku capo and tuner sangat – sangat penting. Pick tuh aku tak galakkan kalau tak reti nak kawal sound. Because, bunyi dia sangat bising, lagi – lagi kalau gitar korang tuh seakan – akan seperti bunyi untuk 12 tali gitar. Capo neh pengepit tali gitar. Menarik juga sejarahnya. Carik dalam wikipedia. Kalau ada yang request, baru aku cerita lagi dengan lebih menarik. Capo penting kalau korang nak main lagu Mat Salleh, sebab diorang memang banyak gunakan high tone, lagi – lagi kalau ada peminat Taylor Swift. Lagu dia kebanyakkan menggunakan capo pada fret 3. Lupa, 1 lagi fakta mengenai pick ialah, kita guna ketika hendak plucking. Apa tuh plucking? Sebentar lagi kita akan belajar. Strap gitar tuh tali gitar yang kita guna untuk gantung di badan. Tuh dalam RM10 dah boleh dapat. Susah – susah, korang buat je sendiri, habis cerita. Ada banyak lagi aksesori gitar neh yang lain – lain. Aku cuma cerita yang penting – penting je. Harga? Erm, lupa plak nak cerita. Pick neh, dia jual dalam paket, 3 keping mungkin dalam RM5. Kalau capo, daripada harga RM30 – puluhan ringgit. Kalau tuner, hari tuh gua usyar, tak silap, daripada RM60 dah boleh dapat. Tapi tak tahu plak accuracy dia macam mana kan? By the way, korang dah besar, bolehlah memilih. Abang aku beli tuner dalam RM62 kowt.

neh lah yang aku katakan tuh, capo gitar. capo aku macam neh lah. tak rugi pon mengeluarkan lebih belanja, nanti korang juga yang puas.

neh dia strap gitar, yang membolehkan kita menggantungkan gitardi badan. erk??

neh pick gitar. dahulu kala, pick dibuat daripada kulit cangkerang

  tuner gitar, peting sangat - sangat!


Langkah kedua.

a.      Mari belajar mengenai badan – badan gitar.

mari belajar adik - adik semua!
 Yang pertama fret, kepala, badan, dan ekor. Silalah pergi search di website untuk lebih info. Aku cuma terangkan sedikit sahaja. Pengetahuan neh cuma asas sahaja, sebab kalau tak tahu pasal neh, takdelah sampai tak boleh main gitar, cuma bila orang tanya, fret 3 mana? Terkial – kial jugak karang nak tunjuk.

b.      Belajar menggunakan video

Kaedah ini sangat praktikal dan bagus diamalkan. Dalam video, si tutor boleh menunjukkan pelbagai cara nak struming, plucking tali gitar neh. Bila nak petik tali gitar, kita boleh main secara strum atau pluck. Dalam awal – awal lagi aku dah mention pasal hal neh. Tapi, buku harus ada disisi, sebab setiap buku kadang – kadang memberikan cara pegang kord yang berlainan, tapi semua bergantung kepada diri kita untuk bermain.

Langkah ketiga

a.      Mencari cikgu

Carilah cikgu. Tak kira hebat mana pon, carilah cikgu supaya tak tersalah mengamalkan ilmu walaupun bermain gitar. Hehehehehe.

b.      Cari geng yang suka main gitar

Cari sesiapa sahaja yang suka main gitar or alat muzik lain. Ramai lagi meriah, takdelah bunyi sumbang korang kedengaran sangat sumbang. Hehehehe.

Langkah terakhir.

Korang dah boleh bermain seperti seorang yang pro.


Hahahaha, rasa macam bukan tutor je kan? Sebenarnya, aku bukan nak buat sangat tutor pasal main gitar neh, tapi just aku nak berceritalah. Aku start belajar main gitar pon dengan abang aku. Masa tuh pakai gitar Kapok. Memang jenama Kapok ( sekarang gitar aku jenama Morrisson ).  Masa tuh memang terkial – kial aku nak pergi ke kord C. Padahal basic tuh, tapi orang dah kata “ saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan” , maka memang mula – mula akan rasa payah. Berikut merupakan komen orang apabila pertama kali memegang gitar : 

  • ·         Hujung jari rasa pedih.
  • ·         Rasa macam terkial – kial.
  • ·         Siapa – siapa kidal memang menghadapi kesusahan untuk bermain.
  • ·         Terasa payah nak lari – larikan jari tuh.
  • ·         Tak nak main lagi.
Hahahaha, pelbagai alasan yang diberikan. Bagi aku, kalau dah minat, sakit ke, pedih ke, semua boleh tolak ke tepi. Itu je kata – kata aku. So, kepada gadis – gadis di luar sana, jangan pandai posing je dengan gitar, harus pandai bermain sekali, baru rocking girl! Hehehe, selamat mencuba.

12 ulasan:

  1. waa kagum! huhu..
    prnh blaja 2 min trus rs xmo men sbb jari skt.. haha..
    last2 saya men piano.. =)

    BalasPadam
  2. chinatsu ; wah, tuh agi kagum!

    BalasPadam
  3. suke tengok jer org main gitar..tapi bunga xsuka main gitar..hikhikhikhikkk..

    BalasPadam
  4. bunga : neh musti pernah berangan2 yg BF men guitar depan awk kan???

    BalasPadam
  5. eh.. template i ader guitar tau.. heheh~

    BalasPadam
  6. iN laa~ : a'ahlah..ade2 guitar kt template awk tuh..nice!

    BalasPadam
  7. sye bru jew nak maen guitar balek... baru bajo 1 bln stop 6 bln..hhahahah.... niew baru beli guitar 21 fret, cut away,jenama (entah sye bukak google x jumpe2,cokia)... cacat!
    sye maen guitar kidal....adoi burok rupe cut away belah atas... nak yang kidal btoi kang RM600~!!
    hahah...
    x sabo2 nak tunggu guitar sampai kat umah.... walaupon babpak x kasi keras2 ='(....
    sob2 T_T.... x po, dimana ade kemahuan disitu ade pluking♠~~~ hahah

    BalasPadam
  8. Rakan gitar aku kasar sangat.... Gitar dia orang scratch2!!! jeee.... Aku main sorang2 kt rumah -_-

    BalasPadam
  9. Harga gitar techno murah ke ? Anggaran plizz

    BalasPadam
  10. mana beli pick tu?

    BalasPadam

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai