heartbeat

Isnin, 21 Februari 2011

Tidak Masih Sempurnakah Aku Dimata Kamu?


Assalammualaikum..

Hari neh aku takde kelas petang, so ingat nak tidur, tapi, tak jadi, sebab rasanya malas nak tidur petang. Rasanya macam hari neh nak update blog, dan aku nak bercerita mengenai sesuatu yang berkaitan dengan perasaan, maksudnya, lebih kepada segmen hati ke hati. Alah, senang cerita, bicara hati ke hati. Aku nak bawa pembaca blog aku neh menyelami perasaan aku selama 22 tahun aku hidup di dunia realiti ini. Entry neh terlintas di fikiran setelah aku dan BFF aku, syanichi berborak. Aku rasa tiba – tiba dia nak bercerita, or mungkin dia nak meluahkan perasaan yang selama neh terbuku di hatinya.


Dia cerita kat aku yang dia pelik atau hairan kenapa orang lain mudah mendapatkan pasangan hidup, sedangkan dia pula payah. Ehmmmm....... aku sendiri tak berapa arif untuk menjawab persoalan yang mencabar itu. Yang pertama aku tak boleh nak menjawab sebab tuh bukan soalan dalam exam. Tuh yang paling surenya. Yang keduanya, aku tak sematang kamu Syanichi, tetapi aku boleh menjadi pendengar yang terbaik. Ada orang bercerita kepada aku, kalau korang tak mampu nak selesaikan masalah itu, cukup sekadar menjadi pendengar yang terbaik. Huhuhu, so, aku nak ambil kesempatan ini untuk bertanya, adakah sepanjang Deeper Conversation kita tadi aku telah menjadi pendengar terbaik kau??

Seterusnya, aku ingin bercerita juga. Bukan BFF aku je pernah berfikir, aku pon pernah jugak terfikir, tapi aku cepat – cepat lupakan sebab malas nak melayan. Aku pernah terfikir juga, tak cantik sangat ke aku neh sampai tak de orang nak pilih aku untuk jadikan kekasih mereka? Selama 22 tahun aku hidup neh, aku baru 2 kali je bercinta. Cinta monyet tolak tepilah, aish korang neh kan. Aku neh boleh dikatakan lama juga menyepi, cheh, padahal ada je orang single 5 tahun tapi tak bising macam aku. Aku pernah tertanya – tanya, apa lagi yang lelaki mahu daripada aku neh supaya mereka lebih tertarik dengan aku? Nak cakap aku tak alert dengan fesyen? Selalu jugak aku baca and menjadi silent reader blog Fatin Liyana. Nak cakap aku pemalas? Mungkinlah, tapi aku takdelah malas sampai keluar ulat daripada tong sampah ke. 

Satu lagi rumours yang aku dengar ialah gadis chubby takkan dapat lelaki kacak dan sebaliknya. Ha! Persetan semua tuh. Geng – geng aku semua body chubby, ada je pasangan, dan tinggallah aku seorang diri melayari dunia ini keseorangan. Bukannya apa, bila aku berada di kampus, kawan – kawanlah menjadi tempat aku bergelak – tawa, tapi kalau diorang asyik date dengan kekasih diorang??? Memang aku sorang – soranglah kat bilik aku tuh. Tinggallah aku sorang – sorang dengan Inchik Ed aku tuh.

Kadang – kadang apabila aku perhatikan kelakuan manusia – manusia di UTM, uh, aku selalu bertanyakan kepada diri aku. Antaranya ialah : 
  • ·         Kenapa dia dapat BF hensem, sedangkan dia takdelah lawa mane pon.
  • ·         Aik? Gane laki tuh boleh dapat awek cun?
  • ·         Laki tuh pakai spek ke tak? Lawa lagi aku daripada awek die.
Kenapa semua persoalan itu ada di benak hatiku? Seolah – olah aku macam cemburu melihat pasangan – pasangan tersebut. Paham tak? Apa lagi yang harus aku lakukan supaya lelaki cuba untuk mengenali aku? 

Atau pun aku yang harus mulakan dahulu? Huhuhu, istilah pergi mencari timba itu aku masih terapkan dalam diri aku. Aku tak kan mulakan sebarang komunikasi, tetapi kalau aku sudah mula menyukai, aku akan terus – terang. Tetapi kenapa aku masih tiada pengganti? Adakah aku neh setia? Layakkah aku digelari kekasih setia, sedangkan ex BF aku sudah mempunyai kekasih baru dan sudah pon putus dengan kekasih baru dia.

Setelah lama berborak dengan Syanichi, aku rasa aku tahu kenapa aku masih tiada pengganti. Aku cuma memilih. Yap! Itu memang benar, aku seorang yang cerewet. Ada je lelaki yang mahu berkenalan dengan aku, cuma aku menolak. Bukannya apa, aku mahu fokus kepada study. Ha! Lahanat kau Syazyan, study kunun! Semua orang study, semua orang bercinta, jadi pandai – pandailah membahagikan masa. Memang, aku mengaku aku seorang yang memilih untuk mencari seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Aku bukan cerewet tang muka ka, body ka, tapi lahiriah. So, terjawab tak? Apa yang terjawab? Merepek sungguh.

So, lelaki diluar sana, jawab segala persoalan aku neh. Apa lagi yang korang mahukan daripada seorang gadis yang korang cintai? Mahukan kehormatan dirinya dan baru membalas cinta mereka? Atau pun mahu mempermainkan jiwa dan perasaan hati ini? Atau korang cuma mahu mencari keseronokkan? Aku tinggalkan korang dengan persoalan tersebut, dan cubalah jawabnye dengan perkataan yang baik – baik. Dont harsh on me k? Komen – komen yang menyakitkan aku delete je. Minta maaflah. 


Tidak masih sempurnakah aku dimata kamu?

16 ulasan:

  1. haha..nice entry...dun't ever givup..it just b'cuz we r in da middle k..we've all dat's but myb it still not enough 2 b as a completed woman in he eyes..let's 2 think +ve..& smile 2 da world.....(^ v ^)..i'm hepy with what i am rite noe..say ALHAMDULILLAH again syazyan...=p

    BalasPadam
  2. yeahhh,,neh musti dh dpt hikmah ketika dlm kelas neh...

    hahahhaha, i luv u!!!

    hihihihihihi..

    BalasPadam
  3. nICE ENTRY .
    PASTI ADA HIKMAH .
    =)

    BalasPadam
  4. akak tak bercinta lagi ni~~ :p

    dear, takpe memilih...memilih teman hidup kan? jadi kena la pilih yang betul2...:)

    BalasPadam
  5. hurm, yul suke bace entri nie, tk trpikir pulak macam tu sekali kan, bagi yul, jodoh tu semua ditangan allah, kita hanya mampu merancang je, takdir yg menentukan, cinta tu akan datang sendiri bila dah sampai waktunya, setiap manusia pasti akan menemukan jodohnya, jgn risau sngt la ok :) hee

    BalasPadam
  6. hehe.....mungkin sebabnye..
    suatu hari nnt insyaAllah Allah akan temukan kamu dgn lelaki yg benar2 akn menjadi rajahati dlm hidup kamu...
    biar sikit asalkan berbaloi =p
    My Recent Post: Makan Ayam Dengan Bahan Kimia

    BalasPadam
  7. persoalan tu semua adalah normal :D

    BalasPadam
  8. sunah : akak, hahaha, ea r tuh..akak tuh bercinta dgn elektrik..hihihihi..

    BalasPadam
  9. yul : tq byk2 yul...huhuhu..tak sangka yg yul akan bace..

    BalasPadam
  10. nasuha : hehehe, thanx awk..sy akan view page awk ea..

    BalasPadam
  11. cik epal : woooaaahhhh..adakah ineh betol???? cik epal komen2 sy.. terharu sgt2..tq cik epal..

    BalasPadam
  12. tape awk. mase banyak lagi nak memilih yang terbaikk. :)

    BalasPadam

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai