heartbeat

Khamis, 24 Februari 2011

Berhenti Salahkan Lelaki Wahai Gadis


As salam untuk pembuka kata, tak manislah orang cakap kalau kita tak mulakan dahulu dengan ucapan salam. So, hari ini aku nak bercakap pasal hati ke hati jugak. Minta ampunlah kalau sejak akhir – akhir ini aku banyak bercerita mengenai perasaan dan hati. Kalau ada masa lain, aku akan bercerita perkara – perkara yang memberi info. Cuma buat sementara waktu ini memang mood aku melayan jiwang sahaja. Lagi pon, blog neh kan bercerite mengenai pentas hidup aku. Hehehehehe.

gambar neh ada kaitan dgn entry ea. kata kunci = cermin




Rata – rata apabila aku membaca blog atau apa sahaja medan yang mebolehkan kita meluahkan perasaan, mereka akan bercerita mengenai perasaaan dan apa yang dialami oleh mereka. Begitu jua dengan aku. Ada juga yang bercerita mengenai cinta mereka. Bahagia sahaja aku membaca setiapa ceritera cinta mereka. Tapi yang membuat aku hendak menulis ialah kebanyakan aku membaca, mereka menyalahkan lelaki setelah hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan.


Woooaaaappssss! Aku bukan hendak mem – backup lelaki yeh. Bagi aku bercerita sehingga tamat entry aku neh. Aku mengaku, aku pon menyalahkan bekas boyfriend aku tuh. Tak percaya? Bukaklah entry lama – lama aku dahulu. Semak je mengutuk dia sampai menggunakan perkataan – perkataan buruk dan kasar and tak mencerminkan lansung keperibadian aku serta tak menunjukkan aku neh merupakan pelajar degree UTM. Malu cikit Syazyan!!! Uish, uish, uish...malu, malu malu!

Masa tuh aku dikawal oleh perasaan marah yang amat, maka aku pon mencaci maki dia sampailah sekarang, cuma sekarang aku sudah mampu untuk mengawal ( sedikit sahaja ), tapi wujud lagi kemarahan ini sebenarnya. Untuk menghilangkan kemarahan ini, aku membuat keputusan untuk melupakan dia. Berjaya kah? Hahaha, tepuk dada tanyalah selera.

Wokeyh, terus – teranglah aku nak mengatakan kepada gadis – gadis di luar sana, berhentilah menyalahkan bekas boyfriend korang. Entah – entah keputusan putus itu terbaik untuk korang semua. Apabila hubungan korang sudah tidak boleh diselamatkan, baiklah ambil keputusan untuk putus dengan cara baik. Jangan jadi macam aku, sampai sekarang masih marah. Jangan terus menyalahkan si dia. 

 

Sebaiknya, kita sebagai gadis lihat dahulu diri kita, cerminkan diri kita. Apa lagi tidak sempurna ( alamakn entry neh tiada kait – mengait dengan entry sebelum ini, sbb aku x reti nk mengait ) dalam diri kita. Cuba bertanya kepada diri kita kenapa si dia sudah berpaling tadah daripada kita. 



Jika dahulu kitalah intan permata dia, kenapa sekarang menjadi musuh? So, banyakkan bertanya kepada diri kita kenapa, bagaimana, apakah. Semoga dengan persoalan yang timbul itu dapat kita muhasabah kan diri kita ini. Ingat, semua manusia tidak sempurna di dunia ini. Jika sempurna, bosan. Biar kita reveal kelemahan diri kita ini. Biar semua orang tahu kelemahan dan keburukan diri kita. Biarlah lelaki yang tinggalkan kita itu memandang kita dengan keburukan kita sebab biasanya apabila lelaki itu tinggal keseorangan, yang pastinya wajah kita berada di bayangannya, tapi mereka tahu, kita sudah tidak boleh dimiliki oleh dia lagi.


Bagi aku, orang cuma tahu mencari kesalahan orang lain, samalah dengan penulis entry neh ( uikss?? Neh kes mengutuk diri sendiri ). Kalau tak percaya, aku bagi korang statementlah. Kalau ada seseorang yang outfit tidak seperti seorang ahli perniagaan yang berjaya tiba – tiba dengan baik hatinya menderma sebanyak sejuta kepada rumah kebajikan, apa ayat pertama terlintas di kotak pemikiran anda semua?

Adakah ayat ini :
Wau, kaya bebenor orang tuh, dari mana dia dapat duit tuh? Curik ke? Tengok muka macam biasa je.

Ataupun ayat ini :
Baik betul orang tuh. Muke macam biasa, tapi hati baik.

Aku bet! Korang akan cakap ayat pertama itu. Hahahahaha, sebab aku selalu buat macam tuh. Oops!! Jahatlah kau neh Syazyan! Wokeyh, sudah mengerti apa yang cuba aku sampaikan dalam entry ini?

Bagus, berhentilah menyalahkan mereka yang sudah bergelar tupperware ( bekas dlm English ) kekasih kita tuh. Biarkan mereka hidup dengan bahagianya tanpa sebarang caci – maki kita neh. Aku pon bukannya sempurna, maka aku masih lagi dalam proses untuk menerima kelemahan dan keistimewaan diri aku neh. Banyak lagi yang perlu aku belajar di dalam kehidupan aku neh. Walaupun jelas menunjukkan kesalahan mereka, tetap dalam hati berkata – kata, semuanya salah aku, dan jangan kau datang dalam hidup aku dan menghancurkan lagi kebahagiaan aku. insyaAllah rakan – rakan ku. Allah S.W.T. sentiasa bersama dengan kita. Dia akan mendengar setiap keluhan dan permintaan kita.


Sekian, thanx for reading my entry yang agak jiwang.

p/s : aku buzy hujung minggu neh, so, aku x bleh nk update, ada camping. btw, aku akan snap pic n update entry next dgn camping tersebut. dadadada!!!!

13 ulasan:

  1. nub : opkos r hang suker, sbb aku puji kaum hang,,hehehhe

    BalasPadam
  2. x sbr nk hbes cpt2 program pro kid..mnggu depan nk tdoooo..hehe

    BalasPadam
  3. acece bagi tips bercintan cantun nih ^^

    BalasPadam
  4. salam... terimakasi awak kerana membela dan berdiri di sebelah kami

    BalasPadam
  5. erm...
    aku bkn pe...
    mmg xley la nk slahkn laki sgt...
    btol ckp ko kte kna cermin dri kte dlu...
    msti ad yg xkna kt dri kte kn...??
    huhu...
    bg aku msg2 ade silap msg2...
    bila hubungan 2 terputus di tgh jln,
    2 la yg terbaik senarnye tuk dri msg2...
    ape pn, entry ni gud r...
    ;)

    BalasPadam
  6. erm...
    aku bkn pe...
    mmg xley la nk slahkn laki sgt...
    btol ckp ko kte kna cermin dri kte dlu...
    msti ad yg xkna kt dri kte kn...??
    huhu...
    bg aku msg2 ade silap msg2...
    bila hubungan 2 terputus di tgh jln,
    2 la yg terbaik senarnye tuk dri msg2...
    ape pn, entry ni gud r...
    ;)

    BalasPadam
  7. waahhh banggenye aku..tuh pict ak..hehehee

    BalasPadam
  8. niSA : x sengaje plak nk bg tips neh...

    BalasPadam
  9. brutal solo : sy x backup, cuma sy x suker gadis neh menyalahkan kaum lelaki shj...

    BalasPadam
  10. nurul: hahhaha, aku dh bace...yg 1st, entry neh x ditujukan kpd sesiapa pon, sbb aku dh serik tulis entry utk org..hahaha, takowt kene serang,.aku dh buat observed and secare keseluruhan mmg pmpn suker slhkn lelaki..pdhal pmpn tuh melayan..tp ade gak r yg x melayan..

    BalasPadam

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai