heartbeat

Jumaat, 9 Disember 2011

Kenangan Untuk Kamu, Mok Tam

as salam dan selamat sejahtera. 

entry kali neh, cuma entry biasa, tentang luahan hati aku. tak payah baca terus kalau tak berminat. 





dalam masa seminggu neh, status adik kat FB cakap pasal Mok Tam, kucing aku. asyik - asyik cakap muka macam dah nazak. Mok Tam bunting, tapi mak aku cakap, perut die memang besar, besar yang luar biasa. aku pown risau, yelah, kucing jauh di mata aku. aku teringin nak tengok muka Mok Tam, aku suruh adik aku MMS picture die yang latest, adik aku cakap, Mok Tam asyik lari. aik?? heran aku sakit tapi kuat lari. last, pagi tadi, mak aku called, cakap Mok Tam dah mati. sejuk dan keras je body dia. aku agak terkedu, rasa nak keluar air mata, tapi lens menghalang. ikut hati, aku nak meraung, meraung dalam hatilah. 

entah kenapa, aku rasa rindu pula dengan kucing - kucing aku yang lain. kali terakhir aku tengok Mok Tam masa cuti Raya Haji, masa tuh, dia sihat jew, kuat makan, sama dengan kucing - kucing lain. 

aku ingat lagi macam mana Mok Tam datang dalam family aku. yang aku taw, masa tuh ada anak kucing warna putih mengiau kuat depan rumah aku. 

"cilakak budak - budak zaman sekarang! main kucing tak reti kasi pulang! puiihhh!"

tuh lah yang aku cakap bila aku dengar ada anak kucing mengiau depan rumah aku. mak aku kutip anak kucing putih tuh. kesian, dah lah comot, tak terurus pula bulu dia, warna dah campur - baur dengan warna tanah, dah takde warna putih. bontot dia pula macam luka, maybe sakit, so kiteorang letak iodin. 

sepanjang masa anak kucing putih tuh mengiau. kalau tidur pown, tiba - tiba je mengiau. dia suka tidur atas bantal mak aku. setiap kali dia bangun, memang keje dia mengiau, kuat pulak tuh. aku pula keje nye spray iodin kat bontot die. senyap kejap. tak kiralah, dah makan ke, nak berak ke, nak kencing ke, budak kechik tuh musti mengiau. tak paham aku. bising rumah aku dibuatnya. 

masa tuh aku selalu balik hujung minggu sebab belajar kat KL jew, so senanglah dapat tengok perkembangan budak kechik putih tuh. masa tuh kiteorang tak bagi nama, panggil kucing jew. pening gak aku nak bagi nama, mula - mula mak aku nak bagi nama Putih, sebab dia satu - satunya kucing putih dalam family tuh. lepas tuh, aku taknak pulak budak kechik tuh perasan, so aku bagi nama  Tam. pulak tuh, aku tengok, perut die semakin memboyot ( sihat ), maka, aku bagi nama Mok Tam. lama - lama budak kechik tuh pown kenal nama dia " Mok Tam " . tiap kali panggil dia, memang dia akan menyahut. 

tapi, Mok Tam dah pergi tinggalkan kiteorang. tak sangka, aku ingat kau akan hidup lama Mok Tam, tengok aku habis study, tinggal dengan aku lepas aku dah dapat rumah sewa. semua tuh tinggal angan - angan. aku ingat, aku sempat tengok kau bila aku balik cuti semester neh, tapi tak. aku dah lah kehilangan anak kau, Maharani dengan Maharaja. kemudian Bujang pulak hilang tak tahu pergi mana. yang tinggal Junior, Afan Dot, Silverstone, Kelabu. diorang tuh pown bakal tinggalkan aku jugak. 

sedih aku. aku hilang mood pula nak menulis. lagu best, rancak, tapi aku tetap sedih and menangis. maybe orang akan cakap aku neh mengada - ngada, kucing mati pown nak tulis dalam blog, hahahha, aku sukalah nak tulis ape kannn??? 

kalau diorang semua tinggalkan aku, aku nak hidup dengan siapa??? kalau aku dah takde parents?? siblings semua jauh?? serabut sekejap. pakwe?? tuh tolak jauh!!!!! tak nak up pasal pakwe, belum tentu jadi laki aku. 

aku rindu Mok Tam, Maharani, Maharaja, Bujang, Silverstone, Kelabu, Junior, Afan Dot. kenapa jauh sangat aku belajar neh. nak tengok korang pown susah. kalau aku rindu korang, aku selalu tengok gambar korang. orang cakap, hilang boleh tumbuh dan berganti semula. tapi bila aku hilang korang, memang aku tak de semangat nak bela kucing lain. tadi aku main kucing kat sini pown rasa macam nak menangis jew. 


haihhhhhh... disebabkan aku sayang kau Mok Tam, aku tak nak tukar DP aku dekat Facebook. aku sayang kau. 

penambat ati aku~


pic sebelah kiri time dia kechik, yang sebelah kanan tuh time dia dah besar and akil baligh, hehehhe, :P

bubye Mok Tam, nanti kita jumpa lagi, :)



2 ulasan:

  1. I can understand...kat sini pn ade banyak sgt kcing..tp bile sekor mati..die x same cam yg laen..:)

    BalasPadam
  2. sedeyh sgt2, ntah bilew dpt lupekan die, chewahhhh~~~~

    BalasPadam

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai