heartbeat

Ahad, 27 November 2011

Malaysia V.S Bahrain

as salam dan selamat sejahtera. 

well, ulasan mengenai perlawanan kali neh, sedeyh! malaysia kalah, 2-3. kuasa Ilahi, di saat - saat akhir, Bahrain menguatkan keyakinan mereka, so, diorang berjaya golkan sebanyak 3 kali hanya dalam masa 6 minit. memang diorang menang shyco lah. 

macam Terengganu dulu, last - last minit boleh masuk 1 gol, aishhh, memang orang cakap, sentiasa berwaspada. kedudukan selesa pada awal minit tak menentukan kejayaan ketika di hujung minit. 

aku percaya pada kuasa tuh, iaitu hidup atau sesuatu perkara terjadi di dalam kehidupan seperti roda. kadang kala kita boleh dapat, dan dalam sekelip mata, perkara tuh boleh jadi dibawah. 

kiranya, harimau muda kene bersemangat lagi lepas neh!



BILA AKU CAKAP MACAM NEH, BUKAN ERTINYA AKU NEH JENIS YANG MASA MENANG BERSORAK, MASA KALAH KITA KUTUK - KUTUK, HINA, BUKAN! TUH ERTINYA, PLAYERS TUH KENELAH AMEK IKTIBAR DARIPADA KEKALAHAN MEREKA. KADANG KALA, KUTUKAN TUH HARUS DIJADIKAN PEMBAKAR SEMANGAT. BUKAN AKU TAK SOKONG, MALAH AKU AKAN SENTIASA SOKONG! JADIKAN KATA - KATA PEMINAT TUH 1 DORONGAN. 


sila jangan nak salah tafsir pasal aku. cuma, memang aku agak terkilan sepanjang 95 minit perlawanan tadi, plus dengan game Syria hari tuh, memang agak terkilan sedikit, tapi, hebat Harimau Muda!.


neh gambar lama


Sabtu, 26 November 2011

Muslim Cedera

as salam dan selamat sejahtera, 


lama tak update blog neh kan??? pulak tuh nak update dengan cerita bola. aku neh takdelah fanatik sangat or terer sangat nak bercerita pasal bola. tapi, berita yang aku baca dalam page peminat Muslim Ahmad, dengar cerita die injured and tak dapat nak main untuk lawan Bahrain kali neh. 


tapi, aku heranlah, bukan ke Bahrain tuh salah satu negara Islam jugak?? bukan ke hari Ahad tuh awal Muharam?? ke diorang sambut sehari awal?? muehehehheee, nak tahu gak, sebab seingat aku, negara Arab sambut Hari Raya / Ramadhan, sehari awal daripada Malaysia. teruja nak tahu sangat - sangat. 


kejap, kejap, berbalik pada tajuk kita, aku tak berapa nak surelah kan, sebab admin page tuh bukan Muslim, tapi yang aku tahu, Izzaq dah tentu sah tak main sebab injured. lagi pon, rasanya hari neh on the way pergi ke suatu tempat kowt, aku taw pon sebab sempat add dia sebelum full, hehehhe, :P. aku print screen yea, :)




ye, aku orang last komen. aku jarang sangat komen atlet - atlet, sebab kompem komen aku tak pernah dibalas, kecuali 1 komen muslim ahmad neh, aku komen, die reply, memang terus angau aku dibuatnya, hahahahaaaa. 


kadang - kadang budak laki selalu cakap macam neh, 


alah, perempuan support team bola sepak sebab hensem je kan??? kalau tak ensem, mimpilah nak support


aku akui, betul gak tuh, tapi, seyesly, aku sokong muslim, tak kire timing lah, dia injured ke, single ( seyes????!!! ) ke, dah berpunyer semula ( sedeyh balik!!!!! ) ke, aku tetap sokong!! tetap support. kalau betul dia injured, siapalah backup dia yea??? tertanya - tanya. so, marilah kita sama - sama menonton perlawanan tuh esok live, :)


semoga harimau muda buat yang terbaik, tak kiralah, korang menang kew, kalah kew, korang tetap juara di mata aku, sebab aku jeles sangat - sangat dengan korang taw!!! korang telah membanggakan Malaysia, dan aku teringin sekali mahu Malaysia berbangga dengan aku. nak kata aku neh terer sukan?? baru naik 2 anak tangga, dan semput. nak cakap aku neh berani berhujah, lemah pendirian diri, tapi semangat tuh masih ada. mungkin, sokong harimau muda okayh kowt??? huhuhuhuhuuuuu. 


aku kadang - kadang tertanya, muslim / izzaq / kfcm / ke sape - sape pemain bola ada baca tak blog aku neh???


Khamis, 24 November 2011

Camp FYE Di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi

As salam dan selamat sejahtera, haaaiiii!!!!!!!!



Gila!!! Merindui korang semua. Aku hampir tersedak kerana disebabkan bola, naik, meningkat sungguh stats aku dalam blog neh. Macam aku cakaplah, memang blog aku neh sangat dull, kadang – kadang je aku cakap pasal bola neh, sebab aku memang minat pasal bola, hehehehehehheeee. 


Hari tuh aku dah janji kan nak cerita pasal camp aku kat Pusat Kokurikulum Johor cawangan Kota Tinggi???? Seyes!!!!! Serius aktiviti yang sangat best bagi aku!!! Tak pernah – pernah aku pergi camp yang salah satu aktivitinya ialah berbasikal??? Yaaaaaaa, berbasikal. Gerenti korang yang suka cycle akan teruja. 



Apabila bercakap pasal camp, musti orang akan cakap, 

Alah, tipikalnya, balik – balik aktiviti yang sama, masuk hutan, keluar hutan, main rentas anak sungai, pastuh survival, buhsannnnn!!! TET! ( kau tak reti bersyukur sungguh! )


Tetapi camp FYE kiteorang boleh dikatakan unik aktivitnya. Mungkin sebab kiteorang tak buat dekat dalam hutan, tapi di dalam kampung. Pusat Kokurikulum tuh terletak di Kota Tinggi. Dekat Kampung Johor Lama. Kalau tak silap akulah, sebelah sekolah je, hehehheheheheeee, and sebelah kubur. 

nehlah keadaannya, memang macam dull kan??


Yelah, tempat warisan sejarah Kota Tinggi tuh. Ingat lagi tak sumpahan yang muntah darah tuh?? Yelah, berlaku dekat jambatan dalam Kota Tinggi tuh lah. Jurulatih cakap, sumpahan tuh memang nyata sungguh. Walaupun sumpahan tuh dah berakhir, tetapi keturunan tuh masih boleh merasa macam sakit kepala, rasa macam nak pitam.


Wokayh, masa 1st day iaitu hari Jumaat, memang agak macam blur. Mana tak nye blur, driver bus taknak masuk dalam, nak cakap tak boleh masuk, ada pulak disediakan parking bus. Iiieeeeeee! Memang agak macam benganglah, lagi – lagi fasi neh ( akulah salah sorang fasinya ).  Kesian junior – junior berjalan lebih kurang 2km. Hehehhee, persediaan dik oi untuk aktiviti keesokkan harinya. So, hari pertama, cuma aktiviti suai kenal diri/ ice breaking sesama kami semua, sedikit refresment ( ala, tepu – tepuk semangat tuh ), selepas tuh kami, fasi – fasi kena sediakan guidelines untuk orientering. Sumpah, nak buat mende neh, memang kepala fasi yang fening – fening lalat. Kemudiannya junior – junior pulak pening – pening lalat. 

mendirikan khemah

Masuk hari kedua, ohmaigadddd! Aktiviti dimulai dengan sedikit senaman ringan dan senaman aerobotik ( entah, aku tak reti nak eja ). Selepas itu, ofkos makan, hahahahahhaaaaa. Makanan situ sedap!!!! Lepas makan, barulah aktivit cycling. Sebelum aktiviti dimulakan, kiteorang diberikan penerangan sehinggalah aku hampir terlelap. Tapi aku sempat snap picture lebah patah sayap, kecian. Masa cycling tuh, memang ada yang pancit, ada yang semangat merahmu membara ( means wajalah ), ada yang last – last pancit. Destinasi kiteorang adalah ke Muzium Kota Johor Lama. Disitu, kiteorang tak dibenarkan tangkap gambar, biasalah, rules kat muzium kan??? Lepas tuh, kiteorang pergi ke tepi laut, ctuh, rehat lebih kurang 20 minit. Aku ambil kesempatan untuk bermain basikal, hahahahahahahaha. Sebenarnya, basikal tak cukup, so, sebagai fasi, aku mengalah, even feeling nak bawak tuh membuak – buak macam volcano yang tak sabar – sabar nak meletus tuh. Lepas dah habis cycling, bermain untuk orientering pulak. Yang neh korang dah biasa dengar kan???? Macam Amazing Racelah. Tugas aku adalah menjaga check point nombor 4, iaitu di dorm fasi – fasi perempuan tidur. Sementara tunggu budak – budak tuh datang, aku tidur, hahahahahahahahha,





Petang hari kedua, lalalallalalallala, aktiviti yang paling aku suka, teruja, eksaited lebehy sampai hanyut ke Singapore. Nama aktiviti itu ialah “ water confident “. Wau??? Dengar pown macam korang pelikkan?? Kiteorang main air petang tuhhhhh!!!!! Eksaited ko makkkkkk! Mula – mula kiteorang hanya dibekalkan BA ( baju tuh lah ), selepas tuh, kiteorang dibawa ke tengah laut ( sampai aku tenggelam ) and kiteorang diajar macam mana nak berenang ( berenang yang untuk selamatkan diri ea, bukan untuk masuk bersukan tuh ), and then kiteorang diberi 1 task iaitu berenang ke jeti yang sangat ......... bukan nak mengutuk apalah kan, tapi memang jauh, adelah dalam 100meter, sedangkan budak laki setakat area dekat – dekat situ ( pastuh sedap pulak gelakkan aku sebab aku hanyut dalam cubaan berenang ). 



Cubaan yang menarik daripada aku! Aku berjaya berenang hampir ke jeti walaupun hanyut ( salah bearing ) dalam 5meter macam tuh. Badan memang sakit, kejang perut, tapi seronok. Tersedak aku dengan air laut, masin!!!! Tetapi aku berbangga kerana aku berjaya berenang, even tersesar, hahahahhaa. Tak cukup dengan aktiviti berenang, aktivit terjun pulak ( i jump, u jump ). Atoiiiiiii!!!! Memang berdengung telinga aku, hahahahahaa. Perasaan masa terjun??? Macam – macam ada beb! Takut, eksaited, gemuruh. Tapi 1 fakta, kalau anda terjun, anda tidak akan lemas, kerana terdapat tekanan yang akan membalikkan tubuh badan korang ke atas. Selepas tuh, kalau korang tak reti berenang ( and air takdelah dalam sangat ) korang boleh apungkan diri and cuba tolak arus air tuh, jangan biarkan diri hanyut. Kalau takde BA, memang lemas r selepas terjun. Hehehehehe, :P, yang penting, water confident!!!! Senang cerita, aktiviti petang sangat best!!!! Even kesannya rambut aku sekarang busuk dan perlu dipotong dengan kadar segera. Entah bila nak dapat duit neh, atoiiiiii.



Malam tuh pulak, ada ceramah daripada Encik Ivin. Masa ceramah tuh, aku tak tahu berapa kali dah aku menguap, mengantuks sangat – sangat!!!!! Mengantuks!!! Taknak cerita pasal Encik Ivin, kompem aku yang tidur, dahlah cuaca mendung, suruh aku tidurlah tuh. Selepas ceramah, serius ada aktiviti “ blind trail “ kowt. Alah, yang jalan malam – malam tutup mata tuh. Yang biasanya fasi kenekan mereka. Macam cakap “ depan ada longkang, hati – hati “ , kunun, tapi sebenarnya tak pown, saje nak kenekan, hahahahahaaaaa. Permainan tuh berlarutan sehingga ke warung tepi pantai. Atoi, memang jurulatih tuh dera, kalau takde orang karoke, tak boleh balik. Mata aku dah sembab, siap tersembul dah bijik mata neh. Agak lamalah jugak menunggu Siti Nurhaliza mana yang nak keluar nyanyi. Last – last korang taw siapa Siti Nurhaliza tuh????? TET!!!!!!! Jawapannya diakhir entry ini, sekian. 







Esok pagi pula, semua bangun lewat. Hahahhahahahaaaa, sampai fasi perempuan kene tegur, lena sangat tidow, hehehehehe. So, pagi tuh, sedikit aktiviti extreme, iaitu larian berhalang, yang macam dalam PLKN. Aku main kat terowonglah, macam hamster sikit, bila lagi nak main kan?? Hahahahaaa. Lepas tuh pulak, ada majlis penutupan untuk camp FYE neh. Tugas aku adalah menjaga hadiah dan cenderahati untuk jurulatih and Encik Ivin. Lepas tuh, ada sessi fotografi, aku taw, sessi neh lah yang paling semangat sekali semua orang, ahhahaha, :D. Last aktiviti, kiteorang mengemas, kemudian menunggu kehadiran bas ( dengan harapan, bas tuh akan masuk ke dalam ) sebabnya Chiang cakap, kali neh tak tahu siapa driver. Tengah – tengah dok kalut menunggu, kiteorang sangat berpuas hati apabila, bas tuh masuk ke dalam,  seronok dan happy!!!! Kami sempat jugak pergi melawat Taman Buaya, memang situ buaya – buaya dia .......... pasif. Sebab tuh aku tak suka pergi Taman Buaya, bagi aku rugi, sebab buaya kan pasif, lainlah kalau kau terjun dalam kolam tuh, so, memang aktif r buaya – buaya tuh. Celik mata semuanya, tapi aku ade dengar 1 fakta, buaya buta di daratan, sebab mata dia diselaputi something untuk mengelakkan masuk habuk, tapi bila dalam air, matanya akan menjadi terang. 



Haaaaa, menjadi kenangan sungguhlah camp FYE kali neh. Seronok sangat – sangat. I wish, I can tell to someone who I shared my heart, except my family lah. Eeeiiiiiiii! So, kepada sesiapa diluar sana yang teringin nak adakan aktiviti camping, tapi nak kelainan, aku rasa, cuba kat Pusat Ko Q neh, memang terbaikkkk!! Korang takkan rasa rugi spend masa kat situh berapa lama pown, percayalah, korang musti sukalah, kalau perlukan apa – apa maklumat, boleh search rasanya dalam facebook “ Pusat Kokurikulum Kota Tinggi Johor “ . insyaAllah ada kat situh maklumat – maklumat.


peserta/fasi/jurulatih/en.ivin

barisan fasi

1SGHG



p/s = tadi aku ada cakap pasal Siti Nurhaliza kan?? aku rasa, korang boleh teka sendiri, dia takan cakap kalau bukan dia yang kene, hahahaha, :) 




Selasa, 22 November 2011

Kemenangan Berpihak Kepada Kami

as salam dan selamat sejahtera!!!

kemenangan adalah berpihak kepada kami!!!!!

kalaulah aku merupakan pemain bola, tuh lah yang aku laungkan selain Alhamdulillah, Syukuran, SubhanAllah, 

memang dah sampai masa Malaysia wajar menerima kemenangan ini, :)

semua cerita pasal kemenangan Harimau Muda, so, aku taknak terlepas peluang nak bercerita jugak. memang semalam merupakan matching paling lama aku tengok ( kalau Malaysia lah ). 

takpe, takpe, lepas neh korang memang terbaik!!!



fakri sebenarnya bagi aku okayh, cuma malam semalam dia agak spoilt, takpelah, dah nasib dia, tapi dia sangat humble bagi aku, kerana dia masih mahukan pasukan Perak dia berbanding dengan Harimau Muda. kiranya, dia setialah, :D

aku ada juga tengok search keyword ke blog aku, macam biasa, Muslim Ahmad, yang terbaru Izzaq Faris Ramlan. 


haaaaa, neh aku kasik gambar Izzaq, aku taw, kalau perempuan, musti tergiler - giler. aku rasa, semalam, kalau dia tak injured, aku gerenti 2-1 Malaysia!!! hahahha, semangat berkobar - kobar aku neh !!! mula - mula aku kenal Izzaq neh dalam game mana ea??? tengah ingatkan, kalau tak silap aku, masa pemilihan untuk sukan amende tah, yang Malaysia kalah juga dengan Singapore tuh. tensen aku time tuh! rasa nak tembak je Singapore. dahlah datang Johor bawak kereta laju macam nak mampos. macam jalan tuh ada nama dia pulak. 

atceli, blog aku neh takdelah cerita banyak sangat pasal pemain bola kan?? sebabnya aku cuma minat diorang ikowt musim, kalau rasa nak minat, minatlah, tapi Ahmad Muslim, sememangnya aku minat, even die kawen pown, hahahahhaaaaaaa. 


nampak tuh?? yang jersi 24??? ahhahaaa, my BF, :P


gambar neh aku rasa, aku ada salah kowt, biasalah, inchik Google


lihatlah betapa taff nye body Izzaq Faris Ramlam, sebab tuh aku terpesona and nama dia aku paling ingat. aku tak taw kenapa, aku ingat sangat kat nama dia, :)


wokayh, sampai di sini sahaja aku bercerita pasal bola. nak stop, makan, lapar kowt. 



Ahad, 20 November 2011

Selesanya

as salam dan selamat sejahtera. 

well, rakan - rakanku, serta pembaca - pembaca setia ku, hari ini baru aku pulang daripada Pusat Kokurikulum kat Kota Tinggi. 

komen aku aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam ini ialah : 

  • mantap! superbbbbbb!!!! superrrr!! cooolll!!!!!
  • i loike!!!!!!!!


insyaAllah, esok dapat pic daripada We, Pokcen, and Jah, masa tuh lah, aku hapdet macam nak meletop blog neh, :)

sikalang, mau rehat larrr, penat, :)


Jumaat, 18 November 2011

Notis Terakhir Sebelum Ke Kem FYE

as salam dan selamat sejahtera.

nak bagitahu, mulai petang ini, sehinggalah hari Ahad petang, aku takkan online, so, my Twitter akan senyap, my Fesbuk akan sunyi, dan my Blog jadi sawang dan berhabuk. ada program. semoga program ini berjalan dengan kehendakNya. 

smile always, :)


Khamis, 17 November 2011

Aku Jadi Super.... Superlah Sangatkan???????

as salam dan selamat sejahtera, hari neh nak buat 1 laporan mengejut.

Pak Pak



 kereta kawan aku, Pak2, mati batry, atoiyai!!!!!!! mati pulak atas bukit. memang macam anak ayam kat ctuh. sedehy aku, aku nak marah, tak de feeling. hahhahahaaaaa, tapi muka aku gelak jew, yelah, bukan kereta aku, memanglah takde feeling takut, hahahahahahahahaaaaaaa. tapi, ada perasaan takut, kalau orang tuh cakap, cara aku bawak salah. masa tuh, aku tanggung kesalahan yang amat berat, dan aku tak mahu drive lagi kereta Pak2.




kisah dia macam neh, nak sampai ke simpang fakulti Awam, yang tepi KTDI tuh, tiba - tiba aku perasan radio mati. aku pelik. lepas tuh enjin tiba burk burk burk. aku dah panik, tengok - tengok sign batry ada. aku sejujurnya buta pasal kereta neh. aku just taw bawak jew, tapi pasal tukar minyak hitam, aku memang terer, setakat bukak, tadah minyak hitam lama, sampai kering, lepas tuh masukkanlah. tapi pasal kereta, batry, enjin, memang jawapannya "0". telur ayam, hehehehehehhehehehehehehheeeee, :P

lepas tuh, memang matilah enjin itu. 1st time, seumur hidup aku, enjin mati, aku yang bawak kereta tuh. kalau pancit tayar, aku ada lagi experience, kalau mati enjin sebab minyak takde, aku ada sangat - sangat experience tuh, tapi mati sebab batry kong, tak pernah. neh kiranya experience pertamalah. hahahahahhaa. ayah aku adalah experience macam tuh.



Ina tudung kelabu tuh, depan sekali
lepas Ina datang, cerita pasal batry, die tanya kat Pak2, " batry ko apa? dry cell kew? kew pakai air? " . masa tuh tiba - tiba hati aku jadi sangat - sangat - sangat - sangat - sangat kecil ( maaflah salah penggunaan kata ). memang terus aku rasa jadi dwarf. adoi. rasanya, kalau boleh transform, memang kompem diorang tak nampak aku. masa tuh lah, baru aku terfikir bahawa aku sangat lemah di dalam pengetahuan. aku tak taw amende yang aku kuasai selama aku hidup neh. tiba - tiba rasa terpukul dan untuk mempelajari tentang selok - belok kereta. tuh lah, betul cakap orang laki pasal perempuan. kalau kereta 2ndhand pompuan, jangan beli, sebab biasanya cepat rosak, sebab perempuan tahu bawak jew, tapi tak taw jaga barang - barang dalaman.



eh, ade Ina lah kat belakang
nasib ada Chiang dan jumper felo kolej 11, dapatlah kereta tuh bergerak. sampai pulak cabaran di bukit kolej 11 nak naik MA1, memang masa tuh kereta semput. dalam kepale hotak aku, yang ada cumalah 1! nak naik sampai ke atas bukit dan lepas masuk ke dalam blok tuh. apa yang terlintas di dalam kepale hotak aku ialah kereta tuh ringan kalau aku sorang jew, maka dengan itu, aku pown bagi arahan, " keluar ", and Pak2 ( sowey Pak2, even keta kau, tapi kau kene turun, tuh jew jalan terbaik ), Puraq, Syuk, n Che Tah turun macam ada bomb dalam tuh and aku dengan pantas, tekan klac, masuk gear 1, aku tekan minyak, control klac, dalam kepale hotak nak sampai ke atas, bantuan diorang tolak, aku control je klac and minyak, Amin!!!! berjaya naik ke atas babeh CAN9584 !!!!!!!!!





Syuk

Che Tah
Puraq


 thanx korang - korang semua. tak taw macam mana nak ucapkan terima kasih. sangat - sangat berbangga mempunyai sahabat macam korang dan 2 orang lelaki yang aku tak kenal tuh. entahlah, sayu hati ini dan menyebabkan aku nak belajar lagi pasal kereta neh, dan jangan panik, hehehhehehe, :). thanx untuk jumper!!! thanx untuk tenaga korang, thanx untuk masa korang. semoga aku dapat membalas jasa korang 1 day, :)

thanx to Allah S.W.T juga kerana memberi cubaan ini.


tukang tolak kereta


p/s = lupe nak masukkan gambo Jah, heheheheee, :P


Rabu, 16 November 2011

Short Update

as salam dan selamat sejahtera.

short update from me, :). sekadar nak bercerita untuk apa aktiviti aku minggu neh. oh ya, tadi aku tengok movie In Time. seriussss! tak rugi aku bazirkan masa selama 2 jam untuk donlod ko movie. memang superrbbb r! seronok gilew movie tuh.



movie tuh mengisahkan masa sangat penting sehingga boleh dijadikan urusan jual beli untuk seharian. serius best! pulak - pulak hero die Justin Timberlake. berangan sekejap nak dapatkan lelaki macam Justin Timberlake. hahahahahahahahahaaaa.




ouh, aku dah ada hamster baru. nama dia Hemo - Hemo. hahahahaha, :D. sekarang neh ( sdg aku menulis entry neh ) dia dah tidow dalam roda biru tuh. suka dia. :)




ouh ya, esok aku ada test dalam System Design. aih, tak study lagi neh, sebab tak tahu nak baca amende, blurrrrr. last - last aku pike, nak study apa note yang aku tulis dalam buku je lah.

start esok, aku mula buzy. malam tuh ada meeting untuk FYE. program untuk budak - budak tahun 1. lepas tuh, aku dah settlekan hamper, cuma aku rasa, aku bungkus agak buruk, peduli r. malas nak pikir. and then. pihak Alumni UTM ( thanx Alumni, <3 )dah luluskan sumbangan, so tunggu nak amek hadiah tuh hari Jumaat neh. Amri pulak settlekan untuk hadiah daripada fakulti pulak.

wahhh? macam tak percaya aku dapat buat semua kerja tuh dengan jayanya. tunggu program tuh pulak hujung minggu neh. insyaAllah, aku hapdet jugak blog aku dengan cerita dalam program tuh.

so long, regards from me, :)


Ahad, 13 November 2011

Meeting

as salam dan selamat sejahtera.


attention! minggu neh aku bakan buzy macam Perdana Menteri. minggu neh aku perlu menjadi AJK cenderahati yang berkaliber, di samping itu aku perlu melawan sakit badan aku neh. seterusnya aku kene bersabar dengan pengurusan kolej aku neh. enta bila nak repair plug kat bilik aku neh. sakit hati sungguh.

tadi meeting, takdelah lawak, cuma, pok cen suka wat meeting dia sendiri. orang tengah sibuk meeting, dia boleh plak cerita kisah lain, hahahaa, memang tugas - tugas khas die lah tuh.

so, next week maybe tak update. ade ke orang baca blog aku neh?? hahahahaaaaa, aku dah jarang kowt masuk dlm group - group blog. blog sekarang pown dah macam cendawan tumbuh selepas hujan turun. banyak sangat, haaaaiiiihh.




yes! neh gambar aku kat waterfall, hahahahahaa, :D



Sabtu, 12 November 2011

Waterfall

as salam dan selamat sejahtera.

semalam, seharian aku travel ke Kota Tinggi untuk pergi ke waterfall. waduh, neh semua kes balik awal sangat untuk cuti SEMester kunun!

so, aku, Pak2, Puraq, Paien, Sara, Ina, Aza, Dira, Lyn, Nabila, Jahidi, Pok Cen, Chak, Haziq Kamal, and Chiang bersetuju untuk pergi waterfall yang terletak kat Kota Tinggi. 3 kereta pergi.

sampai kat waterfall, memang niat aku cuma nak mandi jew, so, pedulik hape ngan makhluk - makhluk lain kan???so, aku pown berusaha untuk menghiburkan hati yang lara ini kan?????? bermandi - manda memang seronok!

lepas tuh, yang tak boleh belahnya, aku boleh terlupa nak bawak seluar lain. terpaksalah aku memakai seluar yang sama aku guna untuk mandi tuh. nasiblah dapat kering sebelum sampai ke restoran steambot kat Mamalyn.

hahhahaahaaa, malam tuh pulak, pergi melantak steambot kat Mamalyn. aku tak berapa nak makan banyak steambot, sebab makanan yang dicelur, so aku banyak goreng kat tepi - tepi jew. aku celur meehoon dalam tomyam lepas tuh makan dengan chopstick. pastuh adalah aku makan makanan lain macam fishball, nugget, sedikit ayam dan daging, pasuh telur. ahhahahahaaaaa, :D. tangan aku banyak terkena api, so minta maap kalau aku banyak melatah, sebab aku terkejut, sekian.










Khamis, 10 November 2011

Teknik, Kaedah, Cara, Taktik, Dan Tips Mengurat Anak Dara



As salammualaikum dan salam sejahtera. Hahahahaaaa, I’m back after Raya Haji neh. Setelah membedal dan hampir membela lemak selama 5 hari di rumah tercinta, aku kembali ke kampus halaman di Skudai, JB. 

Korang baca tajuk musti peningkan?? Kan? Kan? Kan? Takyah tipu aku lah, hahahaaaa. Actualy, aku sendiri pon confuse dengan perbezaan teknik, kaedah, dan cara ( sengaja aku masukkan taktik dan tips untuk kasik pening ), sebabnya lecturer aku ada sentuh pasal hal neh. Pening, pening, pening!


Wokayh, kita lupakan hal tuh sebentar, kerana ada hal lain yang perlu dibincangkan. Haaaa, aku tahu, lepas neh teruklah lelaki hentam aku, ahhahahahaha, wokayh. Aku bukannya apa, aku nak kasiklah sedikit tips untuk kaum Adam diluar sana untuk menawan hati gadis idaman diorang. 


Kita kaji dulu tips or teknik mengorat zaman – zaman dulu. Wokayh, zaman tok kaduk or arwah P Ramlee dulu memanglah mengorat pakai ayat, ketuk – ketuk botol kaca ( hehehe ), siul – siul, paling sweeett sekali menyanyi. Heheheheheheeee, tapi sekarang tak berapa nak relevanlah taktik tuh, sebabnya, kalau korang ketuk – ketuk botol kaca, kompem botol tuh pecah, sebab energy anak – anak muda zaman sekarang hyper. Kalau menyanyi pula, ada pula tukang komen “ suara lari pitching la derr “ , kan? Kalau bersiul, mula pulak kata berkawan dengan syaithon. Kalau pakai ayat pula.... hermmmmmm, yg tuh kene tengok dulu keadaan gadis idaman tuh. Kalau gadis idaman tuh hati keras macam batu kelikir yang buat tar jalan raya, sorry de morry lah der, memang jawapannya tidak. 


Ada juga yang cakap kat aku pakai surat and then letak bedak sampai terbatuk – batuk. Hahahahaaa, sekarang orang mintak couple pakai fesbuk lah. Pasal tuh ada lagu Cinta Dimukabuku. Tup, tup, putus kat Twitter, hahahaa, lawak gilalah. Sekarang zaman moden, anak – anak muda zaman sekarang tak berapa nak romentiklah, semua copy paste jew. Copy ayat – ayat jiwang ke, lirik lagu jiwang ke, and then paste kat wall gadis idaman diorang. Yang si gadis tuh pulak, tersipu – sipu malu. Heheheheheeee, J. Bilalah pakwe aku nak paste ayat – ayat jiwang kat wall aku, kan Fizo Omar?? Hehehee, :P


Tuh semua zaman – zaman dulu. Sweet pulak kalau diingatkan, ada orang kasik surat, dalam surat ada bedak wangi jenama Follow Me. Dan dan pulak ayat jiwang ciptaan sendiri, adessss, memang tersengih memanjang. Lelaki neh satu peel diorang, nak carik awek, memang sesaat dah ada, tapi nak cari isteri, 10 tahun pown still takde. Alasan diorang mudah, perempuan zaman sekarang demand, nak hantaran kahwin RM10ribu keatas. Konon nak ikowt artis – artis, pastuh cerai, salahkan lelaki. Apabila dipikirkan, hahaha, betol jugak alasan diorang. Kalau diikowtkan, lelakilah yang berhempas – pulas cari duit nak beli cincin, pas tuh dah kahwin, diorang lagi yang mencari duit untuk keluarga yang bakal berkembang. Haih, nasib aku tak dilahirkan menjadi seorang lelaki, cuma dilahirkan untuk mempunyai nama seorang lelaki, J.


Namun begitu lelaki, jangan jadikan alasan high demand tuh suatu penghalang, hahahahaa. Jom kita menawan hati gadis idaman korang semua, J. Pertama, korang mustilah menjadi diri sendiri. Janganlah kaum lelaki diluar sana hipokrit. Kalau ada yang merokok, silalah jujur, tapi kalau kene reject sebab smoking, aku tak tahu. Hehehheee, perempuan memang tak suka lelaki smoke, tapi aku biasa je. Bak kata Aiman, Aiman tak kisah. Bagi aku merokok bukannya a big deal. Lagi teruk kalau dapat lelaku bengis, tak pon kaki tipu. Aduhhh, bisa kusut kepala dibikinnya. 


Yang kedua, korang jangan terlalu tunjukkan perangai ego. Semua manusia ada ego tersendiri. Aku pon ego tinggi juga. Cuma apabila berhadapan dengan gadis idaman, korang kenalah control ego tuh. Cuba bertoleransi dengan diorang, cuba tawan hati mereka dengan cara lembut. Jangan dok main serbu, or terjah je. Memang sah kene reject. 


Yang ketiga dan terakhir bagi aku ialah tolong sedar diri anda itu sedikit. Kalaulah muka korang tak seberapa hensem macam Justin Bieber, jangan mimpi nak ade awek macam Selena Gomez. Kalau Solone Gomeh, mungkinlah, heheehehee. Kadang – kadang aku paham demand lelaki neh, mereka nak yang cantik, body musti cutting cantik macam model. Kalau boleh, kulit nak halus, gebu, and putih macam kulit telur rebus yang kene kupas tuh. Memanglah kesian kat awek – awek yang hitam manis tuh. Manis ape diorang tuh. Neh kalau aku cakap lebehy – lebehy, kompem laki serang aku. Cuma aku neh tak berapa sukalah kalau lelaki yang terang tang tang tak kachak, tapi demand nak awek cantik giler nak mati bagai Dato Siti. Lainlah kalau untung tuan badan macam ex aku tuh. Wokayh, stop, jangan ungkit kisah lampau. Biarlah jadi memori sahaja. 



3 saje tips yang mampu aku kasi. Memang ada tips yang lain, contohnya korang kene jaga tingkah laku, jaga tutur bicara, sebab perempuan neh cepat terasa hati dengan bahasa lelaki yang agak kasar. Itu semua dari fizikal. Fizikal boleh berubah dari masa ke semasa. Cuma rohaniah neh agak sukar ye nak dibendung. Hahhaa, sentiasa sukar untuk dikawal. We felt so awkward when to tell to someon we love from the begining. Hehehehe. Untuk lelaki diluar sana, silalah berusah dengan bersungguh – sungguh untuk menawan hati gadis idaman anda itu. Saya ucapkan good luck and all the best for you. Semoga diperkenankan olehNya.