Langkau ke kandungan utama

Teknik, Kaedah, Cara, Taktik, Dan Tips Mengurat Anak Dara



As salammualaikum dan salam sejahtera. Hahahahaaaa, I’m back after Raya Haji neh. Setelah membedal dan hampir membela lemak selama 5 hari di rumah tercinta, aku kembali ke kampus halaman di Skudai, JB. 

Korang baca tajuk musti peningkan?? Kan? Kan? Kan? Takyah tipu aku lah, hahahaaaa. Actualy, aku sendiri pon confuse dengan perbezaan teknik, kaedah, dan cara ( sengaja aku masukkan taktik dan tips untuk kasik pening ), sebabnya lecturer aku ada sentuh pasal hal neh. Pening, pening, pening!


Wokayh, kita lupakan hal tuh sebentar, kerana ada hal lain yang perlu dibincangkan. Haaaa, aku tahu, lepas neh teruklah lelaki hentam aku, ahhahahahaha, wokayh. Aku bukannya apa, aku nak kasiklah sedikit tips untuk kaum Adam diluar sana untuk menawan hati gadis idaman diorang. 


Kita kaji dulu tips or teknik mengorat zaman – zaman dulu. Wokayh, zaman tok kaduk or arwah P Ramlee dulu memanglah mengorat pakai ayat, ketuk – ketuk botol kaca ( hehehe ), siul – siul, paling sweeett sekali menyanyi. Heheheheheheeee, tapi sekarang tak berapa nak relevanlah taktik tuh, sebabnya, kalau korang ketuk – ketuk botol kaca, kompem botol tuh pecah, sebab energy anak – anak muda zaman sekarang hyper. Kalau menyanyi pula, ada pula tukang komen “ suara lari pitching la derr “ , kan? Kalau bersiul, mula pulak kata berkawan dengan syaithon. Kalau pakai ayat pula.... hermmmmmm, yg tuh kene tengok dulu keadaan gadis idaman tuh. Kalau gadis idaman tuh hati keras macam batu kelikir yang buat tar jalan raya, sorry de morry lah der, memang jawapannya tidak. 


Ada juga yang cakap kat aku pakai surat and then letak bedak sampai terbatuk – batuk. Hahahahaaa, sekarang orang mintak couple pakai fesbuk lah. Pasal tuh ada lagu Cinta Dimukabuku. Tup, tup, putus kat Twitter, hahahaa, lawak gilalah. Sekarang zaman moden, anak – anak muda zaman sekarang tak berapa nak romentiklah, semua copy paste jew. Copy ayat – ayat jiwang ke, lirik lagu jiwang ke, and then paste kat wall gadis idaman diorang. Yang si gadis tuh pulak, tersipu – sipu malu. Heheheheheeee, J. Bilalah pakwe aku nak paste ayat – ayat jiwang kat wall aku, kan Fizo Omar?? Hehehee, :P


Tuh semua zaman – zaman dulu. Sweet pulak kalau diingatkan, ada orang kasik surat, dalam surat ada bedak wangi jenama Follow Me. Dan dan pulak ayat jiwang ciptaan sendiri, adessss, memang tersengih memanjang. Lelaki neh satu peel diorang, nak carik awek, memang sesaat dah ada, tapi nak cari isteri, 10 tahun pown still takde. Alasan diorang mudah, perempuan zaman sekarang demand, nak hantaran kahwin RM10ribu keatas. Konon nak ikowt artis – artis, pastuh cerai, salahkan lelaki. Apabila dipikirkan, hahaha, betol jugak alasan diorang. Kalau diikowtkan, lelakilah yang berhempas – pulas cari duit nak beli cincin, pas tuh dah kahwin, diorang lagi yang mencari duit untuk keluarga yang bakal berkembang. Haih, nasib aku tak dilahirkan menjadi seorang lelaki, cuma dilahirkan untuk mempunyai nama seorang lelaki, J.


Namun begitu lelaki, jangan jadikan alasan high demand tuh suatu penghalang, hahahahaa. Jom kita menawan hati gadis idaman korang semua, J. Pertama, korang mustilah menjadi diri sendiri. Janganlah kaum lelaki diluar sana hipokrit. Kalau ada yang merokok, silalah jujur, tapi kalau kene reject sebab smoking, aku tak tahu. Hehehheee, perempuan memang tak suka lelaki smoke, tapi aku biasa je. Bak kata Aiman, Aiman tak kisah. Bagi aku merokok bukannya a big deal. Lagi teruk kalau dapat lelaku bengis, tak pon kaki tipu. Aduhhh, bisa kusut kepala dibikinnya. 


Yang kedua, korang jangan terlalu tunjukkan perangai ego. Semua manusia ada ego tersendiri. Aku pon ego tinggi juga. Cuma apabila berhadapan dengan gadis idaman, korang kenalah control ego tuh. Cuba bertoleransi dengan diorang, cuba tawan hati mereka dengan cara lembut. Jangan dok main serbu, or terjah je. Memang sah kene reject. 


Yang ketiga dan terakhir bagi aku ialah tolong sedar diri anda itu sedikit. Kalaulah muka korang tak seberapa hensem macam Justin Bieber, jangan mimpi nak ade awek macam Selena Gomez. Kalau Solone Gomeh, mungkinlah, heheehehee. Kadang – kadang aku paham demand lelaki neh, mereka nak yang cantik, body musti cutting cantik macam model. Kalau boleh, kulit nak halus, gebu, and putih macam kulit telur rebus yang kene kupas tuh. Memanglah kesian kat awek – awek yang hitam manis tuh. Manis ape diorang tuh. Neh kalau aku cakap lebehy – lebehy, kompem laki serang aku. Cuma aku neh tak berapa sukalah kalau lelaki yang terang tang tang tak kachak, tapi demand nak awek cantik giler nak mati bagai Dato Siti. Lainlah kalau untung tuan badan macam ex aku tuh. Wokayh, stop, jangan ungkit kisah lampau. Biarlah jadi memori sahaja. 



3 saje tips yang mampu aku kasi. Memang ada tips yang lain, contohnya korang kene jaga tingkah laku, jaga tutur bicara, sebab perempuan neh cepat terasa hati dengan bahasa lelaki yang agak kasar. Itu semua dari fizikal. Fizikal boleh berubah dari masa ke semasa. Cuma rohaniah neh agak sukar ye nak dibendung. Hahhaa, sentiasa sukar untuk dikawal. We felt so awkward when to tell to someon we love from the begining. Hehehehe. Untuk lelaki diluar sana, silalah berusah dengan bersungguh – sungguh untuk menawan hati gadis idaman anda itu. Saya ucapkan good luck and all the best for you. Semoga diperkenankan olehNya. 


Ulasan

  1. bila org nak ngorat nad nih????
    huhuhuhu

    BalasPadam
  2. nanti itik merah ngorat itik kuning yg kesunyian neh, heheheheeee, :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Camp FYE Di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi

As salam dan selamat sejahtera, haaaiiii!!!!!!!!   Gila!!! Merindui korang semua. Aku hampir tersedak kerana disebabkan bola, naik, meningkat sungguh stats aku dalam blog neh. Macam aku cakaplah, memang blog aku neh sangat dull, kadang – kadang je aku cakap pasal bola neh, sebab aku memang minat pasal bola, hehehehehehheeee.  Hari tuh aku dah janji kan nak cerita pasal camp aku kat Pusat Kokurikulum Johor cawangan Kota Tinggi???? Seyes!!!!! Serius aktiviti yang sangat best bagi aku!!! Tak pernah – pernah aku pergi camp yang salah satu aktivitinya ialah berbasikal??? Yaaaaaaa, berbasikal. Gerenti korang yang suka cycle akan teruja.  Apabila bercakap pasal camp, musti orang akan cakap,  Alah, tipikalnya, balik – balik aktiviti yang sama, masuk hutan, keluar hutan, main rentas anak sungai, pastuh survival, buhsannnnn!!! TET! ( kau tak reti bersyukur sungguh! ) Tetapi camp FYE kiteorang boleh dikatakan unik aktivitnya. Mungkin sebab kiteo

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah