Langkau ke kandungan utama

JOM CERITA "CAMPUS LIFE" KITA

1. settle sudah!
2. letak gambar yeh? ( mana aku save pic tadi yek? )


3. logo universiti :

universiti teknologi malaysia

4. bawah logo tuh aku dah tulis bro.

5. bed time stories. hehehe, saat yang aku tunggu - tunggu.

wokeyh, sesungguhnya, setelah aku habiskan sekolah aku dekat Teknik PD, aku dapat terus sambung dekat UTM KL dalam Diploma Ukur Tanah. mungkin ramai orang tak tahu tuh kos apa. aku bet lah, korang tak kan tahu punyerlah kecuali kalau anak sedare korang ada belajar pasal ukur tanah. kalau nak tahu advanced agi, search dekat google. ukur tanah kalau nak disimpulkan, kerjanya ialah membuat ukuran terhadap muka bumi ini. sewaktu tengah belajar, aku banyak menghadapi dugaan. antaranya ialah aku kene buat belajar berdikari. kemudiannya dah masuk tahun kedua, pointer jatuh teruklah. tapi ini tidak menjatuhkan semangat aku untuk belajar sehinggalah aku berjaya mendapat sambung belajar degree pula di UTM JB. 

diploma ukur tanah

ketika membuat lawatan ke N9

neh lah bilangan pelajar perempuan kelas aku

lelaki mendominasi kami!

hostel aku ketika di KL, belakang KLCC seyh!!!

neh dlm kampus dekat jln semarak

sowey, pic blurrr


di UTM JB, ini benar - benar mencabar kredibiliti aku sebagai seorang student yang perlu menjaga masa dengan betul. ditambah pula, aku berada jauh daripada keluarga aku ( aku dok kat KL ). di sini jugalah aku mengenal siapa itu KAWAN, dan siapa itu LAWAN. UTM JB mengajar aku pelbagai perkara dan salah satunya ialah mencari orang yang boleh dipercayai. aku juga sudah mula tawar hati untuk bercinta. di sini aku tinggal di kolej yang diberi nama KOLEJ 11. orang panggil kolej PALAPES. jangan carik pasal dengan orang PALAPES, kang diorang bantai. hahaha, tak takutlah aku. sound dalam alam maya je. aku makan dekat arked 11. aku tak memilih makan, tapi harus makan tengah hari dan malam. itu wajib. air pula air teh o ais. hehehe, air fevret.

suasana konvo, hehehe, photoshoot neh taw..edit oleh aku..

wokeyh, hepy giler!!! edit by aku

model kasut kejap! edit by aku gak

we are the champ!!!! edit by aku!

neh gaya pelajar menunggu bus yeh..

degree neh aku ambil kos Geoinformatik, lanjutan untuk bidang ukur tanah. dalam kelas, aku selalu khayal. hahaha, tak tipu. aku banyakk berangan je lebih. kalau time lab, kene bawak lappy. penatlah aku hurung lappy aku neh taw. aku selalu mengantuk dalam kelas, tapi tak pernah pulak tidur. tersengguk - sengguk tuh dah biasa sangat. lecturer kesukaan?? ehm, buat sementara waktu neh, takde lagi yang aku suka, semuanya aku suka macam biasa, takde yang aku suka giler!

kenangan paling manis ketika di UTM KL ialah aku seronok berada di situ. mungkin yang pertama ialah aku berdekatan dengan rumah. yang keduanya, ketika itu aku berdua. jadi selalulah hujung minggu keluar bersama - sama. kalau ada masalah, kiteorang akan sama - sama bercerita. ketiganya, aku suka dengan suasana bandar.

kenangan manis di UTM JB, konvokesyenlah yunk oi!! even family aku tak datang, tapi aku tetap excited nak konvo taw! keduanya ketika aku kehilangan phone. korang mesti pelikkan kenapa aku cakap manis, sebab masa tuh lah aku boleh nampak rakan mana yang sanggup menolong aku tanpa banyak songeh. masa tuh lah parents aku datang membantu aku. sebab tuh ada orang cakap, cokelat itu pahit asalnya rasa itu, tetapi setelah dimasukkan pelbagai perasa dan bahan perasa yang lain, cokelat itu mejadi manis di mulut kita.

aku nak bagi nasihat kat adik - adik yang membaca entry kali neh, korang ambillah peluang nak belajar eh dengan sebaik mungkin. kalau korang tiba - tiba ada hajat nak jadi model ke, buangkan hajat tuh. tapi kalau dah teringin sangat, tinggalkan pelajaran. sebab aku risau, kalau - kalau korang tak dapat nak balance kedua - dua bidang itu. namun, sekiranya korang sanggup tanggung risiko, silakan, aku tak paksa. buat pilihan kos yang betul semasa nak isi borang UPU. jangan main isi je, kalau tak tahu, macam biasalah, google. lebih senang, bertanya. macam aku neh, aku dah bukak kaunter pertanyaan formspring, takde pon respon?? kalau korang rasa diri korang tuh bijak, jangan kedekut ilmu plak, tak payahlah lokek ilmu, tak ke mana. last advise aku ialah, jangan terlalu mengikut KAWAN. yes! aku tahu KAWAN sangat penting, tetapi ada kalanya, KAWAN neh lah yang akan menyebabkan kita susah nak belajar. aku pesan awal - awal, kalau nak jaga hati orang, jangan sampai hati kita tak terjaga. jangan salah pilih kawan. di alam ipt lah korang semua neh akan mengalami ' culture shock '. yang pakai tudung labuh tiba - tiba boleh free hair, boleh pulak warna rambut dia karat terows ( agak2 air paip kolej die karat kowt? ). tolonglah, jadilah diri anda sendiri. berhati - hati membawa diri di perantauan.

ituh sahaja cerita aku tentang kehidupan kampus aku. aku suka pula cerita tentang kampus. nanti mungkin ada juga campus life 2 ( amboi syaz, ko nk jd mcm elia ker? )

nk citer cket dr mne aku dpt segmen neh, drpd seorang lelaki yang kachak! nk taw? klik kt logo plg ats

Ulasan

  1. ohooo~hoi~ tu dia panjang betul cite dia sal UTM~ haha~ akak amek master elektrik dear..bila nak gather2 dak SB UTM ni? hehe...

    eh, join SB kat FB tak?

    BalasPadam
  2. sunah mohammad : ambek ko! master! hahaha, join SB..gather kt pak lah r..sy FKSG, skg nme baru FGHT

    BalasPadam
  3. nelly : yes, kt jb tuh still baru agi...

    yg utm kl dh 3 tahun berlalu...

    hehehehe

    BalasPadam
  4. cool lah..detail cite..nak gak r join..tp aku amatlah jarang bergambar kt tmpt aku blajar..grrrr

    BalasPadam
  5. fruball : hehehe, kenape x bergambar??rugi taw..neh pon dlm perancangan utk saving, beli fon de kamera..fon dulu ilang, isk, isk, isk..

    BalasPadam
  6. cane lah boley hilang phone nih..tuh r tak hati2..ntah lah..macam kurang minat nak mbik gambar..tp berminat nak diambik gambar kan...cam whore jew memanjang..ngan kawan2 adlah kot gambar2..jejeje

    BalasPadam
  7. furball : erk...cane leh ilang??? sbb aku neh, careless org nyer..aku bleh tercicir fon tuh..tp mse tuh pon ngh serabot..sdg settlekan psl ptptn...

    BalasPadam
  8. oh daku suke jb..
    ok tbe2 rindu nak blk sana.. haish2~

    BalasPadam
  9. thanks sangat2 aka shahrul syazyan. terharu lah . ada org join segmen budak2 baru macam eden ni. cerita pasal utm tu best. now i know cite sedikit sebanyak pasal utm and you.
    thanks again :)

    BalasPadam
  10. chinatsu : bersabarlah, suatu hari nnt anda akan ke sane semula..hahahaha


    zakwan : sy suker dgn segmen awk tuh.huhuhu, biler mse agi nk berciter klu bukan dgn join segmen awk tuh..huhuhu

    BalasPadam
  11. persoalan yg ko bg 2...
    kalo aku, aku xnk tau kebenarannya...
    andaikn la kalo aku tau, msti saket sgt ati ni...
    bff aku merangkap bff ko pnah ckp 'maybe dye saje nk sronok2'
    oohh, aku xsggup kalo 2 la kbenarannya...
    baek aku xtau...
    aku akn bia ia trus jd persoalan yg tiada jwpnnya...
    ini kalo aku, pasal diri aku...
    kalo ko, msti ko nk tau an...
    ape senarnye yg dyeorg nk...
    :)

    BalasPadam
  12. salam, akak. entry akak ni byk bantu.. actually sy dpt dip perncgn bndr dan wlayh kt utm..ntah la, xtw nak trme atau x, gpon sy dpt kolej mara kulim..sains fzik. tp fzik x brpe nk tough la basic dy.. mcm mna?
    then sy nk tnya lg, kt utm kL kn, kita sndri ke kna cri hostel or dyorg yg kc kt kita? then pkaian dy pulak? bebas or bju kurung?
    that's all.. thnks tau akak!

    BalasPadam
  13. shahira nasir : maaf, lmbt reply, sbb akak jarang on9 dah, :)

    hurrrmmm, jgn riso, utm kl wajib duduk dlm hostel, xde spe yg akn duduk luar, :), pakaian bebas, :), tp jgnlah menjolok mata plak kann???

    bagus gak adk dpt planner tuh, :),

    terpulang kt adk nk pilih mne 1, ikowt kemampuan n minat, :)

    BalasPadam
  14. dapat brape 'a' spm bleh ambik dip. ukur tanah kat utm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. standard yg dituliskn dlm requirement utk masuk ke universiti

      Padam
  15. As'salam , kak sy bakal enroll dlm dip utm kl, tanya sikit ? ad ke istilah utm utk degree memberi kuota atau dahulukan bdk postgraduate utm kl (atau kelebihan lain) ? since kitorg akn clash dgn bebudak fast track.

    BalasPadam
    Balasan
    1. belajar bersungguh2, klu x dpt tawaran belajar itu maknenye, rezeki awk di dlm bidang kerjaya, :)

      setahu akak, xde istilah begitu, cuma dalam UTM, kita kene berusaha untuk dapatkan kejayaan. :)

      Padam
  16. Assalamualaikum kak. Na tanya, hostel utm sebilik berapa orang? Boleh ke kalau kita yg tentukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. utm mne yeh? klu utm KL, bilik ditetapkan, 2 org utk sebilik, klu utm Skudai, ade pilihan, ade bilik single, bilik double

      Padam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah