Hai! As salam! Hari neh, aku kembali dengan entry yang lebih panjang dan serius. Hari neh aku bersiap cepat – cepat. Mandi, berus gigi, sabun badan, iron baju and selendang. Today i’m wearing baju kurung because tiday is Monday, formal day for UTM. Baju kurung aku berwarna hitam dan corak bunga berwarna kuning. So, aku pakai inner tudung berwarna hitam kuning dan selendang hitam.
Okay, stop cerita pasal outfit. Kita teruskan cerita kita berdasarkan tajuk entry aku. Oleh kerana aku siap awal hari neh , so, aku pergi hantar kunci pendua dekat pejabat kolej 11. Oh, ya! Aku ade cerita kat korang tak kenapa aku ada kunci pendua? Okay, aku ceritalah sedikit. Tombol pintu aku rosak, so kenalah sentiasa bawak kunci kemana jua. Cuma malam tuh je aku tak bawak ( termasuk roomate aku sekali ). So pintu terkunci. Oh, my gosh! So, dengan baju kelawar macam movie Hantu Kak Limah, aku pergi naik ke arked. Nasib baik takde orang, kalau tak malu!
Okay, masa nak hantar, pakcik tuh boleh pulak cerita hantu dengan aku. Pulak masa tuh dia bercerita mengenai aras aku. Dia kata sememangnya blok MA1 aras 4 memang tak boleh main – main. Blok paling ‘ keras’ katanya. Aku tak nafikan, aku sendiri pernah merasai kehadiran makhluk tuh.
Sememangnya aku tak salahkan kewujudan mereka. Mereka juga makhluk Allah S.W.T. mereka juga punya hak untuk tinggal di dunia aku neh. Kadang – kadang cerita yang dibawa sememangnya sepertinya telah ditokok tambahkan. Kasihan, mungkin jugak makhluk itu mahu kita untuk menghormati mereka.
Dulu, kat aras 4, ada kes orang kena histeria. Cerita pasal histeria neh, aku memang sukar nak percaya, sebab aku lihat diorang macam main – main je. Tetapi itu tak bermakna aku tak percaya kewujudan makhluk tersebut. Aku percaya, cuma bagi aku, mereka terlalu percaya sampai lemah semangat. Lagi pon ramai orang cakap kat aku yang makhluk itu cuma mengganggu kita jika kita punyai jiwa lemah dan iman yang tipis. Aku tak cakap pula yang aku neh berani benar, kadang – kadang jantung aku berdegup kencang jugak kalau pergi toilet pukul 2 pagi.
Pakcik tuh ada cerita yang dia pernah terkurung tanpa alasan yang munasabah di blok lelaki ( tak silap aku blok PALAPES ). Makcik – makcik cleaner pula selalu diganggu. Patutlah aku perasan yang aras aku neh kalau makcik – makcik cleaner dah bersihkan, dia bersihkan time kiteorang ada. Pernah juga ketika mereka sedang menyapu, ada je makhluk yang mengekori di belakang. Tak pon makhluk tuh dah menunggu kat toilet. Huhuhuhu, seram, seram. Aku pon tak nak lepaskan peluang untuk bercerita tentang pengalaman aku. Aku rasa, aku juga pernah diganggu dengan ‘mereka’. Aku nak bercerita jugak, walaupun sudah basi!
Masa tuh, kalau tak silap aku, aku baru seminggu berada di UTM. So, petang tuh, roomate aku sedap je tidur. Aku memang tak tidur petang. Kebetulan, aku period, aku terus – terang je neh, malas nak cover – cover, kalau ada budak laki baca, nasiblah. Apabila aku period, aku sukalah buat aktiviti memandang cermin, tak pon mandi lambat – lambat ke.tapi, petang tuh memang lain sangat – sangat. Aku buka pintu beranda luar aku neh. Mata aku asyik je memandang pokok besar kat depan aku neh. Masa tuh nak dekat pukul 5 petang. Dan mata aku asyik memandang pokok itu.
Entah kenapa, tiba – tiba aku terdengar bisikan taw, satu bisikan yang mengatakan:
“ lihat bawah, lihat bawah “
Aku pon keluar pandang ke bawah. Memang tinggi, kalau terjun, confirm mati! Berkali – kali aku mendengar bisikan yang sama. Memang otak aku terfikir nak terjun jugak. Lepas tuh tiba – tiba terasa nak buang air kecil. Aku berlari pergi toilet yang tak jauh langsung daripada bilik aku. Masa aku sedang mencangkung ( maaf, aku tak sensored, sbb x feel ), aku dapat rasakan sesuatu yang gelap terbang atas kepala aku. Tapi, aku tak pandang.
Aku keluar terus pergi bilik aku. Masa tuh, lagi kuat bisikan tuh. Rasa dah macam berpinar je otak neh. Rasa macam nak tumbang weyh, aku rasa macam nak terjun je. Memang ada bisikan menyuruh aku terjun.
“ terjun, tak kan mati, terjun, tak kan mati, terjun, terjun, terjun! “
Aku masa tuh tengok roomate aku tengah sedap tidur. Jantung aku dah berdegup kencang giler! Peluh dah hilang, muka memang pucat, agak – agak kalau toreh, memang tak keluar darah, silap – silap keluar darah putih. Masa tuh memang aku melawan jugak bisikan tuh. Puas jugak aku lawan. Last – last aku bangun, berdiri, bukak pintu berlari laju pergi ke waing sebelah sana. Aku cepat – cepatkan langkahan aku neh dan aku berjaya sampai di bilik kawan aku.
Sampai kat bilik kawan aku, aku menangis dan kawan aku tolong tenangkan aku. Suatu pengalaman yang menakjubkan. Aku terus called family aku lepas kejadian tuh. Seminggu lepas tuh, ayah aku called aku. Ayah aku cakap, makhluk tuh cuba nak memberitahu kewujudan dia di situ dan ayah aku cakap, : “ adik jangan takut, abah ada! “.. hahaha, itulah ayat yang aku tunggu daripada seseorang lelaki ajnabi.
Jadi, kesimpulannya, sebagai manusia yang beradab, kita harus menghormati kejadian mereka kerana kita adalah kejadian yang paling sempurna. Hormatilah kewujudan mereka sebagai salah satu makhluk Allah S.W.T. aku percaya, kalau kita menghormati mereka, nescaya, mereka pon takkan kacau kita. Lagi satu, kita kene kuatkan iman kita. Mereka mudah meresapi kita kalau iman kita tipis. Ambillah nasihat aku neh, sangat berguna.
machonye ayh dia..adik jgn tkot..abah ade..hihi...chaon ank bongsu ea?
BalasPadamkiwi : tak lah...bukan chaon r.. caol..huhuhuhu..ank 2nd last..cuma panggilan je adik...
BalasPadamkesian mak limah..
BalasPadamhaha
amier azrul alias : hahahaha, xpe.die byk berjasa dlm entry kali neh...
BalasPadamhmm mg diakui..setiap tempat ade je makhluk tu..
BalasPadamsaya n kawan pernh menginap kat kolej bape ntah kat uTM tu mase tahun 2008 mase tauliah palapes..
blok tu so scary la kan..
seram gak la sebab kitorang kena berkawal jadi guard gilir2..
tapi mg wujud la antu2 kat UTM skudai..
da pernh rasa..
shamsiah shamsuddin : sudah tentu tuh kolej 11... sbb ctuh dekat ngn markas palapes.. huhuhuhu..mmg diorg wujud, cuma kte kene pandai...
BalasPadamhmm saya tak tau la kolej ape..tapi kolej tu ade court kat depan..sebelah kanan ade jalan naik ke mane ntah..tak tau la kolej ape..
BalasPadamshamsiah shamsuddin : sudah semestinya kolej ii, MA1.. huhuhuhuhu
BalasPadamma1 skrng dah jd blok lelaki..kolej ni skrng namanya ktdi
BalasPadam