Langkau ke kandungan utama

Tolonglah, Aku Menyampahlah!

Baca dah tajuk dekat atas tuh? Memang, aku tak silap menaip. Aku memang bodohlah kalau tak reti mengeja perkara senang macam tuh. Lainlah kalau keluar soalan suruh aku buat programming untuk pengiraan standart deviation yang mudah. Itu pon sampai terputus urat kentut aku membuatnya.


Tolonglah, aku memang menyampah tengok muka kau. Masalahnya, aku memang setiap hari akan melihat wajah kau yang manis tuh. Entah kenapa, aku boleh pulak tahan memandang kau. Kalau sebelum neh, memang aku tak pandang orang yang aku bencik. Itu bermakna, masih berperasaan aku neh. Pedulik hape aku kalau ada yang membaca entry neh. Hakikatnya, dah lama aku pendamkan perasaan neh. Buat aku bertambah – tambah sakit hati je. Meluat aku melihat muka kau.


Orang kata kalau kita membenci seseorang tuh kerana kita mahu menjadi seperti dia. Maaflah, aku tak nak jadi macam dia. Seorang yang penakut tak bertempat. Seseorang yang melampau tahap mengada – ngadanya. Yang pentingnya, lupa pada ayat sendiri. Mungkin dia tidak berjanji, tetapi dia lupa dengan kata – kata yang dituturkan oleh diri sendiri. Apabila susah, pandai pulak mengendeng dekat aku and mencari aku.


Apabila aku menjauhi, pandai pula menyalahkan aku, mengatakan aku menjauhkan diri.
Hey, cermin diri sendirilah, kau yang menjauhkan diri. Aku tak pernah sisihkan sesiapa di dalam hidup aku. Kau je yang perasan lebih. Sumpah, aku boleh hidup tanpa kau di sisi aku. Aku bukan macam kau, suka mengambil kesempatan seseorang tentang apa yang dimiliki oleh orang tuh. Jauh beza aku dan kau untuk diukur. 


Ya, sememang otak kau bijak pandai, tapi pada pandangan aku, kau masih lagi kanak – kanak yang bermain pasir kotor yang bercampur dengan najis anjing! Ya, sememangnya kau dianugerahkan dengan wajah yang menawan, tapi sayangnya, pada pandangan aku, wajah kau hilang seri kerana perangai sellfish kau.
Sudahlah, bukan bagi sebarang keuntungan bila aku menulis lebih – lebih pasal aku pon. Bukannya ada lawyer yang nak bangkitkan kes neh. Maaflah kalau ada yang membaca merasakan entry neh terlalu kurang hajar. Hakikatnya, aku cuma meluahkan perasaan. Aku tak mentionkan sebarang nama pon. Dan yang penting, tiada kaitan dengan sesiapa pon.

Ulasan

  1. korg taw x???

    hari neh, sy saket ati sgt2..
    entahlah,...
    rasa menyirap sgt darah neh taw..
    rase gatal je tgn neh nk menampar, menumbuk org..mrh betol.

    dh r, mls nk igtkn ape yg dimarahkan sgt..

    BalasPadam
  2. huuu~jgn marah2,anne takot . hehe

    BalasPadam
  3. anne : semalam je sgt2 mrh...ari neh sy dh okay cket.. cuma mintak sgt perkara semalam x berulang.. ituh sahaja...

    BalasPadam
  4. Hurm, tak salah kita meluahkan rasa. Sebab itu memang kita perlu lakukan. Kalau perasaan tu terus disimpan, ia akan mengganggu emosi. Dengan menulis post ni, ia adalah tindakan yang BIJAK!

    alamak,dah macam pakar motivasi pulak..hehe)

    BalasPadam
  5. capit : komen anda memberi sy semangat agi... huhuhuhu, tq..

    BalasPadam
  6. sabo je weh...
    ape kate kite bakor je deme2 2...
    ;)

    BalasPadam
  7. sabo je weh...
    ape kate kite bako je deme2 2...
    ngee~~
    ;)

    BalasPadam
  8. nurl : amboi!!! sampai 2 kali ko komen neh r...

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Post Mortem Gathering

As salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. Well, aku tahu, tak ramai yang nak membaca blog aku neh, tapi aku tetap nak update blog neh. Hari neh sebenarnya agak mengejutkan aku, kerana pertama kali aku join gathering. Sebelum neh aku paling pemalas nak join mende – mende macam neh. Hati aku memang tegar, tapi entah kenapa kali neh, bila aku berkawan dengan Kak Sunah, Kak Sara, Nanad, memang hati neh terdetik nak join jugak gathering neh. Hasilnya? Tak rugi beb! Siapa kata blogging neh rugi???? Memang rugi, rugi  kepada sesiapa yang tak join! Ahaks! Wokeyh, pagi – pagi lagi dah bergerak kami berempat ( Kak Sunah, Kak Sara, and Nanad ) ke Sri Putri cari bus yang menuju ke Ayer Hitam untuk berjumpa di Tesco ( apa tah namanya ).  Sampai kat sane, agak blur yeh. Memang blurrr ( akulah yang blur seyh! ). Kemudian, berlakulah sedikit perbualan di dalam telefon antara Kak Sunah dan Kak Sara. Aku dan Nanad dok diam – diam, budak kechik kene duduk diam – diam. Ke...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...