Langkau ke kandungan utama

Camp FYE Di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi

As salam dan selamat sejahtera, haaaiiii!!!!!!!!



Gila!!! Merindui korang semua. Aku hampir tersedak kerana disebabkan bola, naik, meningkat sungguh stats aku dalam blog neh. Macam aku cakaplah, memang blog aku neh sangat dull, kadang – kadang je aku cakap pasal bola neh, sebab aku memang minat pasal bola, hehehehehehheeee. 


Hari tuh aku dah janji kan nak cerita pasal camp aku kat Pusat Kokurikulum Johor cawangan Kota Tinggi???? Seyes!!!!! Serius aktiviti yang sangat best bagi aku!!! Tak pernah – pernah aku pergi camp yang salah satu aktivitinya ialah berbasikal??? Yaaaaaaa, berbasikal. Gerenti korang yang suka cycle akan teruja. 



Apabila bercakap pasal camp, musti orang akan cakap, 

Alah, tipikalnya, balik – balik aktiviti yang sama, masuk hutan, keluar hutan, main rentas anak sungai, pastuh survival, buhsannnnn!!! TET! ( kau tak reti bersyukur sungguh! )


Tetapi camp FYE kiteorang boleh dikatakan unik aktivitnya. Mungkin sebab kiteorang tak buat dekat dalam hutan, tapi di dalam kampung. Pusat Kokurikulum tuh terletak di Kota Tinggi. Dekat Kampung Johor Lama. Kalau tak silap akulah, sebelah sekolah je, hehehheheheheeee, and sebelah kubur. 

nehlah keadaannya, memang macam dull kan??


Yelah, tempat warisan sejarah Kota Tinggi tuh. Ingat lagi tak sumpahan yang muntah darah tuh?? Yelah, berlaku dekat jambatan dalam Kota Tinggi tuh lah. Jurulatih cakap, sumpahan tuh memang nyata sungguh. Walaupun sumpahan tuh dah berakhir, tetapi keturunan tuh masih boleh merasa macam sakit kepala, rasa macam nak pitam.


Wokayh, masa 1st day iaitu hari Jumaat, memang agak macam blur. Mana tak nye blur, driver bus taknak masuk dalam, nak cakap tak boleh masuk, ada pulak disediakan parking bus. Iiieeeeeee! Memang agak macam benganglah, lagi – lagi fasi neh ( akulah salah sorang fasinya ).  Kesian junior – junior berjalan lebih kurang 2km. Hehehhee, persediaan dik oi untuk aktiviti keesokkan harinya. So, hari pertama, cuma aktiviti suai kenal diri/ ice breaking sesama kami semua, sedikit refresment ( ala, tepu – tepuk semangat tuh ), selepas tuh kami, fasi – fasi kena sediakan guidelines untuk orientering. Sumpah, nak buat mende neh, memang kepala fasi yang fening – fening lalat. Kemudiannya junior – junior pulak pening – pening lalat. 

mendirikan khemah

Masuk hari kedua, ohmaigadddd! Aktiviti dimulai dengan sedikit senaman ringan dan senaman aerobotik ( entah, aku tak reti nak eja ). Selepas itu, ofkos makan, hahahahahhaaaaa. Makanan situ sedap!!!! Lepas makan, barulah aktivit cycling. Sebelum aktiviti dimulakan, kiteorang diberikan penerangan sehinggalah aku hampir terlelap. Tapi aku sempat snap picture lebah patah sayap, kecian. Masa cycling tuh, memang ada yang pancit, ada yang semangat merahmu membara ( means wajalah ), ada yang last – last pancit. Destinasi kiteorang adalah ke Muzium Kota Johor Lama. Disitu, kiteorang tak dibenarkan tangkap gambar, biasalah, rules kat muzium kan??? Lepas tuh, kiteorang pergi ke tepi laut, ctuh, rehat lebih kurang 20 minit. Aku ambil kesempatan untuk bermain basikal, hahahahahahahaha. Sebenarnya, basikal tak cukup, so, sebagai fasi, aku mengalah, even feeling nak bawak tuh membuak – buak macam volcano yang tak sabar – sabar nak meletus tuh. Lepas dah habis cycling, bermain untuk orientering pulak. Yang neh korang dah biasa dengar kan???? Macam Amazing Racelah. Tugas aku adalah menjaga check point nombor 4, iaitu di dorm fasi – fasi perempuan tidur. Sementara tunggu budak – budak tuh datang, aku tidur, hahahahahahahahha,





Petang hari kedua, lalalallalalallala, aktiviti yang paling aku suka, teruja, eksaited lebehy sampai hanyut ke Singapore. Nama aktiviti itu ialah “ water confident “. Wau??? Dengar pown macam korang pelikkan?? Kiteorang main air petang tuhhhhh!!!!! Eksaited ko makkkkkk! Mula – mula kiteorang hanya dibekalkan BA ( baju tuh lah ), selepas tuh, kiteorang dibawa ke tengah laut ( sampai aku tenggelam ) and kiteorang diajar macam mana nak berenang ( berenang yang untuk selamatkan diri ea, bukan untuk masuk bersukan tuh ), and then kiteorang diberi 1 task iaitu berenang ke jeti yang sangat ......... bukan nak mengutuk apalah kan, tapi memang jauh, adelah dalam 100meter, sedangkan budak laki setakat area dekat – dekat situ ( pastuh sedap pulak gelakkan aku sebab aku hanyut dalam cubaan berenang ). 



Cubaan yang menarik daripada aku! Aku berjaya berenang hampir ke jeti walaupun hanyut ( salah bearing ) dalam 5meter macam tuh. Badan memang sakit, kejang perut, tapi seronok. Tersedak aku dengan air laut, masin!!!! Tetapi aku berbangga kerana aku berjaya berenang, even tersesar, hahahahhaa. Tak cukup dengan aktiviti berenang, aktivit terjun pulak ( i jump, u jump ). Atoiiiiiii!!!! Memang berdengung telinga aku, hahahahahaa. Perasaan masa terjun??? Macam – macam ada beb! Takut, eksaited, gemuruh. Tapi 1 fakta, kalau anda terjun, anda tidak akan lemas, kerana terdapat tekanan yang akan membalikkan tubuh badan korang ke atas. Selepas tuh, kalau korang tak reti berenang ( and air takdelah dalam sangat ) korang boleh apungkan diri and cuba tolak arus air tuh, jangan biarkan diri hanyut. Kalau takde BA, memang lemas r selepas terjun. Hehehehehe, :P, yang penting, water confident!!!! Senang cerita, aktiviti petang sangat best!!!! Even kesannya rambut aku sekarang busuk dan perlu dipotong dengan kadar segera. Entah bila nak dapat duit neh, atoiiiiii.



Malam tuh pulak, ada ceramah daripada Encik Ivin. Masa ceramah tuh, aku tak tahu berapa kali dah aku menguap, mengantuks sangat – sangat!!!!! Mengantuks!!! Taknak cerita pasal Encik Ivin, kompem aku yang tidur, dahlah cuaca mendung, suruh aku tidurlah tuh. Selepas ceramah, serius ada aktiviti “ blind trail “ kowt. Alah, yang jalan malam – malam tutup mata tuh. Yang biasanya fasi kenekan mereka. Macam cakap “ depan ada longkang, hati – hati “ , kunun, tapi sebenarnya tak pown, saje nak kenekan, hahahahahaaaaa. Permainan tuh berlarutan sehingga ke warung tepi pantai. Atoi, memang jurulatih tuh dera, kalau takde orang karoke, tak boleh balik. Mata aku dah sembab, siap tersembul dah bijik mata neh. Agak lamalah jugak menunggu Siti Nurhaliza mana yang nak keluar nyanyi. Last – last korang taw siapa Siti Nurhaliza tuh????? TET!!!!!!! Jawapannya diakhir entry ini, sekian. 







Esok pagi pula, semua bangun lewat. Hahahhahahahaaaa, sampai fasi perempuan kene tegur, lena sangat tidow, hehehehehe. So, pagi tuh, sedikit aktiviti extreme, iaitu larian berhalang, yang macam dalam PLKN. Aku main kat terowonglah, macam hamster sikit, bila lagi nak main kan?? Hahahahaaa. Lepas tuh pulak, ada majlis penutupan untuk camp FYE neh. Tugas aku adalah menjaga hadiah dan cenderahati untuk jurulatih and Encik Ivin. Lepas tuh, ada sessi fotografi, aku taw, sessi neh lah yang paling semangat sekali semua orang, ahhahaha, :D. Last aktiviti, kiteorang mengemas, kemudian menunggu kehadiran bas ( dengan harapan, bas tuh akan masuk ke dalam ) sebabnya Chiang cakap, kali neh tak tahu siapa driver. Tengah – tengah dok kalut menunggu, kiteorang sangat berpuas hati apabila, bas tuh masuk ke dalam,  seronok dan happy!!!! Kami sempat jugak pergi melawat Taman Buaya, memang situ buaya – buaya dia .......... pasif. Sebab tuh aku tak suka pergi Taman Buaya, bagi aku rugi, sebab buaya kan pasif, lainlah kalau kau terjun dalam kolam tuh, so, memang aktif r buaya – buaya tuh. Celik mata semuanya, tapi aku ade dengar 1 fakta, buaya buta di daratan, sebab mata dia diselaputi something untuk mengelakkan masuk habuk, tapi bila dalam air, matanya akan menjadi terang. 



Haaaaa, menjadi kenangan sungguhlah camp FYE kali neh. Seronok sangat – sangat. I wish, I can tell to someone who I shared my heart, except my family lah. Eeeiiiiiiii! So, kepada sesiapa diluar sana yang teringin nak adakan aktiviti camping, tapi nak kelainan, aku rasa, cuba kat Pusat Ko Q neh, memang terbaikkkk!! Korang takkan rasa rugi spend masa kat situh berapa lama pown, percayalah, korang musti sukalah, kalau perlukan apa – apa maklumat, boleh search rasanya dalam facebook “ Pusat Kokurikulum Kota Tinggi Johor “ . insyaAllah ada kat situh maklumat – maklumat.


peserta/fasi/jurulatih/en.ivin

barisan fasi

1SGHG



p/s = tadi aku ada cakap pasal Siti Nurhaliza kan?? aku rasa, korang boleh teka sendiri, dia takan cakap kalau bukan dia yang kene, hahahaha, :) 




Ulasan

  1. nak tau laa alamat lengkapnya.tautak?

    BalasPadam
  2. alamat lengkap, sy xde, :)

    tp boleh search dlm fb, klu perlukn ape2 maklumat tmbhn, sila emel sy, shahrulsyazyanabu@hotmail.com atau shahsyaz@gmail.com

    BalasPadam
  3. Catatan blog ni menarik minat saya nak bawa anak murid utk kem kepimpinan. Tq for sharing.

    BalasPadam
  4. terima kasih TANPA NAMA / ANYNOMOUS

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah