Langkau ke kandungan utama

GhostStory!~

Aku pulang ke rumah pada petang itu seperti biasa.Kereta Honda City pemberian arwah suami aku dibiarkan terpakir diluar rumah dahulu.Sekejap lagilah.Aku bermonolog kepada diri aku.Aku terus duduk di atas kerusi yang sangat empuk itu.Semua harta di dalam rumah agam itu adalah milik arwah suami aku yang kaya itu.Ramai yang pandang serong apabila aku membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki usahawan yang berusia 50 tahun.Mulalah orang ramai membuat fikiran sendiri bahawa aku berkahwin dengan lelaki tua itu kerana harta.Sedangkan anak - anak tiri aku melayani aku seperti biasa walaupun ada diantara mereka sudah tua daripada aku.Aku sendiri tidak tahu mengapa aku berkahwin dengan dia.Apa yang aku tahu, bukan kerana harta tetapi atas budi bahasa dan balasan.Selepas hampir setengah tahun aku berumah tangga dengan dia, dia mula menunjukkan tanda - tanda yang dia akan meninggalkan dunia ini.Aku maish melayani dia seperti seorang isteri yang sangat mengambil berat walaupun tiada perasaan cinta terhadap dia.Disaat hembusan terakhirnya dia ada mengatakan bahawa dia amat berasa bersalah kerana menyebabkan aku difitnah.Aku hanya tersenyum dan menjawab adat kehidupan.Orang hanya melihat keburukan kita.
Tiba - tiba telinga aku mengangkap bunyi yang amat pelik daripada bilik arwah suami aku.Sebelum ini aku pernah mendengar tetapi aku malas hendak ambil tahu.Namun kali ini bunyi ini lebih pelik dan kuat.Aku mengorak langkah perlahan menaiki tangga menuju ke bilik itu.Jantungku berdegup kencang apabila mendekati bilik itu.Aku dapat merasa aura kejahatan di dalam bilik itu.Aku berhenti dihadapan pintu bilik itu.
Tiba - tiba aku terdengar seperti suara orang bergaduh.Kemudiannya aku terdengar bunyi kaca berderai.Aku terkejut.Astaga!Aku mengucap panjang.Segera aku berlari turun ke bawah.Aku segera mengambil air wudhuk lantas mengerjakan solat asar sebelum terlambat.Terkocoh - kocoh aku dibuatnya.Bulu roma aku menegak sepanjang masa.Jari - jemari aku pantas menekan key pad telefon mendail nombor telefon anak sulung tiri aku.Hanya kedengaran bunyi tut kemudiannya voicemail.Telekung masih melekat dimuka aku.Aku lantas mendail nombor ahli keluarga aku.Oh, aku terlupa.Bagaimana mereka hendak menemani aku?Sedangkan aku berada jauh dengan mereka.

"DAM!"

Telefon bimbit aku terlepas daripada genggaman.Jantungku berdegup kencang.Dari mana datangnya bunyi itu?Persoalan itu muncul di benakku.Jari - jemariku lantas meraba - raba semua buku di atas meja itu tetapi pandangan aku tetap kepada pintu bilik solat itu.Aku mengambil Al - Quran lalu diletakkan di dada aku.Mulutku kumat - kamit untuk cuba membaca ayat - ayat suci Al - Quran, namun lidahku kelu.Kebas terasa.Aku kuatkan hatiku untuk membaca kalimah - kalimah suci Allah S.W.T.


"Apa?" aku terkejut.
"Ayah jadi kaya bersebab puan " anak sulung tiri aku bercerita, membuka rahsia keluarganya yang selama ini tersimpan rapi.

Aku hairan.Dia tidak memanggil aku dengan panggilan ibu atau emak, tapi aku tidak kisah itu semua.Aku melihat dia merenung bingkai gambar mereka sekeluarga sewaktu dia masih kecil.Arwah madu aku sangat cantik jika hendak dibandingkan dengan aku.

"Emak cantik.." dia memuji ibu kandungnya.

Sedikit perasaan cemburu hadir dihati aku.

"Puan pun.." aku melihat matanya bergenang.
"Puan, saya nak nasihatkan puan, banyak - banyakkan membaca Al - Quran sewaktu bersama dengan ayah saya "

"DAM!"

Bunyi itu mengganggu lagi konsentrasi aku terhadap bacaan Al - Quran.Aku tahu kehendak bunyi itu, namun aku tidak mampu menunaikan permintaannya.
"Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon meminta perlindunganMu, sesungguhnya aku manusia biasa yang hanya mampu berpasrah dengan kehendakMu, aku memohon padaMu agar Engkau melindungi hambaMu yang kerdil lagi hina ini daripada segala gangguan syaitan, iblis, dan jin yang menyesatkan umat manusia,Engkau perkuatkanlah iman aku terhadapMu Ya Allah, aku memohon daripadaMu, Engkaulah Tuhanku yang Satu, padaMu lah aku memohon segala pertolongan, perlindungan, rahmat, ampunilah dosa - dosaku, dosa - dosa ibubapaku, dosa - dosa keluargaku, dosa - dosa umat Islam yang alpa denga suruhanMu,perkenankanlah doaku Ya Allah."

"DAM!"

Pintu bilik solat aku terkopak.Kuat sungguh makhluk Tuhan itu.Hidungku sudah mencium bau yang sangat busuk, tetapi jari - jemari aku masih menadah meminta belas kasihan daripada Allah S.W.T.Aku tahu makhluk itu berjalan ke arah aku.Namun pandanganku masih kepada Al - Quran.Aku tahu permintaan makhluk itu.

"Ya Allah, aku mohon padaMU, ko ampunilah dosa - dosa arwah suamiku Ya Allah,walaupun aku tiada perasaan cinta terhadap dia, tetapi aku tetap menganggap dia orang teristimewa dihati aku."

Aku meraup wajahku dengan jari - jemari.


"Sayang, berikan aku nyawa baru, kau mampu berikannya, aku mahu mencari kekayaan lagi, sayang, kau cintakan aku bukan?Tunaikanlah permintaan aku ini, aku tersiksa di dalam kubur sayangku, sayangku, ikutlah janji dia, sayang, kau mahu aku mendampingi dirimu bukan?Jadi temeterailah janji engkau dengan syaitan itu, sayang, aku mahu hidup lagi, aku mahu mencari kepuasan didunia, sayang, aku merintih dan tersiksa"

Roh arwah suami aku merayu - rayu agar aku mengikut kata - kata syaitan, tetapi segala permintaannya aku endahkan.Aku tahu, setiap senja dia akan datang ke rumah agam itu merayu kepada aku seperti apa yang telah dilakukan terhadap bekas madu aku.

Pulanglah engkau kedunia engkau, biarkan aku didunia ini menjalani kehidupan seperti biasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...