Langkau ke kandungan utama

KIsahCinta(BuatanSendiri)!~

Aku masih memandang kepada rumah itu.Rumah itu tidak banyak perubahannya.Cat masih berwarna putih.Kereta besar Naza berwarna kelabu masih terpakir di luar.Bezanya rumah itu kelihatan sunyi, tidak seperti dahulu.Rumah bercat putih itu suatu dahulu pernah diwarnai dengan gelak tawa penghuni rumah itu.Aku tidak tahu nasib akan penghuni rumah itu.Sudah lama tidak dihubungi.Kalaulah rakan aku tidak mengungkitkan nama dia semalam, sudah tentu hari ini aku keluar bersama Qayum, bakal tunang aku itu.
"PONNNNN!!!!!!!"

Bunyi hon daripada belakang mengejutkan khayalan aku terhadap rumah putih itu.Aku menggerakkan sedikit kereta aku kehadapan agar kereta dibelakang aku dapat parkir di hadapan rumahnya.Aku memerhatikan kereta yang berwarna gelap itu.Kereta itu berhenti dihadapan rumah putih yang dari tadi aku perhatikan.Seorang lelaki berkulit hitam manis dan berbadan tegap keluar daripada kereta itu lalu membuka pintu pagar tersebut.Dimatanya terdapat kaca mata yang dipakai untuk melindungi dirinya daripada terkena kepada sinaran UV yang berbahaya kepada mata.Aku turut tidak ketinggalan untuk menjaga mata aku.Aku perhatikan sahaja gerak geri lelaki itu yang sangat aku kenali itu.

Entah kenapa, jantung aku berdegup dengan kencang.Aku menafikan perasaan itu, tetapi aku akui.Aku mula berdebar apabila melihat lelaki itu berjalan menuju ke keretanya.Peluhku perlahan - lahan menuruni badan aku dan membasahi baju aku.Panas.Aku menghidupkan enjin kereta.

"GREEKKKKK!"

Allah!Apasal bunyi macam semput je?Aku panik apabila pandangan lelaki itu dikalihkan kepada kereta aku yang tidak jauh darinya.Tidak...Hah!Buangkan perasaan itu.Sesungguhnya Qayum dihati engkau.Aku menghidupkan enjin itu tanpa memandang kepada lelaki berkulit hitam manis itu.Tetapi aku mencuri - curi pandang kepadanya.Aku tahu perasaan itu sebenarnya.

Kereta itu meluncur laju masuk ke dalam rumah putih itu.Keluar sahaja lelaki itu, dia membuka pintu di penumpang disebelah kanan.Aku menggerakkan kereta aku agar lebih dekat dengan pintu pagar rumah putih itu.Kini aku boleh melihat dengan jelas wajah lelaki itu.Seorang wanita yang sedang sarat mengandung keluar daripada pintu penumpang sebelah kanan.Lelaki itu memimpin jari - jemari yang halus itu.

Aku mengetap gigi tanda protes.Cemburu yang amat.Astaga!Qayum.Aku segera mengucap panjang apabila merasai perasaan itu mula menular dijantung dan seterusnya akan menular saraf - saraf yang akan membawa kepada otak untuk ditafsirkan perasaan itu.Ya Allah!Ampunkan hambaMu ini.Aku cemburu melihat dia bahagia bersama wanita itu.

Lelaki berkulit hitam itu pergi mendekati pintu dan menutup pintu pagar itu.Aku tahu.Dia sedang memandang aku.Kaca matanya ditanggalkan dan mula memerhatikan aku dengan fokus.Padangannya ditujukan kepada aku.Tiada siapa.Aku turut memandang dia.Perasaan aku bercampur - baur.Aku tahu perasaan itu sudah mula menular keseluruhan hatiku.Ikutkan hati, katanya buta.Ikutkan perasaan, katanya menyesal.Aku menanggalkan kaca mata hitam aku itu.



Pandanganku bertaut kepadanya.Indahnya kenangan yang sudah mula bermain - main di fikiranku.Awan putih yang luas itu seolah - olah menjadi skrin projektor aku untuk melihat kenangan - kenangan cinta aku yang indah itu.Ketika itu, ingin saja aku melaungkan dunia itu aku yang punya.Biar satu dunia tahu yang aku sedang dilamun cinta dengannya.Aku dapat melihat dibibirnya terbentuk satu senyuman yang selalu dilemparkan kepada aku ketika aku sedang sangat memerlukannya.


Tidak!Jantungku berhenti berdegup.Pandanganku hitam apabila lengannya yang suatu dahulu pernah dipimpin oleh aku dipimpin oleh wanita itu tadi.Wanita itu membawa masuk lelaki itu masuk ke dalam rumah itu lalu membiarkan aku berlinangan air mata.Aku masih terkedu disitu.Air mata aku masih membasahi pipiku.Aku tahu, aku tidak dapat menafikan lagi peraaan itu.Akhirnya otak menguasai kali ini.Aku mengaku.Aku masih cintakan dia, walaupun dia sudah mempunyai isteri.

Ulasan

  1. pilunye..citer neh ley wat aku mengalirkan air mate salju neh..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. air mata???hahahaa...
    ko neh...

    BalasPadam
  4. saya nurul..budak baru belajar

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...