Langkau ke kandungan utama

HatikuKecil!~(1)

Aku pulang ke rumah seperti biasa.Ibuku memakirkan basikal buruk berwarna merah itu di luar rumah banglo itu.Bahagia hati kecilku tinggal dirumah yang sangat besar itu.Aku berlari masuk ke dalam rumah itu tanpa membuka kasut sekolah aku yang sudah dipenuhi dengan lumpur.




"Adik!" ibuku menjerit memanggil dengan gelaran aku didalam keluargaku.
"Apa?" aku menjawab pendek, beg masih disandang belakang.
"Bukak kasut..kau ingat rumah ni reban ayam ke?" marah ibuku.

Aku akur.Perlahan - lahan aku membuka kasut sekolah dan memerhatikan selaput - selaput lumpur ditapak kasut itu.Aku korek tanpa rasa geli.Kemudiannya aku tertawa sendirian.Aku masuk ke dalam bilik menukar baju.Uniform sekolah itu aku gantung di tingkap agar berangin.Aku mendengar derapan tapak kaki ibuku keluar.Aku berlari terkocoh - kocoh, tetapi tidak sempat mengejar ibuku.Aku hampa dipintu itu.

"Emak pergi mana?" sapa abang aku yang paling muda.
"Tak tahu Fizi.." jawab aku ringkas, seperti fikiran aku yang masih muda.

Tiba - tiba pintu rumah aku diketuk.Aku mengjangkakan kehadiran ibuku dengan ayam KFC.Aku segera berlari membuka pintu yang sudah usang itu.

"Ayah ade?" tanya lelaki berkulit hitam yang berbadan besar seperti bonzer itu.

Pakaian lelaki itu serba hitam.Aku memandang dari atas sehingga ke bawah.Aku menggeleng memberi jawapan.

"Ayah kau pergi mana budak?" tanya lelaki itu dengan kasar.
"Kerja kat KL" jawab aku.
"Emak kau?" tanya lagi lelaki itu.

Aku menggeleng.

"Siapa tu Azyn?" abang aku menjerit.

Aku membuka pintu dan membiarkan abang aku melihat tetamu yang tidak diundang.Aku melihat persidangan mereka berdua itu daripada jauh.Kelihatan lelaki berbadan besar itu seperti menengking abangku.Hati kecilku membara.Ingin sahaja aku menampar lelaki itu.Aku cuba mendekati, tetapi abang aku menghalang aku.Seketika kemudian, abang aku menutup pintu.Siap dikunci lagi selak pintu itu.Mukanya kelihatan sedih sangat dan aku mendapati dia menangis.Hati kecilku tertanya - tanya.Siapakah lelaki itu???

"Azyn!Kalau ada orang ketuk pintu, tanya siapa dulu.." kata abang aku.

Dia menghilangkan diri.


******************************************

cerita ini akan disambung di kemudian hari...tapi aku janji, aku akan siapkan sebelum raya neh..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

sudah siap entry aku, :)

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...

JOM CERITA "CAMPUS LIFE" KITA

1. settle sudah! 2. letak gambar yeh? ( mana aku save pic tadi yek? ) 3. logo universiti : universiti teknologi malaysia 4. bawah logo tuh aku dah tulis bro. 5. bed time stories. hehehe, saat yang aku tunggu - tunggu. wokeyh, sesungguhnya, setelah aku habiskan sekolah aku dekat Teknik PD, aku dapat terus sambung dekat UTM KL dalam Diploma Ukur Tanah. mungkin ramai orang tak tahu tuh kos apa. aku bet lah, korang tak kan tahu punyerlah kecuali kalau anak sedare korang ada belajar pasal ukur tanah. kalau nak tahu advanced agi, search dekat google. ukur tanah kalau nak disimpulkan, kerjanya ialah membuat ukuran terhadap muka bumi ini. sewaktu tengah belajar, aku banyak menghadapi dugaan. antaranya ialah aku kene buat belajar berdikari. kemudiannya dah masuk tahun kedua, pointer jatuh teruklah. tapi ini tidak menjatuhkan semangat aku untuk belajar sehinggalah aku berjaya mendapat sambung belajar degree pula di UTM JB.  diploma ukur tanah ketika membuat lawatan ke N9 ...