Langkau ke kandungan utama

Final Menghampiri

Tak perasan aku yang final sudah menghampiri. Takut pon ada, gembira pon ada, malas pon ada jugak. Apasal malas? Sebab lepas final aku ada survey camping, thats mean, bersedia untuk menghitamkan muka. Duit pon hampir ciput. Hampir – hampir nak mencekik je neh. Terpaksalah aku ikat perut nak makan. Kadang – kadang tuh, malam aku tak makan. Huhuhuhu, part sadis neh.


Teringat pulak kenangan aku ketika belajar di zaman ( erk, xde r lama sangat ) diploma dulu. Masa tuh tinggal kat KL je, kalau tak cukup duit, memang aku balik je rumah. Dekat je dengan rumah aku. Malah, muka aku memang tak de kat hostel kalau hujung minggu kecuali kalau aku nak datinglah, hehehehee. Cerita dating kita tutup bukunya. Malas nak ingatkan, dan tak mahu ingatkan pon.


Aish, duduk kat Skudai, memang mencabar kredibiliti perut aku untuk menahan segala kelaparan. Kalau sebelum neh, aku lapar, aku retilah nak angkat punggung neh ke dapur dan menggerakkan jari – jemari aku untuk pecahkan telur dan kacau – kacau sehinggalah telur tuh menjadi telur dadar. Makanlah aku nasi berlaukkan telur dadar dan berkuahkan kicap. Tuh lauk paling malas. Neh, kalau kat Skudai, makanlah kau crackers, tak pon megi. Aish, tuh je lah yang aku mampu untuk fikir. Sekarang neh perut aku dah lapar.


Memang rasanya nak menangislah sekarang. Aku perlukan duit dan balik rumah. Rindu sudah aku di rumah tuh. Baru aku merasa kehidupan jauh tanpa family, huawaaawaaawaaa. Macam manalah apabila aku sudah berkahwin? Kemudiannya aku yang kene uruskan hal makanan dan rumah termasuklah untuk suami aku sendiri? Omaigod. Tak sanggup I nak memikirkannya. Baik jangan fikirkan sekarang.


Aku update blog neh pon nak bagitaw sesuatu. Kemungkinan besar, aku akan berhenti blogging selama sebulan or maybe sampai 2 bulan atas sebab kerja dan tugas. Minta maaf sangat kepada semua pembaca aku. Ada ker pembaca aku neh?? Ada – ada, positive thinking dear. insyaAllah, kalau ada masa terluang, aku akan cuba untuk menulis entry baru even short. Boleh tak? Hehehe.


Sebab – sebab aku kene berhenti blogging ialah :

  • Tak lama lagi final exam, so bertaubatlah kepada semua pelajar universiti teknologi malaysia.
  • Kemudiannya ada survey camping tanpa cuti. Berderet 3 minggu.
  • Kemudiannya memang buzy.



So mintak ampun kepada semua ye, J


seperti air ini, jatuhlah ia ke muka bumi, sepertinya jatuh air mataku kerana merindui rumahku, hehee :)

Ulasan

  1. u msih ade reader la caol...huhu..tp bgos la da dpt ksedaran...stdy jgn x stdy...gud luck for ur final..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...