Langkau ke kandungan utama

Cakap Besar

Aku mulakan post aku pada tahun baru ini dengan post bertajuk Cakap Besar. Aku bukannya apa, aku memang suka cakap besar, tapi kalau nak cakap besar tuh, janganlah melampau sangat. Aku pon mempunyai hobi bercakap besar, sebab bile kita cakap besar neh, barulah ada orang nak takut or gerun dengan kita, tapi kalau dah melampau sangat tuh, naik menyampah juga aku nak dengar. Maaflah kalau sape – sape kat luar tuh terasa dengan kata – kata aku, tapi aku memang tak tahanlah.

amek ko!! suke ckp besar sgt!!

Cerita yang membuat aku menyampah neh ialah, adalah seorang hamba Allah neh. Mula – mula dia kacau kawan aku neh, oleh kerana kawan aku neh dah tak tahan dengan gangguan hamba Allah neh, aku pon bajet nak jadi hero nak menyelamatkan kawan aku neh ( neh baru cakap besar ). Aku called tapi off. Aku heran gak, buat kali kedua aku called, memang dia off enset, so aku dah malas nak melayan, aku tak called agi nombor tuh.

Entah macam mana, petang tuh hamba Allah tuh called aku, tapi aku tak angkat pada mulanya sebab aku tengah basuh pinggan kowt. Buat kali keduanya dia called aku, tapi tak sempat pula aku nak angkat, sebabnya bila aku nak angkat, aku baru habis solat. Aku solat cepat hari tuh, sebabnya malam tuh ada lawan bola ( yang Indonesia v.s Malaysia di Bukit Jalil ). Tiba – tiba, buat kali ketiga hamba Allah tuh called aku dan kali neh aku berjaya menjawab panggilan tuh.

Hamba Allah tuh bertanya kat aku neh siapa? So, aku dah biasa dengan tugas neh, aku pon buat – buatlah bajet salah nombor. Tapi yang ngok ngek kepala kemeknya aku neh, aku boleh pulak secara kebetulannya tersebut nama penuh dia, adoi! Bodohnya aku, nak kenakan dia, tapi aku yang terkena. Nasib baiklah aku neh banyak idea dalam kepala hotak neh, so aku pon pandai – pandailah menipu hamba Allah tuh, terpaksa! Terpaksalah aku cakap yang aku ngah gawat menunggu geng nak pergi stadium Bukit Jalil, nak tengok bola konon, padehal aku tengok depan tv je.

Yang buat aku betul – betul menyampahnya, malam lepas habis game tuh terus dia called aku. Aku kenalah buat – buat tak angkat, sampailah pukul 1 lebih baru dia called aku angkat. Fuh! Ada juga jenis jantan macam tuh, anginlah 1 badan dengan dia neh. Malam tuh dia called aku, boleh pulak hamba Allah tuh bercakap besar dengan aku. Korang nak tau apa dia cakap?? Sampai aku sendiri naik menyampah nak dengar. Gugur taik telinga aku taw mendengarnya, sebab dah melampau sangat. Dia kata kat aku :

Norshahrul Idlan Talaha dah kawen kan?? Tak sangka dia dah kawen, dulu kata kat saya belom bersedia, tapi dia memang dah lama kenal dengan perempuan tuh, lama dah diorang berkawan tuh,

Adoi! Berdarah telinga aku mendengar, confident pula dia cakap ayat tuh kat aku. Macam dia dengan Norshahrul Idlan Talaha tuh dah lama berkenalan je. And then hamba Allah tuh cakap lagi :

Dulu kekasih dia tuh nak kat saya, tapi haram saya nak suka kat perempuan tuh, perempuan tuh memang free hair dari dulu, tuh yang saya tak suka sangat, boleh dikatakanlah isteri dia tuh ex girl saya dulu

Ayat terakhir daripada hamba Allah tuh memang buat aku malas dah nak melayan sebarang called or SMS. Berkali – kali gak hamba Allah tuh minta MMS ngan aku, tapi haram, 1 kejadah pon aku tak layan, tak kuasa r nak melayan orang terlalu melampau cakap besar neh.Lama – lama tuh aku naik hangen gak, sebab asyik called aku je, aku bengang, aku pon bagi SMS cakap yang aku tak suka orang called aku. Habis cerita, tapi hamba Allah neh pon bijak macam aku, called tak boleh, dia SMS aku, takpe, SMS boleh aku layan sikit – sikitlah.

Untuk aku menambahkan lagi hamba Allah neh bajet and suka cakap besar, aku SMS dia something. Aku cakap, kalau dia rapat sangat dengan Norshahrul Idlan Talaha tuh, kenalkan aku dengan Muslim. Ha! Terkedu kau kat situ. Memang dia mula – mula cakap besar dengan aku, tapi last – last dia mengaku jugaklah dia memang cakap besarlah. Puas hati aku dapat bongkar rahsia dia tuh. Padan muka!!!!

Ble sy blek bru sy dpt 2run kl, eleh wak, klu xde no muslim or sebrg maklumat psl muslim, xyah ckp besar nk knlkn sy ngn die

Ituh SMS aku send kat dia supaya dia tuh sedar sikit dirinya!

Alah syaz ni x sporting lh org nk perasan2lh ckit xkn tu pun xbleh bg can..yelh2 kite mana thu tntg dia pom..hbis cerita..

Padan muka engkau!!! Puaslah hati aku neh taw! Menyampah dah aku mendengar omongan kosong kau tuh, saket jiwa!!!! Jadi kepada hamba Allah neh, berhentilah kau cakap besar dengan semua orang. Kalaulah kau sangap sangat nak cari kenalan, bukaklah akaun Facebook. Sebab dekat Facebook, memang banyak gadis yang boleh jadi kenalan kau ke, cikaro ko ke, yang pastinya, telinga aku semakin gatal bila kau cakap besar tak henti – henti. Menangis aku bila aku dapat taw wujud gak orang macam kau neh kan??? Nasiblah kawan aku tuh tak melayan kau langsung, ha ha ha ha. Kesian, wujud gak jantan macam tuh yek..

Ulasan

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...