Langkau ke kandungan utama

Inovatif, Bukan Meniru

Hari ini ( 06.01.11 ), aku sudah 4 hari menjadi seorang student ( officially UTM’s student ). Perasaan aku??? Lemas, tenggelam, rimas! Dan lastly, TERSEKSA. Percayalah, pelbagai ragam lecturer aku sem neh, terpaksalah aku menerima hakikat bahawa lectrer sem neh sangat strict kepada semua pelajarnya ( salah seorgnya aku ). Akulah yang bermati – matian mengejar ilmu yang diberikan oleh mereka semua. Akulah yang kena berlarian sepanjang semester ini untuk berjaya. Nak tahu kenapa aku kena berkejaran dan berlarian? Sebab ituhla tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar. Bak kata seorang lecturer aku :

Tanggungjawab awak ialah datang ke kelas saya tanpa sebarang kecacatan terhadap kehadiran, duduk, rileks dan ambil ilmu yang diberikan.

Iye beb! Degree dan diploma sangat berlainan ibarat langit dan bumi. Satunya berada di atas kayangan disana, manakala satu lagi berada di pacal hina tanah. Post aku kali neh kerkisar mengenai inovatif dan isu plagiarism. Bukan Hanis Zalikha sahaja yang berhadapan dengan isu plagiarism, malah, aku yang selaku seorang pelajar juga menghadapi isu tersebut. Tapi seorang lecturer aku cakap, plagiarism merupakan salah satu kaedah pembelajaran, tetapi jika digunakan dengan betullah. Daripada plagiarsmlah datangnya inovatif itu.

Korang mesti tertanya – tanya apa kaitannya perkataan berdua ituh. Masa dalam kelas, aku pon tak berapa nak dengar apa yang lecturer aku bercakap pasal dua hal tuh. Tapi bila lecturer aku cakap ‘ itu inovatif, bukan meniru ‘ , aku tertarik untuk menjadikannya tajuk post aku seterusnya. Wokeyh, untuk menambah pemahaman korang kepada dua perkataan ineh, aku sediakan erti dan contoh ayat untuk dua perkataan ineh, tapi dalam English to Malaylah. Kamus Dewan Bahasa Malaysia ada kat rumah ( igt nk beli agi 1 r ). Kita mulakan dulu dengan perkataan inovatif dan perkataan serangkai dengannya.

Inovatif ( innovative ).

Maksudnya :

adj 1. newly introduced or invented, membawa pembaharuan: ~ ideas, gagasan-gagasan yg membawa pembaharuan; a radical and ~ approach, pendekatan yg radikal dan membawa pembaharuan; ~ works, karya yg membawa pembaharuan; 2. having tendency to introduce innovations, cenderung membuat pembaharuan: an ~ industrialist, usahawan yg cenderung membuat pembaharuan.

Lain – lain perkataan yang serangkai ( English ) :

· Innovate : vi (introduce st new) memperkenalkan sst yg baru; (make changes) membuat pembaharuan: in order to get ahead in this business one must learn to ~, utk maju dlm perniagaan ini sso mestilah belajar utk membuat pembaharuan.

· Innovation : n pembaharuan: ~ is not necessarily reform, pembaharuan tdk semestinya bererti perubahan; he made few ~s in the system, dia membuat beberapa pembaharuan dlm sistem tersebut.

· Innovator : n orang yg membawa pembaharuan.

Plagiarism.

Maksudnya :

n 1. act of using so’s ideas, composition, etc, penjiplakan, plagarisme: he was accused of ~, dia dituduh melakukan penjiplakan; 2. instance of this, jiplakan: his work is full of ~s, karyanya penuh dgn jiplakan.

Lain – lain perkataan yang serangkai ( English ) :

· Plagiarize : vt menjiplak: he has ~d an article that appeared in a French journal, dia telah menjiplak makalah yg tersiar dlm jurnal bahasa Perancis.

· Plagiarist : n penjiplak.

Sumber : Kamus Inggeris Melayu Dewan.

So, mesti korang tertanya – tanya apa kaitannya kan??? Ooops! Tiada kaitan dengan Muslim Ahmad or kekasih dia atau pun kaitan dengan Fadhli Shas dan kekasihnya. Aku cakap macam neh sebab aku buka stats kat blog aku and aku tengok bahagian keyword search. Ada juga hamba Allah yang mencari siapa itu kekasih Fadhli Shas and bukak blog aku untuk mencari information tersebut. Maaflah, blog aku takde information macam tuh, nak tau sangat,bukak je blog neh, awek KFCM ( Khairul Fahmi Che Mat ) :

http://jejariruncing.blogspot.com

view blog dia and followlah.

Wokeyh, sambung cerita mengenai dua perkataan tersebut. So, secara pendeknya, plagiarism membawa maksud peniruan hasil karya asli orang lain dan inovatif pula membuat pembaharuan. So, korang dapat berfikir tak apa yang aku cuba nak sampaikan dalam post neh? Cepat, make your brain thingking faster than before. Cepat – cepat.. fikirkan apa yang cuba aku sampaikan. Sebabnya, kalau korang dapat fikirkan, korang dapat aplikasikan dalam kehiudpan seharian korang, tak kira untuk pelajar universiti, murid – murid, or pekerja pon.

<<<

<<<

<<<

<<<

<<<

Wokeyh??? Dah dapat apa yang cuba aku sampaikan????

0_o ????

0_^ !!!!

Bagos!!!! Eyup! Betol apa yang korang fikirkan ituh dan lecturer aku pon sangat setuju dengan apa yang difikirkan oleh kita semua.Secara umunya, kita boleh melakukan aktiviti plagiarism, tetapi dengan cara berhemah. Kita tak boleh nak main terjah je, tapi perlu dilakukan dengan cara yang betul.

Antara cara yang betul ialah kita meminta izin dahulu. Contohnya, jika aku ingin membuat beberapa kajian di dalam pelajaran aku ( contohnya pemetaan menggunakan kaedah foto udara ), jika aku terjumpa beberapa artikel di dalam internet, maka aku perlu meminta izin daripada penulis artikel tersebut. Jikalau mendapat keizinan daripada penulis tersebut, maka artikel itu boleh aku copy dan paste. Tetapi, bukan semudah itu nak copy and paste. Ada banyak lagi perkara berhemah yang perlu dilakukan. Antaranya, aku perlu membaca dahulu artikel tersebut kerana, hanya isi sahaja yang perlu aku ambil. Isi itu pula boleh diperincikan oleh aku sendiri. Maka, dengan ituh, terhasillah 1 inovatif artikel yang disediakan oleh aku.

Semudah A, B, dan C. Mudah bukan??? Tapi bukan semua penulis suka bahan – bahan artikel mereka dikongsi walaupun dibayar. Salah seorangnya aku. Kebiasaannya hal ini terjadi kalau penulis itu merupakan seorang penulis sastera, kerana bagi aku mereka sangat menghargai hasil karya mereka yang sangat bernilai, so tak hairan kalau mereka tak suka. Namun, bahan perlajaran wajib dikongsi kerana bahan pelajaran tersebut boleh dikongsi hingga ke akhir zaman, bagi aku lah. Jangan kedekut kalau pasal pelajaran neh. Tak baik!

Oh ye! Kalau ada pembaca yang tak paham dengan contoh yang aku berikan di atas, aku boleh berikan contoh lain iaitu contoh yang berkaitan dengan murid – murid dan sekolah. Baiklah murid sekalian, saya akan memberikan lagi contoh ye!

Contohnya kepada murid tingkatan 5. Korang ditugaskan untuk membuat karangan bertajuk ‘ Kepentingan Kempen Tidak Menggunakan Beg Plastik’ ( contoh! ). Okay, cuba listkan isi – isinya ( kebaikan ).

Isi – isi :

  • · Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
  • · Menjimatkan kos pembelian beg plastik.
  • · Mengurangkan penghasilan barangan daripada bahan plastik untuk masa hadapan.
  • · Menyahut seruan dunia mengenai bahayanya plastik ini.

Okay, daripada isi – isi tersebut, korang boleh ambil dan cuba terperincikan lagi isi – isi tersebut dengan menggunakan ayat korang sendiri dan hendak menampakkan lagi seperti Academic Report Writing, masukkan perkataan yang menarik dan gunakan peribahasa / simpulan bahasa / bidalan / perumpamaan. Penggunaan mahulah sekurang – kurangnya 3 di dalam satu karangan dan seelok – eloknya, setiap 1 perenggan ada 1 peribahasa. Baru molek karangan tuh.

Ha... disitu korang telah mengaplikasikan teknik ( teknik ke?? Bolehlah ) plagiarism dan inovatif di dalam pelajaran korang ( macam tips je neh?? Alamak! Aku dah boleh jadi mcm Fatin Liyana neh, he he ). Tapi jangan lupa tau, minta izin. Lagi bagus kalau korang jadikan sebagai bahan rujukan. Sebab tuh la dalam report, biasanya akan ada 1 muka surat yang diletakkan rujukan / references.

Sekarang, dah tak susahkan nak belajar??? Cuma diri sendiri je yang nak or tak nak. So, selamat mencuba kepada sesiapa yang hendak mencuba. Agak – agak koranglah kan...post neh lebih sesuai diberikan tajuk apa?? Invotif, Bukan Meniru atau Inovatif dan Isu Plagiarism? Tak pon Tips Mahu Belajar?

Hehehe, btw, korang fikirlah sendiri! Selamat Beramal!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Aku buka je blog abg Ben neh, tiba - tiba ade entry baru, tapi baru sekarang nak join. Takpe, aku ada lagi 2 jam lebih, sempatlah!~ Latar Belakang :  Err, nama Shahsyaz, panggil Shaz ( khas untuk bloggers sahaja, yang mengenali di luar dunia blog, sila panggil nama yang telah dikhaskan ). Saya lahir 1989 di Port Dickson. Jadi, kalau ikut entry neh, saya merupakan bloggers Negeri Sembilan, tetapi membesar di Kinrara. Namun demikian, kini saya berada di Skudai kerana sedang melanjutkan pelajaran di UTM skudai bersama - sama dengan Nanad, kak Sunah, dan kak Sara. Saya merupakan pelajar di dalam bidang Geoinformatik. Sila google jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bidang pelajaran saya itu. Bidang saya itu berkaitan dengan GIS. Saya pERNAH BERJUMPA DENGAN ABG Ben, wahaha, ade gambar lagi tuh taw!~ Profession : Student's of Bachelor in Science Geoinformatic, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Research University. Blog Favret :  Rasanya saya baca semua blog kowt. S...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...