Langkau ke kandungan utama

Sikap Melengah – lengahkan Membawa Padah


Bila nak dekat time habis, mulalah aku nak tergesa – gesa. Esok test baru hari neh nak study. Padahal hari Sabtu and Ahad free je. Disebabkan malas, jadi katakan tak nak kepada study. So, padahnya aku terima pada malam neh, esok test! Padan muka kau Syazyan! Pemalas! Take it! Serves you right! Masa free kau pergi meronggeng ( perkataan meronggeng membawa erti hangout with frens! ). Esok test, pandang je lah.

Bukan aku sorang je perangai macam tuh kan? Manusia – manusia di luar sana semestinya berperangai sebegitu. Tak percayalah aku kalau ada orang terlampau rajin. Rajin macam mana pon, dia tetap aka nada sesuatu masa itu akan bersikap menangguhkan kerja. Amboi! Lelaki kalau cakap hal kahwin, laju je ayat : 

‘ Kalau kahwin, kene cepat, tak boleh tangguh, berdosa’

gambar neh hakmilik aku!

Banyaklah kau punya dosa. Perempuan pun sama. Dalam hal neh, aku tak kan backup perempuan even aku neh perempuan sejati. Tapi, kalau ubah topic, mulalah mulut tuh berat nak bagi feedback. Aku pon sama je.
Aku bukan nak bercerita mengenai perasaan, tapi sikap manusia biasa yang sangat azali, iaitu melengah – lengah.  Aku suka menangguhkan kerja. Aku tak tahu kenapa, dan mulalah aku menyalahkan sesiapa kalau kerja tuh tak sempurna. Mulalah aku mencari alas an untuk tidak menampakkan itu semua salah aku.

Tapi aku fikir, sampai bila aku perlu buat begitu? Sampai bila aku nak menyalahkan orang lain kerana kebodohan sendiri? Aku kadang – kadang cuba untuk menghilangkan sikap buruk neh, tapi, terlepas juga. Tapi, alhamdulillah, sejak aku berada di UTM Skudai, sikap aku mula berubah. Aku mula hantar semua assigment aku on time. Suatu perubahan yang dapat memberi sinaran dalam hidup aku. Cuma ketika hendak study, aku memang agak lambat bergerak. Mungkin sebab otak aku cuma bergerak aktif ketika siang. Malam – malam neh susah sikit. Alamak? Aku menyalahkan persekitaran. Hehehhe.

manusia punya pelbagai ragam, gambar hak milik aku!
Cuma dahulu aku pernah terfikir kenapa manusia suka menangguh? Korang cuba ingat dan fikir kenapa kita hidup hanya sekali dan Allah S.W.T tidak akan menghidupkan sesiapa yang sudah mati itu? Kalau Allah S.W.T menghidupkan semula orang – orang yang telah mati, cuba korang fikirkan keburukannya. Cuba kita fikirkan, kalaulah Hitler dihidupkan semula? Apa nasib kita? Nasib kita bagaikan nyawa telur di hujung tanduk kerbau.

gambar neh hakmilik aku!
 Apa kaitannya? Mudah. Bila aku fikirkan, aku cuba berfikirkan logik. Allah S.W.T  Maha Mengetahui segalanya. Tapi, kalau kita fikir logik pon kita dapat agak yang perkara itu cuma memberi keburukan sahaja. Dan pastinya manusia akan menangguh. Sehinggakan insaf pon mahu ditangguh. Boleh pula dikatakan dalam hati, lain kalilah insaf, malam neh kasik gelek satu! Baik punya!

Wujud manusia macam neh. Percayalah, mereka tuh bukannya tidak berilmu, tetapi sudah penuh ilmu di dada, sehingga melewah. Bahasa ukur panggil redundant ( hehe, sempat agi tuh ). Bila dah nak tua, baru nak ambil Al – Quran. Baru sibuk nak ambil air wuduk dekat masjid yang jauhnya setakat 2 – 3 langkah daripada rumah. Baru nak sibuk bertakbir.

Masa tuh pon, mungkin pandangannya dah kabur dek kerna usia yang semakin meningkat. Mungkin juga rambutnya yang dahulu hitam berkilat kini sudah beruban atau sudah botak. Mungkin jugak giginya mula rongak, atau pakai gigi palsu. Dahulu berlagak sangat dengan braces warna – warninya. Masa tuh, cakap pon dah tak jelas. Apatah lagi tenaganya yang seciput tuh? 

Mana perginya pandangannya yang tajam dahulu?

Dahulunya pandangannya dibiarkan meleret pada pandangan maksiat. Katanya rezeki jangan ditolak.

Mana perginya wajah yang cantik itu?

Wajahnya itu dibiarkan menjadi tontonan umu, sehinggakan aurat pon mahu ditayangkan.

Mana perginya tenaga itu?

Tenaga itu disia – siakan dengan menikmati nikmat dunia yang sementara.

Namun, masa terus berlalu dan tidak akan kembali. Kalaulah masa boleh dikembalikan?? Kalau masa dikembalikan pon, nescaya manusia akan alpa, dan akan melakukan kesalahan yang sama. Masih menangguh jugak. Mungkin sebab itulah Allah S.WT. tak menghidupkan manusia yang sudah meninggal dunia. Yang meninggal dunia itu kita biarkan. Yang kita masih hidup ini, kita kene isikan dengan amal ibadat dan seimbangkan dengan hal duniawi.

bersujudlah kamu semua wahai manusia

Aku menulis tiba – tiba kerana otak aku mendapat idea. Aku juga menulis ini untuk kesedaran diri aku juga. Aku mengharapkan keampunanNya. Sebagai manusia biasa, tiada apa yang mampu aku larikan diri. Jauh semana pon aku lari sehingga ke Laut China Selatan, Allah S.W.T. masih boleh melihat aku. Betapa ceteknya aku sebagai hambaNya. Maka bertaubatlah sebelum terlambat. Jangan melengah – lengahkan masa anda lagi. Penuhkanlah dengan perkara yang membawa kebaikan.

melarikan diri di pantai Port Dickson ( hehehehe )
try pandang kepada kalimah Allah S.W.T. ini..pasti akan tersenyum dan mengangguk kebesaranNya

Ulasan

  1. Pretty great post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that
    I have really enjoyed surfing around your weblog posts.

    In any case I will be subscribing on your rss feed and I'm hoping you write again very soon!

    Feel free to surf to my site - instagram follwers

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah