Langkau ke kandungan utama

Luahan Sedikit Bengang


                  Assalammualaikum! Kepada non muslim pulak, selamat sejahtera! Selamat datang ke Pentas Hidup Aku. Hari ini, aku tiba – tiba nak meng-update-kan blog neh. Lama dah aku tak menulis secara serius. Aku pulang je ke bilik aku kat Kolej 11 ( siapa UTM Skudai taw r ), aku pandang guitar aku yang dah mula berhabuk tuh. Kecian punya pasal, aku pon lap r, lepas tuh letak balik kat tempat asal, nak main, takde mood agi. Lagi pon tengah hujan neh, aku lebih suka berbaring dan kurangkan stress. Tiba – tiba aku teringat yang semalam aku de download video – video cover ( cover main alat muzik ). So, aku tengok kejap.

mcm knl kan?? hehehehe
                   Aku pandang budak – budak yang main guitar tuh semua. Aku tengok, rata – rata mereka masih lagi berusia muda, malah ada yang masih belum lepas SPM lagi. Aku bukannya apa, aku tahu minta mereka menjerumus kepada bidang seni. Mungkin bagi mereka, itu merupakan sebahagian daripada minat atau hobi. Cuma kadang kala, aku rasa, seperti membazir dan membuang masa.

                  Aku kata membazir sebabnya ialah ketika aku searching video kat Youtube, pastinya video mereka ranking tertinggi. Jadi disitu aku membazir masa untuk mencari video yang aku mahu. Tak pon aku yang tak reti nak search, so jangan salahkan mereka 100%. Membuang masa aku juga sebab nak tunggu Youtube tuh habis buffer, so, nasib lappy aku neh de IDM, so, kebanyakannya aku download je. 

                   Bila aku tengok anak – anak muda neh bermain alat muzik atau bergiat aktif di dalam bidang seni, aku kadang – kadang rasa mereka neh tak nak belajar ker? Wokeyh, aku tahu, tak semua macam tuh. Ada juga di antara mereka semua pandai – pandai belaka. Tapi tak terasa rugi ker? Belajar sampai tahap tinggi tengok – tengok jadi penyanyi/pelakon/model?

                   Mungkin ada yang menangkis kata – kata aku neh dengan mengatakan kerja – kerja itu cuma sebagai sampingan. Bagaimana kalau  suatu hari tuh, kerja sampingan itu menjadi kerja wajib korang? Korang dah membazirkan waktu korang belajar tuh. Daripada korang yang belajar, baik korang berhenti dan beri laluan kepada orang yang benar – benar memerlukan peluang untuk belajar. Aku pon tak paham kenapa institut badan peminjaman/biasiswa bagi kepada pelajar – pelajar yang dah kaya – raya duit. Padahal diorang dah cukup kaya – raya untuk hidup kat institut pelajaran mereka tuh. Entahlah, aku tak tahu kenapa aku cukup emo selama neh? Aku cuma mampu melihat je.

                    Dahulu, aku tak pernah terdetik di hati pon nak jadi artis atau orang – orang yang popular, tapi aku mahu menjadi kebanggaan negara Malaysia. Aku mahu rakyat Malaysia bangga dengan ilmu yang aku ada, sebab bagi aku kemana jua kita pergi, ilmu harus penuh di dada. Cuma sekarang neh bila aku tengok, rancangan realiti untuk menempah dunia populariti semakin meningkat. Dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kejap – kejap aku dengar artis tuh. Kejap lagi aku dengar artis neh. Kejap lagi artis sana pulak. Nama dah lah semuanya sama je. Aku yang pening nak mengingatkan.

                    Hahahaha, aku kadang – kadang nak gelak je dengan senario rakyat sekarang. Aku ingat lagi dahulu, bukan main payah lagi nak masuk universiti. Kalaulah ada seorang anak desa tuh dapat masuk universiti, habis seluruh kampung tuh dicanangkan. Diketuknya rebana ubi untuk menyatakan kegembiraan itu. Dan bersiap – siaplah semua rakyat desa itu untuk bergotong – royong untuk membuat kenduri selamat bagi si anak desa itu. Kalau si anak desa tuh dapat kos medic, lagilah bangga.

                    Tapi, kalau sekarang neh kita cakap anak kita masuk u, alahai, orang – orang zaman sekarang pandang sebelah mata jek. Jangankan pandang sebelah, langsung tak pandang pon ada jugak taw. Bagi mereka masuk keluar u tuh dah macam biasa sangat. Macam makan nasi lemak setiap pagi selepas berjogging.

                     Tapi kalau cakap :  Eh, anak I dapat masuk Akademi Merepek, hahaha, memanglah semuanya memandang. Padahal bukan buat apa pon? Cuma mencari publisiti, populariti yang sekejap sahaja. Walau bagaimana pon, saingan di universiti dan IPT yang lain – lainnya masih tinggi. Hal ini demikian kerana, anak – anak kaum lain ( China, India ) semuanya yang berpusu – pusu belajar. Anak orang Melayu pulak sibuk mengejar populariti, populariti yang tak menjamin masa hadapan yang cerah. Dream on it lah korang kalau nak jadi macam Dato Siti Nurhaliza. Komitmen nak belajar pon tak tinggi, ada hati nak jadi artis.

                       Kehidupan artis tak semudah yang korang semua impikan. Aku sanggup jadi engineer, peningkan kepala untuk menyiapkan sebuah bangunan daripada pening berfikir nak tingkatkan populariti. Dapat juga habuan yang sangat lumayan. Berbaloi, daripada berlakon dalam movie, kemudian movie tuh tak dapat sambutan, memang tak berbaloilah. Kita dah penat dengar arahan daripada director, tengok – tengok, pulangan untuk movie macam biasa je. Rugilah!

                        But at least diorang remaja yang nak jadi artsi tuh takdelah nak pergi buat maksiat kan? So, itu kebaikannya. Aku tak nafikan. Rempit lagi satu hal. Bila naik movie pasal rempit – rempit neh, tiba – tibalah saham pasal rempit neh meninggi pulak. Adalah pulak kelas – kelas untuk setiap rempit. Ada pula rempit tahap A, B, and C ( curik dalam Adnan Sempit ). Macam – macam dunia akhir zaman neh. Aku pula yang masih belajar neh pon pernah terfikir nak jadi artis. Hahahha, orang macam aku mana boleh jadi artis, hampehs je! 

beruk pon nak rempit gak...

                       Lagi satu masalah budak – budak zaman sekarang ialah, nak tayang sangatlah dunia cinta mereka tuh, sampai cium mulut pon nak tayang kat Youtube. Simpan dalam henfon dah r. Jijik aku nak tengok korang buat aktiviti tak sihat tuh. Macamlah aku tak pernah buat, oopss, fulstop! Aku dah bertaubat! Perempuan pulak main sedap je bagi kekasih – kekasih mereka tuh raba – raba. Kalau kat Singapore siap bergambar separuh bogel. Entah apalah motif mereka tuh. Darah mudalah katakan. Aku sendiri dah insaf dan berhenti daripada melakukan kerja – kerja bodoh neh. 

nah, kaki pon nak cium mulut gak..

wau brader!!!

bek r korang men guitar mcm cik orianthi neh
 
Aku berharaplah sangat agar semua remaja diluar sana tolong bukakkan minda itu. Berfikirlah, korang semua mempunyai masa depan yang cerah. Cuma korang je yang tak reti nak grab. Kalau ada yang terasa dengan entry aku kali neh, aku minta maaf. Aku cuma menyatakan kurang rasa enak aku di dunia ini. Sebagai manusia biasa, aku tak pernah terlepas daripada kesalahan, maka maafku pinta. Jadikan entry ini sebagai pedoman.

Ulasan

  1. Ya..btol gak tu akak..
    hum..menginsafkan..
    kita bukan idup kat dunia ni slama-lamanya..akhirat jugak persinggahan terakhir..popular di dunia xjamin popular di akhirat..
    skadar pndangan dr ana.. humm..
    bestla kak entri i..hehe~ ;D chaiyok!

    BalasPadam
  2. aah betol3..
    cik ana setuju..
    mcm2 klip video zmn skg ni..
    smue nk uplod kt u tube..heshh~~

    recent post : |korek biji mata???|

    BalasPadam
  3. ana liyana : thanx!! eh, nme adik neh nk dekat2 ngn fatin liyana dah..hehehehe

    BalasPadam
  4. owh..bengang ye..kate la satu hari cik shahsyaz search u tube n nmpak video sy and geng nasyid..mcm mane?huu..

    BalasPadam
  5. anamizu : mmg betol pon..semak betol video diorg...tp tetap menarik jugak!!

    BalasPadam
  6. al hakim: andai kata klu awk n geng nasyid mengejar populariti, mmg sy x bape suker..

    tp andai kata awk berniat nk berdakwah...sy x bengang..

    hehehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Sally & Rozy

Assalamualaikum. Perghhh. Tajuk neh, risau aku nanti bila tuan dia baca dan saman aku.  ini tiktok Rozy yeh. Dia dh maju berbisnes.  Secara jujurnya, aku lebih tua daripada diorang. Makanya, aku bukan peminat tegar diorg sampai nak stalk bagai. Tapi kalau video dia lalu, aku view, like je la. Well, dulu, masa aku muda remaja, iye, aku boleh stalk bagai. Tapi, kalau hang cari pasal dengan aku, macam biras aku tuh, memang aku cari sampai remaja dan aku cerita ke mak mertua aku. Nasiblah hang. Ok, hari neh taknak cerita pasal keluarga, tapi nak cerita pasal Sally & Rozy. Ok, si Sally neh baru kahwin. Kemahen seronok yeh, hari majlis memang hang seronok, dapat tahu laki hampa lagu neh perangai, rasa nak teriak keluar anak tekak haaaa. 🤣🤣🤣. Bila tengok video kawen si Sally, rasa nak buat majlis besar besar lagi. Posing, pakai baju lawa lawa, mekap bulu mata Rozita Che Wan. Inai segak haih. Tapi, bila terfikir akaun bank miskin, saya sedar diri. 🤣🤣🤣🤣.  haaa

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s

Tutorial : Tagged Nama Facebook Jawi or Unik ID dalam Facebook

as salam dan selamat sejahtera, ya aku tahu, mende neh dah lama tersebar, tapi aku tetap nak berkongsi juga ilmu neh, manalah tahu, dapat pahala, :), jom mulakan tutorial kita??? mula - mula, cari dulu geng kita tuh ( open in a new tab ). contohnya macam aku neh, ade kawan aku sorang neh guna Jawi, aku tak sure nama Cina boleh tak guna?? try r, mana taw jadi, :) lepas tuh korang buatlah ayat macam aku neh dalam gambar,    letak sign " @ ", and then, kita kena copy nama kawan kita tuh, contohnya,   copy nama dalam tulisan Jawi tuh, aku rasa tulisan lain pon boleh jugak, :), arahan short untuk copy ialah ctrl+c . atas permintaan, aku kasik padam wajah dia, hehehe, :P, bila korang dah copy nama fren korang tuh, paste dekat tepi sign " @ " tuh. nanti akan keluar hasil dia macam neh, so kerja korang tekan enter je lah, tahu tak button enter??? haaa, taw kan. shortcut untuk paste ialah