Langkau ke kandungan utama

Salam

Assalammualaikum to all my readers.

Maaflah, lama sangat tak update blog neh. Rasa – rasanya ada dalam seminggu jugalah aku tak update blog aku neh. Bukanny aku takde idea nak update,  banyak je sebenarya, cuma terdapat kekangan masa sedikit, dimana aku banyak habiskan masa dengan assignment.

Aku rasa, sepatutnya, blogger neh harus diiktiraf. Iktiraf ianya sebagai salah satu kerja yang aagak profesional. Hahaha, siapa setuju dengan kata – kata saya, sila angkat tangan macam saya. Minta maaf jugak kepada semua followers saya. Maybe agak lewat saya nak balas korang yeh.  Masa sangat cemburu pada kita. Well, sebagai membalas semua kepenatan aku, aku terus buat keputusan untuk balik ke rumah. Apabila aku berada di rumah, memang aku tak online langsung, sebab rumah takde internet. Sorry dear. Walaupun kedengaran ayat cliche seperti :

Seronoknya dapat balik rumah.
Kita neh bilalah dapat balik rumah.
Rumah ko dekat, bolehlah balik.

Aku agak menyampah dengar ayat cliche macam neh. Bagi aku, kalau nak, buat! Kalau tak nak, jangan buat! Kalau banyak sangat merungut, bersungut, ha, aku tunggu kepala kau tumbuh sesungut. Itu sahaja. Aku yakin dengan setiap kata – kata aku. Aku tak kan berpaling tadah. Hahhaahaa, hamek ko!~

Wokeyhlah, sepanjang aku dekat rumah, aku mendapati, banyak betul anak – anak kucing aku yang baru lahir dan membesar. Perut Mok Tam dah kembung macam beg plastik yang penuh dengan angin. Just tunggu perfect time sahaja Mok Tam tuh. Maharani pulak aku rasa dah bunting, or mungkin sahaja dia sudah overweight. Hahaha, kucing pon ade taw. Bujang pula semakin berat dan membesar. Macam biasa, Bujang memang manja. Satu – satunya kucing aku yang paling manja dan comel bagi aku. Dia pandai berposing.
Si Silverstone dah pandai kenching kat aku!!!~ memang aku hot tempered terus r. Aku terus pukul bontot dia and dia lari bertempiaran. Chess..!~ anak – anak Afan dot pula sudah besar – besar semuanya. Dulu saiz tapa tangan aku je, sekarang neh dah saiz double tapak tangan aku. Seronok je aku tengok diorang semua berlari – lari kejar antara satu sama lain kat dalam rumah tuh. Tapi yang aku tak tahannya ialah najis!~ chisss!~ memang beradulah jari – jemari aku nak  mop najis – najis tuh semua. Senang cerita, bilangan kucing aku sudah bertambah. Huhuhuhuhu.

Semalam, terkejut giler aku apabila Junko ( blog melayu frustrasi tuh ) tiba – tiba kata nak bagi hadiah untuk segmen Student Berwawasan tuh. Aku memang terkejut. Pada mulanya, aku masuk bukan sebab apa, memang aku tengok, segmen tuh memang sangat menarik bagi aku, so aku pon join. Aku teringin nak bagi komen kat blog dia, tapi internet lembab sangat. Kadang – kadang blog sesiapa yang terlalu banyak widget, memang aku cuma view sahaja. Cuma mampu membaca entry sahaja. Maaf untuk korang semua.
Akhir sekali, terima kasihlah sebab sudi baca entry terbaru neh. Nanti apabila aku dah ada idea baru, aku cerita lagi yeh. Thank you.

Ulasan

Catat Ulasan

sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai

Catatan popular daripada blog ini

Aku Kahwin

Hye!!! Assalammualaikum semua! Saya ada pengumuman. Saya dah kahwin!!!!!! yayeebaaaaa. Saya tak tipu! Tepat pada 24hb12tahun2016, saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki yang berasal KL, rumah tak jauh drpd rumah mak aku. Haaaaaa, aku neh, memang cari yang dekat dekat je. Senang weyh. Mudah. Sebelum tarikh akad tuh, tak dinafikan, banyak gila masalah berlaku. Di antaranya hilang duit hantaran. Sob sob sob. Korang tahu, pernah sampai kami gaduh sampai nak tangguhkan majlis. Masing – masing salahkan diri. Kau kau, aku aku. Gittuueww. Menangis takyah cerita sampai kat ofis pon boleh aku nangis. Pergi toilet, meraung gegiler. Choy! Alhamdulillah., seminggu sebelum majlis, Allah bantu kami. Dapat bantuan duit drpd bos aku sikit, dpt bantuan drpd family. Dapatlah tampung duit hantaran yang hilang. Tuahnya aku kerana duit hilang lepas beli barang hantaran. Majlis berjalan dengan lancar so far. Ramai tetamu yang aku tak sangka yang datang. Tetamu yang aku sangka sepatutnya d...

Kisah Si Penjual Nasi Lemak

Salam to all my readers. Hari neh ada entry baru untuk sesiapa yang rajin taip url blog aku, or rajin view blog aku neh. Aku memang dah lama nak menulis pasal nasi lemak, tetapi kumpul idea dulu. pagi neh??? Hehehe, korang kalau waktu pagi – pagi mesti suka makan nasi lemak kan? And nasi lemak tuh korang beli kat kedai tepi jalan, tak pon corner jalan raya kan? Harga pula lebih kurang dalam RM1.00 – RM 1.50. bergantung kepada tempat yang korang belilah and kadang – kadang sikit kuantiti nasi, kadang – kadang banyak.   tuh dia...dh smpi pon jalan raya.. Macam mana aku boleh taw? Sebab family aku pon meniaga nasi lemak. Hahaha, so hari – hari aku bau nasi lemak pagi – pagi buta neh. Kenyang sementara. Ayah aku yang jaga gerai, manakala emak aku pula jadi tukang masak. Aku pulak? Tukang makan, muehehehehehe. Selain nasi lemak, family aku jual kuih – muih, mee goreng, mee hoon goreng. Kadang – kadang family aku mendapat tempahan. Contohnya, pernah sekali family aku dapat temp...

DiariSeorangLelaki (2)

28.12.2xxx – Kenapalah cepat sangat habis cuti semester ni?Aku mengeluh, tetapi apabila wajah Aina muncul difikiran aku, aku hanya tersengih. “Rindu kat Ainalah” aku mula berkhayal tentang dirinya. Aina juga semakin berani apabila dia berani menghantar MMS kepada aku dengan wajah tanpa sebarang tudung di kepalanya.Rambutnya panjang ke paras bahu.Aku juga mendapati, Aina lebih gemar dan bersemangat apabila perbualan kami diselangi dengan seks.Haah!Peduli apa aku.Normallah tu, semua orang ada nafsu.Perempuan pun ada juga. 03.01.2xxx – Sudah masuk tahun baru.Aina kulihat semakin cantik.Dia sudah mula pandai bergaya.Risau aku sekiranya dia jatuh ke tangan orang lain.Setiap kali aku berjumpa dengannya, dia tanpa segan – silu akan memeluk aku dihadapan orang ramai.Aku tidak tahu kenapa. “Kau Qaiyum?” Tanya seorang lelaki berbadan kurus dihadapan aku. Sedang sibuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, ada pula lelaki yang mengganggu aku di perpustakaan itu. “Iye, s...