Wokeyh, buka je mata tadi, aku terbaca entry baru bro Junko neh kat SB, KGB, dan FB nyer sendiri. Aku rasa macam menarik giler kowt tajuk neh, and kalau aku join entry neh, boleh jugak aku terangkan apa itu kos yang aku belajar kat UTM neh. Baru rasa seronok, and korang semua boleh nilaikan. Hehehehe.
IPT :
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Jurusan :
Sarjana Muda Sains Geoinformatik / Bachelor in Science of Geoinformatic.
Profesion :
Ha, tang neh yang nak bercerita sikit. Sebenarnya, kos aku neh memang akan melahirkan golongan yang berprofesional tinggi. Masa tengah study pon dah rasa macam femes sangat. Namun begitu, ramai juga yang mengatakan mereka tak tahu tentang bidang Geoinformatik atau nama lainnya GIS. Lebih mudah kalau aku panggil GIS. GIS neh ialah Geoinfomation System. Ada perkaitan dengan bumi dan data - data bumi.
Kos aku neh boleh membantu untuk golongan - golongan yang kurang berpendidikan. Cara - caranya ialah, kami boleh mendapatkan data statistik terbaru daripada sesebuah negara, contohnya Malaysia. Daripada data mentah ( raw data ), kami boleh gunakan sebuah peta ( peta topografi, based map ) sebagai peta asas, kemudiannya peta itu akan kami lengkapkan dengan maklumat - maklumat ( data statistik ) untuk menunjukkan negeri - negeri yang masih mempunyai golongan - golongan yang kurang berpengetahuan. Senang cerita, kos kami neh bermain dengan data - data. Kiranya, aku dah muak mendengar perkataan data/maklumat/information. Chewah, berlagak kau!~ Dengan peta tersebut, mana - mana badan goverment/private yang ingin menggunakan peta itu boleh digunakan untuk membuat keputusan ( decision ) sama ada ingin menghantar lebih cikgu di kawasan tersebut jikan dapat mengesan kawasan tersebut. Mungkin juga mereka ingin membuat keputusan lain. Keputusan tersebut bergantung kepada seberapa banyak data yang boleh dimasukkan ke dalam peta tersebut.
Kalau Aku Menjadi Pemimpin Malaysia :
Tak pernah terfikir pula. Tapi andai kata terjadi, aku mahu merombak semula undang - undang pendidikan yang terdapat di Malaysia ini. Apabila aku mendengar berita yang mahu memansuhkan SPM, PMR, UPSR, rasa macam budak - budak neh tak payah sekolah. Datang sekolah sekadar untuk kedatangan sahaja. Sekarang neh student banyak terpengaruh dengan hiburan. Pengaruh hiburan sangat kuat di dalam minda student - student sekolah. Sehingga aku pernah mendengar cita - cita salah seorang student ialah menjadi artis. Memang tak salah, tapi dah apabila aku mendengar, seolah - olah macam bidang hiburan ini sudah mampu memberi mereka punca rezeki. Jadi, mungkin aku nak buat kekangan terhadap industri hiburan neh.
Keduanya ialah cuba untuk mengurangkan kemiskinan di dalam negara. Aku suka sebab aku salah seorang keluarga yang tidak berkemampuan tinggi. Bukannya membasmi kemiskinan, tetapi mengurangkan kemiskinan. Ada beza 2 perkataan itu. Basmi ialah menghilangkan secara perlahan - lahan, tetapi mengurangkan ialah cuba untuk memperlahankan. Apabila kita mengurangkan kemiskinan, secara tidak langsung rakyat tahu bahawa pemimpian cuba untuk menyenangkan mereka. Agak - agak tuan punyer blog paham tak angan - angan aku neh?
Yang ketiga, favret aku, iaitu aku nak turunkan kadar yuran universiti. Mak ai, yuran u aku sangatlah mahal, and aku dapat dengar cerita bahawa tidak lama lagi UTM akan menjadi swasta?? What?? OMG!!! Lepas neh semakin menggaru aku nak mecari duit. Nak dapatkan JPA, dah tak mampu. PTPTN je mampu. Tadi dalam kelas pon terdapat diskriminasi, tapi takpelah, diskriminasi tadi pon aku tak kisah. Dah aku pemalas, so tak dapatlah markahkan? PADAN MUKA KAU SYAZYAN!!!!!!!
Taarrrraaaa, kepada tuan blog, sorrylah kalau rasa angan - angan aku neh melampau sangat, aku memang kuat berangan - angan. Hehhehehehehee. Tapi aku memang suka sangat - sangat segmen yang neh!~
Steady la syaz!..bukan angan-angan k?..Ko memang terbaik!..hihihi..Jwapan terbaik setakat nie aku dapat!..weeeeeeeee
BalasPadamwahahaha, rmi x join??
BalasPadamnk bce r yg len2 tuh..
jap2..
mlm neh terjah..
fulamak . jawapan die . pergh ! tepat,padat dan mutakhir . huhuhu ..
BalasPadamanywy,follow dari blog junko . gud luck . all the best dear .
anna : hahhaha, jawapan dlm kertas mcm neh lah...
BalasPadamtp jawapan depan2 melalui interbiu..berterabur..
btw, thanx coming to my blog...
muahaha... semoga angan2 anda tercapaila cik.. hehehe
BalasPadamHH : anda mmg nk kene neh!!~
BalasPadamhihihihihi.... i x berangan taw..nnt i dh jd PM, i ksik tunjuk belang...hehehehheeee
melawat dak UTM. wahh.. tahniah ya.. visi dan misi kamu murni sekali.. nadh suka la.. ;)
BalasPadamwaahh.. menariklah..
BalasPadamsemoga angan2 tu jadi kenyataan.. ^^,
frame+lenses : bdak utm gak ker???hihihi, salam perkenalan
BalasPadamcik pulau : mekacheh dear.. :)
susah x kos nie???saya plih kos nie...nak taw lebih lanjut.kos nie lbh krang statistik ke??
BalasPadamx, lain, ade belajar statistik, tp lebih kpd pengurusan data di muka bumi
Padambyk tak peluang pekerjaan ko ni?? dan berapa yuran pengajian setahun??
BalasPadamSy dpt kos nih.peluang pekerjaan untuk kos nih dkt malaysia mcm.na?kos ni ad tak melibatkan programming? TT
BalasPadamMaaf sbb bnyak solan..heeh
bgus blog nice info dik..bidg geo ni memg besar peluang kerja especially klau nak masuk oil gas...bahagian law pun bole ..jika ade adik2 yg tk dpt upu.jgn sedih..bole msuk dkt geomatika uni kl... nak bljr bidg geomatik ni bole pm sis..intake utk july dh mula....ade tawaran biasiswa dan percuma asrama..serta yg penting program job placement yg bole jamin kerja..nak tau lebh psl program ni bole wsp ka 011-16930576
BalasPadam